Pages

Thursday, 14 February 2013

KENAPA YONG KATA VIDEO TERBARU "ARE YOU READY FOR BN?" DAN RESPONS "YES!" ADALAH DIEDIT? LISTEN 3X

Yong kata video terbaharu dengan soalan Najib "Are you ready for Psy?" dan laungan "YES!" adalah jelas diedit.

Yong bukan CSI yang ada makmal untuk sahkan benda ni edit atau tak edit. Tapi Yong pernah aktif dalam teater dan menjadi pengkritik filem. Jadi Yong tahu bagaimana rupa drama yang berkualiti dan bersifat "natural" sehingga penonton melihatnya seperti benar-benar berlaku, bukan dibuat-buat.

Bagi Yong detail dalam sesebuah filem itu penting. Misalnya kalau cerita itu kononnya berlaku dalam tahun 60an, pastikan pelakon tak pakai jam tangan digital, sebab belum ada. Ini contoh jer.

Okay, to make my points clear, Yong letak TIGA video di sini. VIDEO 1 kata "YES" dan VIDEO 2 kata "NO" dan VIDEO 3 dari TV3.

VIDEO 1



VIDEO 2



Cuba dengar baik-baik suara laungan dalam kedua video tersebut. Dengar baik-baik. LISTEN!

Dalam VIDEO 1, ternyata laungan YES! dari soalan "Are you ready for BN?" sebanyak 2 kali itu telah diulang dari respons soalan "Are you ready for Psy?" Ini kerana laungan itu kedengaran terlalu sempurna - seperti semua penonton berada jauh, walaupun kamera mengambil shots berubah-ubah.

Laungan "YES!" ketiga pula terlalu hampir seperti keluar dari mulut si perakam video dan orang di sekitarnya.

Dalam VIDEO 2, ketiga-tiga laungan "NO!" dari soalan "Are you ready for BN" kedengaran agak serata atau well-distributed di kalangan penonton. Laungan ada yang dekat dan ada yang jauh dan tidak tertumpu pada kawasan berhampiran kamera yang statik. Respons laungan itu juga semakin kuat bunyinya pada kali ketiga PM bertanya. Ini normal kerana apabila penonton disoal kali ketiga, biasanya respons akan lebih kuat - to sound more convincing.

Selain dari itu kedengaran gelak ketawa penonton dan komen-komen mereka ketika PM berkata "So, let us work, let us wait, let us be together with the spirit of 1Malaysia...

Komen-komen dan gelak ketawa ini adalah senario "natural" bila anak-anak muda berkumpul dalam suasana tidak formal. Bukannya dalam forum yang sunyi sepi dan hanya kedengaran suara ahli penal.

Tetapi anehnya suara-suara penonton dan gelak ketawa mereka hilang dalam VIDEO 1. Yang kedengaran hanya suara PM yang berkata, "So, let us work.....

Jelas sekali VIDEO 1 telah dibersihkan latarbelakangnya - sebelum dibuat additional dialogue recording. Maknanya ia diedit.

Video ini diedit oleh orang yang tak pandai edit.

Saksikan VIDEO 3 dari TV3. Video ini Yong telah muatnaik dalam N3 terdahulu (disini). Yong letak semula in case ada yang terlepas pandang. Dalam video ini juga kedengaran PM menyoal "Are you ready for BN?" dan respons "NO!" oleh penonton.

Takkan TV3 guna video yang telah dimuat naik oleh pembangkang kot?

VIDEO 3



Apa nak buat? Tahi kambing bulat-bulat. Carilah kambing hitam untuk menanggung segala kelemahan dan kesalahan.

Nasi sudah menjadi bubur. Duit RM2 juta sudah hangus. Tiada apa yang umat Islam harapkan dari program hiburan yang mahal ini. 

Seharusnya pihak pemerintah yang beragama Islam muhasabah diri. Anggaplah ini sebagai peringatan dari Allah. Kerana Manusia hanya dapat merancang. Allah yang menentukan.

YONG DULU, KINI DAN SELAMANYA MENENTANG KEMUNGKARAN

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

8 comments:

  1. A'kum Yong

    Ha..haa...sigoblok yang edit tu sah bersembunyi tapi Najib akan lebih aib sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Moundweller,

      Patutnya diam aje. Biasalah dalam sistem demokrasi. Ada setuju ada tak setuju. Di UK dan US pun ketua eksekutif kena boo. Tapi tak kalutpun!

      Delete
  2. serba tak kena bn sekarang... pelbagai usaha dibuat tapi masih ditolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHatiMuda

      Sebab itu kita perlu hati2. Maknanya demer cumer ader 1 jalan jer...guna pengundi hantu!

      Delete
  3. Salam Yong;

    Bayang Kambing Hitam dah ada... cuma kambingnya jer yang belum ada... apa kata Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi... "Nyawa Mat Korea tu terancam..???"

    hahahaha... cover selagi boleh... macam la rakyat bodoh sesangat dengan wayang keling paria diorang tuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Isa

      Ai?? Takkan ada orang nak C4 kan mat korea tu kot? Sudahlah muka pun tak hensem, terlompat2 macam budak tadika jer...saper nak bunuh dia?

      Lagipun kan Malaysia ni negara paling selamat di dunia??? Wakakak

      Delete
  4. Salam Yong,

    Teman dah kabor dan teman yakin sekarang ni semua Allah bayar cash..

    Kita tengok la satu persatu.

    Dulu hang haramjadahkan orang... Sekarang orang booo hang depan-depan...

    Ada sorang tu pulak, melalak puji piem kita, piem kita... Sekarang ni meratap anak aku, anak aku...

    Ada sorang lagi, artis pulak, junjung quran bersumpah nak buat amal makruf nahi mungkar.. Dah buka pub pula... Lepas tu jadi promoter pusat anti maksiat pulak... Dunia dunia...

    Tu belum kira katak-katak dan macam-macam species lagi

    Depa ni tak serik-serik Yong... Kita tengok la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Kekayaan, kuasa dan kepayahan itu semua dugaan Allah. Kalau kita tak insaf, Allah bayar cash di atas perbuatan kita.

      Balasan dunia ini kecik ajer berbanding balasan di akhirat.

      Katak2 tu pulak, perangai lebih sangat...itulah dugaan Allah pada kita dan pada si katak.

      Perjuangan menegakkan Islam memang sukar. Tetapi amat manis kesudahannya.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.