Pages

Tuesday, 29 January 2013

WAJAH WIRA PALESTINE MAHMUD SARSAK, PEMAIN BOLA SEPAK YANG MOGOK LAPAR DALAM TAHANAN. . .

Mungkin mamat hensem yang berani mati ini tiada kaitan dengan Malaysia. Tapi anak muda Malaysia boleh mencontohi nilai perjuangannya. Edisi kali ini khas untuk anak muda.

Mahmud Sarsak ialah seorang pemain bola sepak yang ditahan oleh Israel tanpa tuduhan dan bicara pada tahun 2009. Undang-undang ini serupa macam ISA di Malaysia. Mahmud Sarsak telah mogok lapar selama 90 hari kerana menuntut kebebasannya. 

Mahmud Sarsak, pemuda Gaza ini adalah aktivis pejuang jihad Islam Palestine yang amat ditakuti Zionist Israel. Ketika ditahan beliau baru berusia 25 tahun. Jika minat mengenali perjuangan pemuda ini baca di sini.

MAHMUD SARSAK DISERBU RIBUAN PENYOKONG SEMASA KEMBALI

DIA KEHILANGAN SEPARUH DARI BERAT BADANNYA

NAMUN DIA TIDAK HILANG SEMANGAT PERJUANGANNYA YANG DISOKONG HAMAS
PEJUANG HAMAS  BERKAWAL SEMASA KEPULANGANNYA, KERANA DIA BUKAN PEMAIN BOLA SEPAK BIASA

Perjuangan Mahmud Sarsak tidak tamat setelah dia dibebaskan dan menjadi terkenal seluruh dunia. Sebagai ikon anak muda Palestine, beliau turut menuntut UEFA(Union of European Football Association) membatalkan mengadakan perlawanan bawah 21 tahun pada 2013 di Israel. Boleh baca berita di sini dan pandangannya tentang Bacelona di sini.

Apakah mesej yang dipelajari di sini?

Wira boleh datang dari pelbagai profesion. Ada ahli politik. Ada golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan seumpanya. Ada guru, pensyarah, mahasiswa dan golongan akademik. Ada pelukis, pelakon, penyanyi dan golongan artis. Ada juga ahli sukan seperti pemain bola sepak. Tak lupa - golongan bloggers. Usia tidak menghalang seseorang menjdi pejuang.

Wira sebenar tidak runtuh semangat perjuangannya dengan tawaran kekayaan. Mungkin kontrak akan ditamatkan (Macam Abby), atau dibuang kerja (macam Dr Aziz Bari). Mungkin ada lagi. Maaflah, Yong tak kenal. Semua itu tidak akan melunturkan semangat juang wira-wira ini. 

Bagi Zulkifli Nordin, Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, entah setinggi mana pejuanganm tanpa fulus?

Isa Samad, Khairy Jamaluddin, Rais Yatim, Hishamuddin Hussein, Raja Nong Chik, Nazri Aziz, Jamil Khir, entah apa matlamat perjuangan mu?

Pemain bolasepak Malaysia yang suka glamour dan artis kaki kelab malam - apa sumbangan kamu kepada negara?

Bandingkan nilai perjuangan individu-individu itu dengan liku-liku perjalanan perjuangan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Tepuk dada, tanyalah iman.

ANAK MUDA, TERUSKAN BERJUANG!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Sori Yong.. gua bukan pejuang... gua cuma penghasut jer.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Hmmm, takpe le jadi penghasut. Asalkan hasil "hasutan" tu tumbang kerajaan yang zalim. Hahaha

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.