Pages

Thursday, 31 January 2013

APA? SELANGOR NAK BUAT PILIHANRAYA DULU? HASSAN ALI NAK TANDING DI MANA PULAK?

Ini tindakan yang cukup berani. Yong tabik kat MB Selangor. Walaupun ratusan ribu pengundi hantu dikirim ke Selangor, MB tetap akan adakan pilihanraya sebelum Najib flip flop membubarkan Parlimen.

Dengan tindakan itu Najib hanya ada dua pilihan:
  • Bubar Parlimen supaya dapat mengadakan PRU13 bersama Selangor.
  • Lambatkan pembubaran Parlimen supaya boleh menumpukan jentera BN di Selangor.
Kedua2 pilihan tidak akan memberi advantage kepada BN kerana:
  • Jika Najib memilih untuk membubarkan Parlimen supaya dapat membuat PRU13 bersama Selangor, element kejutan untuk Pakatan Rakyat telah hilang. Pakatan Rakyat akan dapat menyusun strategi yang mantap untuk menentang BN. Umum tahu keadaan BN di akar umbi masih tunggang-langgang berebut kerusi untuk bertanding, walaupun senarai telah sampai ke BN pusat.
  • Jika Najib melambatkan pembubaran Parlimen pula, jenteranya sudah keletihan bila PRU13 benar2 terjadi kerana telah kehabisan senjata demi menyerang Selangor. Umum tahu BN memang gila bayang dengan Selangor.

Harus diingat BN juga kena menumpukan perhatian di Sabah yang sedang diserang oleh PR dan Sarawak.

Dua ekor katak Selangor pula akan menerima ujian paling getir. Demer akan berhadapan dengan nafsu ingin terus bergelar YB dan tentangan dari calon ameno. Lantak komer le...

Nampaknya politik di Malaysia makin seronok untuk dikaji. Yong yakin beberapa tesis Masters dan PhD akan dilahirkan dari politik Malaysia kali ini. Selamat mengkaji wahai mahasiswa!

Apa kata kalau semua negeri yang dikuasai PR membubarkan dewan dan buat pilihanraya serentak?

Agak-agak komer kalau buat gitu berapa jutaan yang akan dijanjikan oleh Najib kepada rakyat kerajaan negeri?

AWAS1

Jangan lupa seperkara penting! Cubaan untuk mendirikan UG mungkin akan digiatkan dengan berlipat-ganda! Demer yang dulu ingin bentuk UG di Selangor akan mencuba lagi dalam gelap dan terang!

Mungkinkah JATI, Mufti, SW1M akan berpadu tenaga bersama-sama PERKASA dan PEKIDA?

JOM TOLAK PEMBULI RAKYAT!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.