Pages

Friday, 8 February 2013

4 TAHUN MELAYU SELANGOR DUDUK DALAM HUTAN

Semasa meronda-ronda di Perak, Yong bertembung dengan kenalan lama. Yong kata lama sebab memang dah lama tak jumpa dia. Kami pun tak "keep in touch" sebab masing-masing sibuk dengan kerojer.

Kawan Yong menggenggam keris karat tanpa soal jawab. Jadi, dia berjalan sana sini berkempen atas nama Melayu. Yong tahu dia banyak kali kena main oleh gerombolan keris karat. Tapi disebabkan kesetiaannya pada Melayu, dia terus genggam keris itu!

Apa katanya?

"Kesian orang Melayu. Satu masa nanti entah-entah deper kena duduk dalam hutan."

Yong jawab, "Orang Melayu kena usahalah. Jangan harap subsidi kerajaan saja kalau taknak duduk dalam hutan."

Balasnya,"Betul. Kita kena kerja kuat lagi. Kerja kuat macam Najib."

Jawab Yong, "Kerja kuat untuk siapa? Tokeh Cina...tokeh Korea jugak yang kaya."

"Orang Melayu taknak rebut peluang. Manja." Katanya.

"Tidak diberi peluang! Salah pemimpin jugak. Macam Khir Toyo." Balas Yong.

Kawan Yong buat-buat tak faham. Dia merapu mengata PAS jadi kuda tunggangan DAP dan PKR Yahudi dan sebagainya. Sah Minah ni percaya media pemfitnah sebab tidak mendengar fakta sebenar.

BACA CERITA DI SINI 

Setahun selepas berkuasa Kerajaan Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim sudah mula melaksankan strategi menyelamat projek perumahan terbengkalai tinggalan BN.

Tak hairan kawan Yong duduk dalam kegelapan. Berita di bawah ini dijamin tak masuk TV3

Bukti Kerajaan PR Selangor mampu siapkan projek rumah terbengkalai ditinggalkan BN selama 20 tahun 

4 January 2013 

SELAYANG, 4 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjaya menyiapkan projek penempatan semula penduduk Bukit Botak yang terbengkalai dan gagal diselesaikan Kerajaan BN selama 20 tahun memerintah negeri itu. 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek perumahan itu dijangka siap sepenuhnya Mac ini dengan dilengkapi tapak masjid, tapak tadika dan kawasan rekreasi. 

“Ini adalah bukti kerajaan PR negeri Selangor komited membela hak rakyat. 

“Bila kerajaan negeri cadang menyelesaikan projek itu pada 2008, mereka pada mulanya tidak percaya kerana tertipu oleh kerajaan terdahulu yang meminta mereka menandatangani untuk beri hak kepada pemaju yang akhirnya tanah itu tergadai. 

“Sekarang rumah itu sudah siap dan surat rasmi diberi, rakyat mula yakin kerajaan negeri mampu mengotakan janji. Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas keyakinan mereka terhadap kerajaan negeri,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Tawaran Rasmi tapak perumahan kepada penduduk Bukit Botak, semalam. 

Pada majlis itu, Abdul Khalid turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Pejabat Daerah Gombak dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di atas usaha mereka melaksanakan projek itu sehingga berjaya. Baca seterusnya di sini dan terkini di sini.

Benar kata penyokong tegar ameno itu. Orang Melayu akan tinggal dalam hutan jika kita biarkan kerajaan yang korap ini terus berkuasa.

Kerajaan siapa yang korap? Kerajaan mana yang jadi tunggangan Israel? Tepuk dada tanya iman.

BIARKAN KERA, GAJAH, HARIMAU, DAN BINATANG BUAS SAHAJA DUDUK DI HUTAN YANG DIPELIHARA!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

4 comments:

  1. adik beradik mak teman ada 5 orang. Semua PAS, kecuali sorang UMNO. Tapi yg sorang ni le yg cukup susah nak handle. Bongsu pulak tu. Tak tau le teman rope mane nak ngabo ke maksedara favourite teman tu. Umor dah byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Kalau dari kawasan Ulu Perak memang liat! Demer tak peronah peduli berita internet. Katanya semua fitnah! Tak sedor yang demer suka baca itu yang fitnah.

      Delete
  2. A'kum Yong

    Kesiaann... dia. Jadi Melayu hutan gara-gara taksubkan keris karat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Agak-agak apa demer buat kalau PR menang dan dapat menguasai TV?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.