Pages

Sunday, 13 January 2013

BUDAK U YANG CERDIK IKUT BERHIMPUN (UPDATE)

Kata polis hanya 45,000 yang hadir HKR112. Itu dah dikira yang duduk di luar stadium. TV pun dengan angkuh meracau mengiakan berita ini sambil memuji perjumpaan rakyat dengan piem. Alahai...

Gasak demer nak kata ramei mana, kata kakak ipar Yong. Dia kemalangan motorsikal minggu lepas dan masih sakit kaki. Tapi datang juga. Berjalan perlahan-lahan. Abang Yong pulak mengalami osteoarthritis yang agak serius. Jadi, padanle demer berdua jalan slow-slow. Akhirnya sampai jugak.

Mulanya kami ikut kumpulan kuning diketuai kartunis Zunar dari Brickfield. Sebab kami jalan slow-slow, kami bertembung dengan budak-budak universiti yang dah berjalan dalam 8 km dari Universiti Malaya. Tahniah di atas keberanian komer semua. Tak sia-sia komer belajar tinggi-tinggi. Sudah jadi cerdik dan tahu membezakan antara yang betul dan yang salah.

Yong ingin kongsi beberapa gambar yang sempat diambil:

KUMPULAN KUNING DARI BRICKFIELD BARU NAK BERGERAK

Cuaca pun best. Redup jer. Kejap macam nak hujan. Tapi tak jadi. Cuaca pun tahu kita nak buat baik dan tak mahu kacau. Alhamdulillah!!

INI DIA PEMBAWA BANNER BUDAK U (MAHASISWA) YANG CERDIK ITU

Takpelah budak-budak U nak tutup muka. Yong faham ada Naib Chancellor yang tak cerdik-cerdik walau dah jadi profesor dan masih tak reti konsep Freedom of Expression sebagai ciri utama Basic Human Right.

LAGI BUDAK U BAWA BANNER

Tak perlu takut. Ramai pendidik yang tak sokong Naib Chancellor yang sempit fikiran. DS Anwar Ibrahim pun berjuang sejak beliau jadi budak U lagi.

BUDAK U MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA!

Budak U menuntut pendidikan percuma bukan untuk demer ye. Tapi untuk adik-adik komer dan anak-anak komer. Bior semua ada peluang belajar tinggi-tinggi. Jangan buat alasan kunun negara bankrap bila budak dapat belajar secara percuma.

BUDAK U GAMBAR DARI BELAKANG

Sebenarnya negara bankrap sebab pemimpin ameno suka belanja mewah, korap, beli peralatan dengan harga mahal walaupun boleh dapat dengan harga yang berpatutan dan bagi projek kat kroni yang tidak layak!

INI KUMPULAN MAHASISWA ISLAM

Isu yang dibangkitkan oleh ameno bukan isu, tapi dibuat-buat untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan rakyat jelata.

Budak U yang cerdik tahu semua itu.

Bangkai tak boleh tutup dengan beg birkin!

ORANG CERDIK BILA BERCAKAP TIDAK GUNA KEPALA LUTUT

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Yong mesti ader perasan gua kat Stadium Merdeka.... hahaha... gua antara photographer yang riuh mulut ... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong seorang yang senyap. Ambik gambor yang orang lain tak ambik jer.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.