Pages

Thursday, 24 January 2013

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT? THINK AGAIN! (VIDEO)

Oleh kerana Yong sibuk dengan kerja menyemak kertas jawapan budak U (kebanyakannya tulisan kalah doktor) Yong ciluk jer article ni dari Greenboc.

Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Muumuu KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah). 


Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.

Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.

Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

“Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan,” kata Rafizi.

Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

“Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera,” kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

“Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi,” kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri. Sumber: Greenboc.

Malaysia negara paling selamat?

Rupanya selama ini keselamatan negara dipertaruhkan melalui tender pembelian peralatan tentera yang tidak telus!

Siapa pulak Menteri Pertahanan Malaysia yang teruk sangat ni?

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT?

MACAM MANA NAK SELAMAT KALAU PERALATAN TENTERA MAHAL TAPI BURUK?
MACAM MANA NAK SELAMAT KALAU SPARE PART PERALATAN TENTERA PUN TAKDE?
MACAM MANA NAK SELAMAT KALAU PEJABAT TENTERA PUN USANG?

REAL SCARY DISCLOSURE!

TOLAK RASUAH

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Ini semua "Sindrom Bekas" .... hahaha... nak tau lanjut.. sila baca kat blog gua... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Salam kak yong !

    Orang yg paling berasa selamat (feel like ones) di M'sia ni adalah mereka- mereka (ok broken BM, i know..saja) yg dapat pojek direct nego tu... juta-2 RM. Tapi semua (ok almost all) macam haram jadah aje. Benda leh beli 1 juta jadi 5 juta. Ramai nak kena suap!

    Beli apa benda pun tak tahan lama, takda pemindahan teknologi. Takda R&D untuk usaha hasilkan sendiri. Ok ada yg buat peluru, bullet vest, styer but tu kira kita ketinggalan lagi.

    Sepatutnya kita leh bina macam-2 jentera, armor, kapal peronda sendiri dah. Trak teknologi Korea Utara lagi canggih saya ingat la drp trak 'recond' Inokom yg entah hapa hapa tu. Heli pun harap manintenance saja la...kalu tak, hari-2 kita dengar pilot dia mati. Eloknya Naji* & Rosy-mah tu naik Nuri sebagai kenderaan rasmi kerajaan hari-2 baru dia ada akal kot mati tu camna, menghargai nyawa anggota kita?

    2 kapal selam Scorpene pun kena pakai consultant cam ayam sampai mentekedarah ratus juta RM komisen. Kalu camtu sapa pun leh consult much much better, i think.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.