Pages

Monday, 7 January 2013

KUALITI DUTA-DUTA AMENO

Nampaknya di zaman ameno ni ramai sedang bercakap tentang kualiti. BN pun nak tunjuk demer ada kualiti. Sebab tu demer buat KPI (Key Performance Indicators).

Ameno mula bercakap tentang kualiti bila demer tahu DEB telah gagal. Jadi demer cakap benda lain sebab mahu mengalih perhatian orang Melayu kepada soal kualiti. Demer buat SSB, TQM, Kaizen, 5S, MQA dan entah apa-apa lagi. Semuanya kerana nak kawal kualiti.

Yong pun suka kualiti.

Malangnya, sementara rakyat dikerah untuk berkualiti, ameno tak kisah pun tentang kualiti! 

Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti kepimpinan!

Bab kualiti kepimpinan ini bukan Yong cakap. Tapi pemimpin yang demer amat hormati Chedet. Yong dah tulis bab ini di sini.

Dari kepimpinan muda sampai ke tua. Tiada beza. Tiada tanda kualiti kepimpinan pemimpin ameno untuk meningkatkan martabat Melayu maupun Islam!

Lihat sahaja duta-duta yang mereka lantik.

Duta-duta adalah image projector (projektor imej). Orang yang boleh dijadikan ikon.

AMENO TAKKAN MAHU DUTA INI

Tapi ameno lantik duta yang macam ini:

1. Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Play video ini. Komer akan tahu apa dia buat.

Citer boleh baca di sini dan di sini.





2. Duta Islam

Pada tahun 2011, duta ini dilantik sebagai daya penarik untuk remaja mengamalkan keperibadiaan mulia. Baguih objektif itu.


Tapi lepas dilantik jadi duta demi menarik remaja untuk mengamalkan keperibadian mulia, duta ini buka sebuah kelab malam. Macam-macam program dibuat di kelab malam. Tak tahu pulak Yong kot dalam kelab malam ini ada juga program untuk membina keperibadian mulia. Lawak sungguh ameno ni. Citer boleh baca di sini.

PROGRAM PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MULIA?

3. Duta "We Love PM"

Terkini heboh bab duta "We love PM." Tak clear apa objektif wujudkan duta ini. Nak menarik remaja supaya cinta pada PM?

Ia macam satu ide yang desperado!

Ameno dah takde orang muda lain yang boleh dilantik jadi duta?

Yong taknak letak gambor duta ini yang tak berapa molek sebagai muslimah, dalam blog ini. Yong anggap dia hanyalah seorang budak yang mungkin satu masa nanti akan berhijrah menjadi lebih molek.

Yong tak mahu menilai moral orang lain. Siapalah Yong untuk menilai moral orang. Tapi komer yang ada akal, nilailah sendiri.

Inilah kualiti duta-duta yang dilantik oleh ameno.

Tiada beza dengan kualiti pemimpin ameno dan Barisan Nasional.

Betul kata Chedet.

Tinggal orang tak waras jer dalam ameno dan Barisan Nasional.



TAKKAN KITA MAHU TERUS DIPIMPIN OLEH ORANG YANG TIDAK WARAS?

JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Lara Dutta ker yong ooi... hahaha...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong tak faham apa erti duta ni dalam kepala otak ameno dan pencacai? Tolong bagi pencerahan sikit! Mana tahu, entah-entah maknanya tak sama dengan makna stendet yang kita semua maklum.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.