Pages

Friday, 18 January 2013

AWAS! STRATEGI TERBAHARU MENAWAN HATI PEMIMPIN PAS SEDANG DIRANCANG


SADAT, CARTER DAN MENAHEM BEGIN DI CAMP DAVID PADA 09/06/1978

Yong bukan cakap merapu macam Chedet. Tahu kenapa? Kerana Yong bukan ahli politik yang ingin mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun. Yong tiada kepentingan yang akan hilang jika PR berkuasa. 

Jadi, siapa yang akan kehilangan kepentingan?

Umum tahu, setelah pencen pegawai kanan kerajaan akan dapat habuan yang lumayan. Ada yang jadi BOD syarikat judi, arak dan juga GLC (Government-Link Companies). Inilah "hadiah" kesetiaan. Dan kesetiaan adalah salah satu nilai dalam konsep 1Malaysia.

Sekarang, masa depan sungguh kelam! Orang-orang yang tiada merit tidak akan lagi diletakkan untuk mengemudi GLC jika PR memerintah. 

Apa yang akan dilakukan pegawai dan bekas pegawai kanan kerajaan kaki ampu? 

Demer akan berusaha memastikan UMNO menang.

Takpe kalau MCA, Gerakan, MIC dan segalanya kalah. Asal UMNO menang.

Baca apa kata Chedet dalam Berita Harian:


Apakah yang tersirat dalam kenyataan Chedet? 

Kenyataan Chedet bukan ditujukan kepada rakyat. Tetapi kepada pemimpin PAS yang mesra UMNO! 

Sekarang, at this time, sekumpulan pegawai kanan pro-ameno sedang sibuk merangka strategi. Demer tahu peluang menang amat tipis, walaupun ada pengundi hantu. 

SPR tidak boleh diharap lagi. 
SPR tiris di sana-sini. 
PR tahu apa SPR buat!

Strategi untuk menang kini ialah dengan menjemput "musuh" untuk bersama. Kononnya untuk menentang common enemy, iaitu orang Cina, India dan kristian.  

Bagaimana?

Demer akan beri PAS menang mudah beberapa kawasan.

Tapi PAS kena beri laluan ameno menang beberapa kawasan yang dikuasai PKR!

Percayalah. Pegawai kanan pro-ameno amat benci PKR, selain benci kepada golongan profesional yang kini berada di dalam PAS. Ini kerana jika professional yang cerdik duduk dalam PAS, hanya tinggal yang bangang menyokong ameno (Chedet sendiri yang kata). Mungkin orang seperti Sharifah Listen!

Mungkinkah perjumpaan dalam gelap akan berlaku lagi?

Beberapa ulama dalam PAS sedang diintai. Senarai pendek ulama yang mungkin boleh ditawan hati telah siap. Muzakarah, muqabalah dan entah apa lagi akan dianjurkan untuk menawan hati ulama PAS!

Masalahnya Tuan Guru Nik Aziz!

APAKAH YANG MESIR DAPAT APABILA MEMBUAT PERJANJIAN KEAMANAN DENGAN ISRAEL DI CAMP DAVID? 

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

6 comments:

  1. Replies
    1. Salam Tuan Haji Lee Copper

      Mudah-mudahan ulama PAS tidak terperangkap

      Delete
  2. saya dengar cerita yang sama dari mereka yg rapat dgn UMNO sejak 2-3 bln yang lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam otakkotak

      Sebab tu demer hantar Ibrahim Abu Shah. Lepas ni demer mungkin hantar bekas ketua polis, panglima tentera, presiden persatuan bekas pegawai kanan kerajaan etc, etc.

      Yong tak boleh sebut siap ulama tu...

      Delete
  3. Nasha dan Hasan Ali jadi broker ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hassan Ali agak sukar dipercayai. Nasha? Hmmm...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.