Pages

Tuesday, 15 January 2013

PECAH BERITA: PARLIMEN BUBAR 1.3.13

Kini sudah tiada masa. Ini berita yang baru diterima. Parlimen akan dibubarkan pada 1hb. Mac 2013. Berikutnya PRU13 akan dijalankan.

PRU13 - 1/3/2013.

13-13-13.

Mengapa nombor ini dipilih?

Nombor 13 selalunya dikaitkan dengan "bad luck." Sudah tentu sebagai kaum Muslimin kita tidak boleh percaya kepada karut-marut itu. Ini kerana kita percaya kepada Qada dan Qadar. 

Adakah ini ilham yang didapati dari US, memandangkan sekumpulan pegawai tinggi JPM/MKN baru saja balik dari negara yang dikuasai gerombolan illuminati dan free mason itu?

Atau mungkin kebetulan sahaja.

Tetapi pegawai kerajaan yang rapat dengan PM tidak akan kemana-mana tanpa urusan yang berkait dengan Najib.

No 13 adalah nombor yang membawa tuah bagi golongan elit yang percaya kepada elemen-elemen mistik dan suka menguasai. Itu menurut kepercayaan illuminati dan freemason.


Kalau nak tahu apa kaitannya dollar Amerika dengan nombor 13 baca di sini

Pakcik Sifu Pekida pernah bagi tahu Yong pada pertengahan tahun lepas PRU 13 akan di adakan dalam bulan Mac 2013. Pakcik Sifu Pekida memang pengamal paranormal yang rapat dengan ameno. 

Terus terang, PRU kali ini akan menjadi pilihanraya yang paling sengit. Bomoh dan pengamal paranormal akan dikerah selain agensi kerajaan seperti MKN, Jabatan Penerangan, Polis dan juga Felda, Felcra, LPP, polis dan lain-lain. Bersiaplah!

Mungkin ini yang dimaksudkan "sabotage ekonomi" oleh perkhidmatan awam dan peniaga seperti yang disebut Ketua Ekonomi Bank Islam itu.

DAH TAHU TARIKH. JANGAN DOK BEREBUT KERUSI LAGI.  

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

7 comments:

  1. A'kum Yong

    Maklumat ni saya tahu pada akhir Nov. lagi. Saya diberitahu oleh salah seorang S/U Najib yang kebetulan kawan saya.

    Saya hebahkan kerana kita semua tahu sikap Najib yang berdolak-dalik dan tidak firm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Betui tu. Yong pun ada dengor, tapi ignore jer. Tapi kali ini ia boleh dipercayai kerana bocor dari JPM.

      Delete
  2. semasa menunaikan haji,saya telah berkenalan ngan seorang YB yang amat akrab serta sekampong ngan tok jib.beliau mengatakan pilihanraya akan berlaku pada bulan march 2013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maw

      Begitule bunyi berita yang dikonfim bocor dari JPM. Tapi apa-apa pun jadi sebab tok jib takde konfiden BN boleh menang.

      Delete
  3. Yong, sebenarnya apa berita daripada pokjib ni, sepuluh dia cakap dua belas tak boleh percaya..

    Teman tak tahu la macam mana macais boleh terpengaruh lagi dengan kaki betina, kaki rasuah, kaki penipu, kaki letup ni... Sudah la tu.. Dah meluat benor teman ni...

    Pada pemerhatian teman ni orang ramai dah buat ketetapan siapa yang nak dipilih... Cumanya sekarang pokjib tunggu isyarat dari SPR, PDRM, MIO, Imigeresen dan macam-macam agensi lagi supaya dapat manipulasi keputusan pru nanti... Dema memang dah tahu nak kalah, nak menang tak lain tak bukan cara menipu saja..

    Apa lagi yang dapat kita buat selain berusaha sedaya yang ada dan berserah kepada Allah...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.