Pages

Friday, 22 February 2013

TOLONG JANGAN LANTIK KU LI JADI PM


Yong tak akan sokong Ku Li jadi PM Malaysia. Noktah.

Why, Why, Why?

Sebab dia ahli kumpulan syaitan yang dikenali.

****************

Kononnya Hang Tuah pernah berpesan:

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.

Ini bermakna kalau orang buat jahat kepada kita, jangan kita balas dengan kejahatan

Simple and clear.

Tapi bagaimana hendak berpada-pada dalam berbuat kebaikan?

 JANGAN TIKAM RAKAN SEPERJUANGAN DARI BELAKANG

Cuba fikirkan situasi berikut sebagai perbandingan:

Situasi 1

Seorang penagih dadah sedang menggeletar dan dalam kesakitan yang amat sangat. Dia memerlukan dadah untuk menghilangkan kesakitannya. Tapi dia tiada daya disebabkan perbuatannya. Tanpa dadah dia mungkin akan mati dengan terseksa. Anda bagi dia wang kerana kasihan. Dia beli dadah dan menyambung nyawanya. Ketika dia khayal dia melakukan kejahatan.

Situasi 2

Seorang penjahat jatuh ke dalam laut ketika bergelut dengan anda. Penjahat ini memegang senjata. Tapi dia tidak pandai berenang dan meminta tolong. Kerana baik hati anda pun terjun ke laut untuk menolongnya. Kerana menolongnya akan dapat pahala. Anda dibunuh kerana anda saksi kejahatannya. Lalu tiada siapa lagi yang dapat menghalangnya.

Mungkin Situasi 1 dan Situasi 2 tak brutal. Kita pergi ke situasi seterusnya:

Situasi 3

Anda sebahagian dari kepimpinan tiga pasukan perang. Ketua kumpulan bertarung dengan gigih menentang musuh. Apabila hampir kemenangan, musuh menawarkan rundingan aman. Kerana anda baik hati dan tidak sanggup lagi berperang. Lalu anda tinggalkan pasukan anda, masuk kumpulan musuh yang anda jadikan kawan. Rakan seperjuangan anda jadikan musuh. Selepas itu lebih ramai bekas rakan seperjuangan anda ditawan dan dipenjara tanpa perbicaraan. Anda akhirnya dipencilkan oleh musuh yang telah anda jadikan kawan.

Masih belum cukup brutal? Nah! ini situasi seterusnya.

Situasi 4

Anda sebahagian dari kepimpinan pasukan perang. Ketua kumpulan bertarung dan menempuh berbagai rintangan menentang musuh. Apabila hampir kemenangan, anda nampak seorang brigadier musuh melambai. Kata brigadier itu, "Kau lantik aku jadi ketua nescaya aku bawa ramai lagi pengikut untuk mu dan kamu akan menawan musuh kamu." Kerana anda baik hati dan sedikit tamak, anda tinggalkan ketua kumpulan. Sampai di tempat brigadier itu anda diberi pangkat leftenan dan beberapa orang pengikut. Mulut anda juga disumbat dengan gula-gula dan janji yang tidak pernah ditepati. Akhirnya anda mati beragan kerana disumpah rakan dan pengikut sendiri yang anda khianati.

Sendiri mau ingat maaa...

By the way, adakah pandangan Ku Li tentang ARAK, JUDI dan ISLAM telah berubah? Baca di sini sekiranya sudah terlepas pandang.

Lagi sendiri mau ingat maa...

TAKNAK KERAJAANG PERPADUANG

TOLAK UMNO. TOLAK BN

7 comments:

  1. Yong,

    Aku pun tak faham cadangan puak kerajaang perpaduang ni. Logik mereka membingongkan. Kuli tu pemimpin kecil je dalam UMNO, hanya ketua bahagian je. Dia juga nobody dalam UMNO. SI Azeez Rahim, mamak belukang tu pu somebody sampai terpilih jadi ahli MKT. Kuli, ahli lantikan pun tidak.

    Elok lagi dilantik si Azeez Rahim tu jadi calon PM Pakatan mengantikan DSAI. Nak lagi baik, cadang je manusia yang paling hebat yang pernah dilahirkan didunia ini sejak Nabi Adam sampai le kiamat, mengikut pemuja-pemja otak kemetot UMNO - ia itu Mahathir! Lagi le hebat kerana dia jadi PM selama 22 tahun. Soal lain tolak tepi le sebab puak ni tak ambil kira semua tu, mereka nak DSAI diganti je.

    Kalau le cadangan puak ni begitu hebat dan merupakan satu revolusi pemikiran politik yang terulng di abad 21 ni - paling logik depa patut cadangkan DSAI dilantik menjadi PM mengantikan Najib sekarang juga. Kerana semua penanda aras/indikator yang ada menunjukkan Najib gagal segagalnya menjalankan tugas sebagai PM terutama melestarikan ekonomi negara. Macam-macam cerita negatif pasai Najib ni sampai penjual karpet pun boleh memperbodohkan Najib, seorang PM. Suatu perkara yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara selama ini.

    Satu lagi alasan yang aku dengar, depa kata Kuli lebih melayu dari DSAI. Kalaulah melayu ni penting, 2 orang bekas PM kita tak layak jadi PM ia itu Almarhum Tunku dan Mahathir kerana keduanya bukan melayu asli kerana sorang ibunya bukan melayu dan sorang lagi mamak india pekat dari india nun.

    Kita tau ketua-ketua depa tu tak boleh bantah Almarhum Tunku sebab depa kecik lagi. tetapi masa Mahathir jadi PM, mengapa depa tak bantah kuat-kuat! Soal Mahathir presiden UMNO Baru,bukan dari parti depa bukan soal. Mahathir menjadi PM atas tiket menjadi ketua parti melayu Islam. Salah sorang ketua depa masa tu pun tak kata apa, tetapi dok asyik mengkafirkan orang UMNO sahaja.

    bat8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bat8

      Apa lagi yang dapat Yong kata? You take the words out of my mouth. Miker dah nyatakan semua yang tersirat dari N3 Yong.

      Nak cari Melayu jati apanama? Yang penting berjiwa Islam. Keluarga berkelakuan baik seperti orang Islam.

      Apa guna jadi Melayu jati kalau tiada jatidiri Melayu - suka hiburan dan segala bagai maksiat.

      Apa makna Melayu Islam kalau simpan perempuan, minum arak dan main judi?

      Delete
  2. A'kum Yong dan bat88

    Saya pun minta ampun, jangan dilantik Ku Li jadi PM kerana dia adalah lalang yang tidak lengkap iman

    Haji Hadi pun saya tidak setuju kerana tiada ketegasan di dalam tindakan. Menangani masalah di dalam PAS pun tidak berkesan - puak-puak UG masih lagi berakar umbi di dalam PAS.... entah-entah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Kalau KuLI nak jadi piem, dia kena jadi melalui parti yang dia jadi ahli. Yang memilih PM ialah rakyat, bukan sekumpulan pemimpin yang lose touch with reality kehendak rakyat.

      Delete
  3. kalau betol ada kerja-kerja yang mengkhianati ahli PAS dan rakyat seperti ini., aku tak akan memaafkan mereka2 itu walaupun dia adalah ulamak-ulamak yang pernah aku hormati sebelum ini...Peringatan Sebelum terlambat...JANGAN SESEKALI MENGKHIANATI AHLI & PERJUANGAN RAKYAT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hazri

      Sudah solat hajat dan doa di sana sini untuk menumbangkan regim munafik. Jadi buatlah yang sewajarnya.

      Kalau ulama buat yang sebaliknya, pasti rakyat biasa yang selama ini menyokong demer yang menista dan menyumpah demer samapai bila-bila.

      Masih belum terlambat. Yong menyeru komer yang masih ingin berpadu dengan ameno, insaflah. Kalau pemimpin ameno ingin berubah, bertaubat, tinggalkan saja ameno dan sertai PAS.

      Delete
  4. saja teman menyakat kengkawan peminat liverpool.
    game tu two-legged. liverpool kalah atas away-goals rule. haha
    tu yg syok, ada kengkawan tak mau keluar minum berhari-hari nanti!
    haha

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.