Pages

Friday, 1 March 2013

PROJEK KECIlL RUNTUH, PROJEK BESOR PUN RUNTUH; APA MAKNANYA?

THE SHARD LONDON BRIDGE TOWER, 72 TINGKAT ADALAH BANGUNAN TERTINGGI DI EROPAH

Yong fikir kalau benda sudah lama dia akan rosak, atau mungkin runtuh. Tapi kalau baru buat sudah runtuh, ia sesuatu yang aneh. Ingat tak lagi kes jambatan gantung di Kuala Dipang yang baru dibina, runtuh dan menyebabkan kematian 3 orang kanak-kanak India?

Tragedi itu berlaku dalam tahun 2009. Punca tragedi telah disiasat dan hasil siasatan (teknikal) telah dikeluarkan. Siapa yang salah? Hantu ayor kot!

SUDAH ADA PENGHAKIMAN?

Baru-baru ini jambatan fly-over pulak runtuh. Jambatan ini dibina pada tahun 2007, zaman Khir Toyo. Ia diteruskan oleh kerajaan negeri melalui PKNS, bersama kontraktor yang sama? Tup-tup jambatan ini runtuh. Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana ini runtuh pada 28 februari 2013.

STRUKTUR BINAAN DIKATAKAN LEMAH DAN BELUM SEMPAT DIPERBAIKI

Sudah tentu kerja memperbaiki kelemahan struktur jambatan flyover ni jauh lebih sukar berbanding dengan jambatan gantung Kuala Dipang. 

Nampaknya sudah ada suara-suara penguatkuasa yang menuduh antara satu sama lain. 

Apa yang terlintas di fikiran rakyat Marhein? Sudah tentu berlegar di sekitar penganugerahan kontrak dan duit kopi. 

Jadi, apakah pengajaran yang wajar diterima oleh pihak yang berkuasa melalui kes ini? Hanya satu sahaja. Bila projek itu dibuat oleh kroni BN, kerajaan PR hendaklah menelitinya semula sebelum meneruskannya.

Entah sudah berapa banyak projek yang berakhir dengan keruntuhan. Projek kecil runtuh. Projek besar pun runtuh.

Lagi nak buat bangunan 100 tingkat. Alahai...

Akhlak pun banyak yang runtuh. 

Harap-harap jangan lagi berlaku keruntuhan, kecuali keruntuhan BN.

SAMA-SAMALAH KITA MERUNTUHKAN RASUAH DAN KRONISMA

TOLAK UMNO. TOLAK BN

7 comments:

  1. yang belum runtuh, projek IC haram UMNO.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aje nyer iyer benor, cikgu. Ape nak buat kite rakyat biase biase aje. Moh ler kite undi demer ler lagi nyawe dikandung badan, selaghi lalu, laghi & laghi.

      :)

      Delete
    2. Salam Cikgu, Salam hanz

      Moh kia runtuhkan projek IC haram ni. Baca N3 Yong mengenainya. N3 serius beb!

      Delete
  2. maknaya kalau rakyat undi lagi puak2 laknat ni memang laaaaaa boddoh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam otakunyai

      Malangnya ramei yang camtu...Isy, tak sampai hati pulok nak sebut istilahnya...

      Delete
  3. Sejak zaman Tan Sri Mohd Noah ag keturunan ini hidup dgn wang haram. Nak heran ape pulak? Runtuh sana, runtuh sini sbnrnya lambang keruntuhan akhlak cucu cicitnya. Sekaligus, lambang keruntuhan BN. Najib Al-Anal, you are the damn liability of your party.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Salman

      Itule pasal. Kita runtuhkan demer. Semua selamat! InsyaAllah!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.