Pages

Thursday, 21 February 2013

MISTERI GAMBAR USTAZ NIK ZAWAWI DENGAN SOI LEK TERUNGKAI

Oleh kerana Yong salah satu dari blogger yang bertanya tentang misteri Ustaz Zawawi ini, maka Yong terbitkan kenyataan penjelasan misteri tersebut. Yong tak ubah satu perkataanpun, kecuali ejaan. Ia "cut and paste" dari Harakahdaily. Komen Yong di hujung halaman ini.

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel. 

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu. 

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut. 

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.

Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut. 

Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim. 

Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS. 

Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan. 

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa. 

Simbol 1Malaysia?

Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia.

Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'trade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009. 

Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib. 

Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010. 

Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. 

"Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tidak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun. 

"Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily. 

Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA.

KOMEN YONG

Terdahulu Yong mohon maaf jika pertanyaan Yong dalam N3 terdahulu agak kasar dan menyinggung perasaan pemimpin yang jadi delegasi PAS ke Phnom Penh itu, pada Disember 2010.

Yong takkan sentuh bab Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP), November, 2012. Bagi Yong ini bukan isu.

Tetapi soalan Yong tentang Ustaz Nik Zawawi itu valid. Ini kerana telah beberapa hari gambar itu keluar dan persoalan demi persoalan dikemukakan oleh blogger-blogger pro-PR, tetapi tidak mendapat respon dari pucuk pimpinan. Kalau ia telur, sudah jadi tembelang. 

Akibat lambat respons berbagai-bagai spekulasi yang timbul.

Kata Raja Ahmad, simbol yang sama dengan 1Malaysia itu adalah simbol "One Nation Political Parties." 

Alhamdulillah, jika Nik Zawawi tiada kaitan dengan 1Malaysia. Tapi kenapa bukan dia yang menjelaskan isu ini?

Kebetulan pulak Soi Lek dilantik jadi Vice-Chairman pertubuhan itu. Kebetulan!

Dalam politik ada kebetulan ke?

Hanya PAS, UMNO dan MCA dijemput. Agaknya DAP tak cukup berpengaruh, eh? 

Kui Kui Kui!

Sejak bila pulak parti UMNO dan MCA mengamalkan konsep one-nation, matang, bersih dan sederhana?

Pesanan Yong, lain kali berhati-hati le kalau berkawan dengan gerombolan syaitan yang dikenali ini. Lebih-lebih lagi dekat PRU13. Apa saja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan diperhati oleh jemaah dan musuh. Jangan jadi naif, macam baru kelmarin masuk politik. 

Syaitan banyak tipu muslihatnya. Ustaz-ustaz patut tahu.

Di Australia ada satu parti bernama "One Nation" yang ditubuhkan oleh Pauline Hanson pada 11 April 1997. Parti ini adalah sebuah parti rasist untuk kaum kulit putih. UMNO dan MCA layak masuk kategori yang sama dengan parti Pauline Hanson ini.

TOLAK GEROMBOLAN SYAITAN YANG DIKENALI.

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN



7 comments:

  1. kita suka sangat buat spekulasi tanpa usul periksa? kekadang ada blogger yg nampak pro pakatan tapi mentali mcm pencacai umnu seolah-olah utk menaikkan ranking, citer2 mcm ini kita kena usul periksa kesahihannya jgn bagi peluru utk puak2 setan yg dikenali guna utk menembak balik pakatan!brape ramai mlayu yg celik it tapi lebih ramai mlayu lebih percaya utusan melayo & lain media umnu juga tv 3 suku termsk sukusakat mereka daripada percaya al-quran & hadis & ulama2..

    ReplyDelete
  2. opisboi;

    Gua setuju dgn lu bro... masih ramai beb, kerana berdasarkan gambar dan khabar angin... terus kena tepek...

    Yong;

    Banyak isu yang saya tak sentuh melibatkan PAS aka PR.. kerana semakin hampir PRU... semakin galak umno laknatullah provoke PR... terutamanya utk memecahbelahkan PAS drpd PR...

    Termasuklah baru2 ini, kisah blogger PR di bayar RM3k each. Yang itupun hasil kerja umno laknatullah utk melemahkan blogger2 PR dgn niat menimbulkan kesangsian, irihati pelbagai.

    Yang itu saya sentuh dlm konteks memanaskan keadaan dan memeriahkan suasana... dan pakat2 ketawa dikalangan kami... hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi, Salam Isa

      Yong tak salahkan blogger PR kalau demer nak tulis. Kalau pemimpin diam saja, sudah tentu orang ingat benda itu betul. Macam kes Rosmah dengan Deepak dan cincin. Sebab dia diam orang ingat betul. Premis ini juga digunakan untuk menilai pemimpin PR.

      Biasanya Yong akan menunggu sehari dua sebelum menulis. Ini kerana Yong ingin mengkaji dahulu. Kecuali kes psy-gangnam.

      Contohnya kes Lahat Datu, Yong langsung tak ulas kerana Yong tak tahu buah butirnya.

      Bab bayaran itu langsung Yong tak percaya. Yong guna segalanya sdn bhd. Fisabilillah. Ini saja Yong mampu buat. Nak pergi jihad ke Gaza tak mampu kerana tiada kekuatan fisikal.

      Delete
  3. Syok jadi VIP ni yong, terobang jauh-jauh nengok tempat oghang. Pak lebai mana tak naik stim disambut-sambut.
    Hilang stress buat khoje dikampung, dapat nengok amoi azerbaijani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Hmmm, Yong sebenornya tak percaya pada geng UG ni. Tapi buat masa ini Yong takkan tibai secara peribadi.

      Delete
  4. Salam, yong, rasanya kita boleh berlapang dada dalam isu nie, bak kata dato tuan Ibrahim tuan man, halakan muncung senapang kita pada musuh.. yg penting, kita sama2 jatuhkan umno n bn dulu... Insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam amirul,

      Alangkah baiknya kalau kita boleh berlapang dada. Pemimpinlah yang bertanggungjawab untuk lapangkan dada kita dengan perbuatan, bukan kata-kata.

      Perbuatan yang pengkhianati perjuangan jemaah tidak akan dimaafkan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.