Pages

Wednesday, 27 February 2013

JANGAN PEDULIKAN DEEPAK, KATA MAHATHIR; AKIBATNYA?

Episode Deepak dan Bala ini sangat pelik. Ia lebih pelik dari episod "Lost" atau "Haven." Tak masuk akal. Kita tahu, episode TV cuma nak menaikkan rating penonton. Episod si Penjual Karpet untuk apa?

Boleh ke kita terima episode Deepak dan Bala ini sebagai kejadian biasa bila karektor dalam sandiwara ini termasuk PM dan isterinya?

"Jangan pedulikan dakwaan Deepak," Kata bekas PM Malaysia, Dr Mahathir Muhammad, seperti yang dipetik beberapa berita online.

APA DR M KESAH? (Malaysiakini)

Apa motif Dr M menasihati najib supaya "jangan pedulikan dakwaan Deepak?" Takkan Dr M mengambil berat tentang kebajikan PM 1Malaysia. Mustahil!

Akibat kenyataan itu Deepak menulis surat terbuka kepada Dr M, yang juga disiarkan oleh berita-berita media alternatif.

SURAT BERAPI DEEPAK SEBENARNYA UNTUK SIAPA? (Harakahdaily) 

Surat Deepak itu membuka pekong yang lebih besar yang menyelubungi pentadbiran PM 1Malaysia. Ia mendedahkan kebusukan yang disembunyikan. Adakah Tun M sengaja "menasihati" Najib "jangan pedulikan dakwaan Deepak" demi membuka peluang kepada si penjual karpet itu membuat dakwaan lagi secara terbuka? Adakah tujuannya untuk memaksakan Najib supaya meletakkan jawatan? 

Dengan tiadanya Najib, UMNO dapat dipulihkan? Sama seperti keadaannya dulu. Bila dia meletakkan jawatan, UMNO pun pulih...sekejap...Bukankah itu tujuan Dr M masuk semula ke dalam UMNO? 

Yong sebenarnya tak kesah berapa banyak Deepak kerugian. Orang buat business, kadang untung kadang rugi. Apa Yong kesah ialah kebisuan polis dan SPRM mengenai dakwan Deepak ini. Ia dakwaan yang amat serius terhadap PM 1Malaysia!

Sementara Dr M menasihati Najib, "Jangan pedulikan dakwaan Deepak," Si Penjual karpet itu menyaman fitnah PM 1Malaysia.

APA MAKNA SAMAN INI? (Malaysiakini)

Saman Deepak terhadap PM 1Malaysia bagai satu jenaka basi. Ia hanya satu episode tempelan dalam sandiwara yang pengarahnya, "kau dan aku" tahu.

Pelik kerana sandiwara ini ada maksud yang tersembunyi.

Bagi Pakatan Rakyat, Najib tidak perlu dijatuhkan sebelum PRU13. Ini kerana kapal BN akan tenggelam, bersama-sama Najib sebagai nakhodanya. Biarlah begitu keadaannya.

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN




4 comments:

  1. "Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan dasar berkecuali" kata Bakri Zinin... hahahaha...!!!!

    ReplyDelete
  2. A'kum Yong

    Saya tak terfikir apa sebenarnya berlaku dan kenapa Deepak begitu berani membuka pekung Najib dan Rosmah...

    Drama apakah sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Mesti ada orang besar di belakangnya. Sebab itu Yong anggap macam sandiwara jer. Tak tahu apa kesudahannya. Kita tengok jer lah.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.