Pages

Friday, 28 December 2012

PERUT MENTERI DAN PEMAJU SEMAKIN BUNCIT, PEKERJA MATI KATAK. ALAHAI 1MALAYSIA...!

Kononnya kita ada sistem OSHA (Occupational Health and Safety Act) yang hebat. Ia dilancarkan dengan penuh janji palsu oleh gomen BN yang diketuai piem maqasid syariah yang "sayang" pada masyarakat India. Buktinya, masyarakat India ada wakil: S. Subramaniam yang jaga Kementerian Sumber Manusia macam ladang terbiar!

Kita juga ada NIOSH (National institute of occupational safety and health) yang diketuai oleh Lee Lam Thye. Apa kabar Tan Sri? Tak larat buat keroje, duduk rumah jer le!



TOLONG?

Dua pekerja kontrak maut terkambus tanah runtuh ketika sedang membuat kerja di Sungai Petani. Adakah keluarga dua mangsa ini akan mendapat pampasan? Kita tunggu dan lihat apa Menteri nak buat.

Siapa sebenarnya pemaju untuk projek perumahan di Amanjaya ini?

Entah sudah berapa kali tanah runtuh. Entah sudah berapa buah bangunan runtuh. Entah sudah berapa ramai pekerja maut. Menteri buat macam biasa je. Macam takde apa-apa tragedi yang berlaku. Cakap berdegar-degar. Rakyat bertarung dengan maut dalam perjalanan ke tempat kerja, semasa membuat kerja dan pulang dari kerja.

Ini tak termasuk masalah kesan sampingan (externality factors) yang menjadi kos kepada rakyat yang terkesan dengan projek, walaupun tidak mendapat apa-apa manfaat dari projek.

Siapa bertanggungjawab?

Menteri Sumber Manusia?
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Menteri Kerja Raya?
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar?

Adakah demer akan tolak menolak tanggungjawab seperti kebiasaannya? Cari kambing hitam macam selalu? Tunjuk jari pada pihak lain?

Semakin banyak kementerian semakin banyak masalah. Adakah kita masih mahu berterima kasih kepada gerombolan ini?

Perut menteri dan pemaju juga yang semakin buncit!

MACAM HAMPEH!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.