Pages

Sunday, 30 December 2012

DR MASHITAH NI HILANG INGATAN KE APA?

FESYEN RAMBUT ISTERI PEMIMPIN YANG MENCONTOHI KEMODERATAN RASULULLAH?

Bila baca tulisan Dr Mashitah pada 23 Mac 2012 di Sinar Harian, Yong rasa loyer tekak. Bukan apa, Yong tak dapat mencari contoh atau bukti yang disebut penulis tentang Najib mencontohi kemoderatan Rasulullah. 

Yong pun tak faham apa maksud "kemoderatan Rasulullah" itu. Ini kerana "moderate" itu lawannya "extreme." Sedangkan dalam Islam setiap amalan itu ada wajib dan sunat jer. Bab makruh dan harus kena tanya Tan Sri Mufti Harussani. Yong bukan expert.

Tapi Yong tahu, dalam Islam tiada hukum extreme. Tiada amalan extreme. Contohnya, menutup aurat bagi wanita Islam itu wajib, bukan extreme. Bukan juga ini bermakna tidak menutup aurat itu amalan "Islam moderate" kerana perbuatan itu adalah ingkar kepada sunnah Rasulullah. Ingkar kepada Rasulullah sama macam ingkar kepada perintah Allah. Itu kata ustaz masa Yong sekolah dulu. Peraturan tentang penampilan muslimah ini tak pernah berubah sehingga sekarang.


Rasulullah tidak pernah melakukan kekejaman, walau kepada mereka yang memusuhinya sekalipun. Tapi bagaimana dengan pemimpin BN ini? Adakah dengan label "moderate" itu telah memberi Najib lesen untuk melakukan kekejaman kepada rakyatnya sendiri?

ADIL, BERTOLAKANSUR DAN INKLUSIF, MAKA HOSPITAL PUN MENERIMA SEMBURAN AIR DAN GAS PEMEDIH MATA (INKLUSIF, HAHAHA!)

"Moderate" itu menghalalkan pengambilan untung dari "denda" terhadap rakyat jelata kerana kesalahan lalulintas? Menentang AES itu extreme? Kerana itukah ulama ameno bisu tentang sistem yang zalim ini?

Nampaknya AG yang tak popular di kalangan penyokong PR lebih berani dari ulama ameno!

AG TIDAK IKUT "KEMODERATAN" RASULULLAH?

Lepas memuji pemimpin tertinggi BN, yang dia samakan dengan kepimpinan Rasulullah; pada 28 Disember 2012, di dalam akhbar yang sama beliau meraban dengan menulis:


Dia salahkan ulama! Tidak pula dia menamakan siapa ulama itu! Tak tahu kenapa dia tidak menamakannya. Mungkin takut kena saman. Kita hanya boleh berteka-teki dia bercakap mengenai dirinya sendiri. Atau ulama partinya sendiri. Ini kerana ulama partinya sendiri yang telah mengharamkan yang halal. Misalnya, Majlis Fatwa mengharamkan perhimpunan BERSIH yang halal! 

Entah apa yang berlaku kepada Dr Mashitah yang ada PhD dalam bidang yang berkaitan dengan kehidupan yang diwajibkan bagi umat Islam ini. Tentunya dia seorang yang cerdik. Tak taulah kalau dia hilang ingatan dan tak ingat semua yang dipelajarinya semasa di institusi pengajian tinggi.

9 comments:

  1. masitah kena gi sekolah pondok semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dlines,

      Bukan. Dia kena lihat dirinya sahaja. Insaf dan taubat.

      Delete
  2. maSHITtah ni dah jadi BiNgai wal JoNggOs n BaNggang ,,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Oncu

      Mungkin pangkat dah masuk dalam otak dia.

      Delete
  3. Salam,

    Kesian Mashitah ni, dah belajor tinggi-tinggi tapi...
    Moderate tu sejenis kuih semprit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Halimaton

      Entahle. Yong pun kesian jugak. The devil you know works in mysterious ways!

      Delete
  4. panjang lagi tu .... sunatkan sekali lagi ...agar kurang sikit mengenyamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rantai

      Kalau masalah DNA, sunat pun tak guna. Begitulah DNA ameno.

      Delete
  5. Salam Yong, rasanya rencana Mashitah tu ada 'typing error' kot. Mana ada istilah moderate dalam Islam.Islam tu dah sempurna segalanya, takde kata terlebih, sedang-sedang atau terkurang! Rasanya Mashitah nak tulis begini kot..."NAJIB CONTOH KEMUDARATAN KEPADA SUNNAH RASULALLAH " bukanya "Najib contohi kemoderatan rasulAllah"! Mashitah oh Mashitah, lain kali kalau menaip tu, tanggalkan Bulu mata Ngko yang melentik lentik tu...kan dah tersalah taip! Hihihi...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.