Pages

Saturday, 2 March 2013

ARTIS BERHAK MENYATAKAN PENDIRIAN POLITIKNYA


Ketika belajar di luar negara, terjadi banyak tunjuk perasaan. Macam-macam tunjuk persaan. Ada yang anti cukai pintu. Ada yang anti serangan ke Iraq dan Iran. Ada yang nak naik gaji. Pensyarah pun nampaknya turut terlibat. Demer datang kerja memakai lencana perjuangan partinya. Semuanya meriah jer.

Tapi dalam negara lain pulak ceritanya.

Semuanya ketakutan. Mahasiswa takut kena buang universiti. Ahli NGO takut kena tangkap. Penjawat awam takut kena buang kerja. Artis takut tak dapat cari makan.

Seorang penjawat awam kumpulan sokongan pernah bertanya kepada Yong; Bolehkah dia mengundi Pakatan Rakyat? 

Yong tanya dia balik; Kenapa tidak boleh? 

Jawapannya, dia kakitangan kerajaan. Yang pegang kerajaan sekarang ialah BN. Kalau dia tidak mengundi BN, maknanya dia tidak setia kepada kerajaan. 

Yong beritahu; dia adalah kakitangan kerajaan Malaysia, bukan kakitangan BN. Gajinya dibayar oleh kerajaan Malaysia, bukan dibayar oleh BN. 

Penjawat awam ini masih tak puas hati. Katanya kalau BN tahu dia mengundi PR, dia mungkin dikenakan tindakan tatatertib, dan dinafikan kenaikan pangkat dan sebagainya. 

Yong mengambil sedikit masa untuk menjelaskan kepadanya. Akhirnya dia faham. 

Memang benar, ada bos yang mengugut staff bawahannya supaya mengundi BN. 

Menentukan apa parti yang kita nak sokong adalah hak individu. 

Sebab itu Yong berpendirian, rakyat Malaysia berhak menyokong parti apa-apa sahaja. 

Artis juga tiada apa-apa kelebihan politik. Artis hanya rakyat Malaysia. 

Sebagai rakyat Malaysia, pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah drama dan lain-lain yang berkecimpung dalam bidang hiburan berhak menyokong apa-apa parti yang demer suka. 

Walau bagaimanapun ada setengah yang terlibat dalam bidang hiburan itu tak layak dipanggil artis kerana hasil karya yang tiada nilai seni. 

Tak mengapa tak layak dipanggil artis. Sebagai rakyat Malaysia - masih layak memilih apa-apa juga parti yang dia suka pilih. 

Itu hak rakyat Malaysia. 

Syaratnya, jika artis berindak mengutuk sesuatu parti secara tidak adil, bersedialah menerima balasan kutukan dari penyokong-penyokong parti itu. 

Bersedialah kehilangan sokongan peminat yang mungkin mempunyai pendirian politik yang berbeza.

Artis tak payah perasan lebih-lebih. 

Komer naik kerana peminat. Komer jatuh pun kerana peminat. 

Kalau nak berpolitik, ikutlah macam Pak Samad, Zunar, Abby Abadi, Bob Lokman, Yassin, Awie, Amy Search dan lain-lain. 

Tapi sedarlah. 

Rezeki itu Allah yang beri. Bukan UMNO. Bukan BN.

Kat Malaysia belum ader artis macam Ronald Reagan atau Arnold Schwarzenegger. Mungkin komer boleh jadi orang yang pertama. 

Hahahaha

ARE YOU READY FOR PRRRR?
YESSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

REZEKI DATANG DARI ALLAH.

JOM UBAH

TOLAK UMNO, TOLAK BN




4 comments:

  1. di malaysia jika anda bukan penyokong umnu bermakna anda dianggap sebagai penderhka pada negara itulah mentali org umnu yg telah diliwat, dirogol dicabul olih mamak madey kelien paryiah selama 22 tahun lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salan opisboi

      Oleh kerana itu sama-samlah kita perbetulkan mentaliti ini supaya demer sedar akan hak masing-masing.

      Kita amdil sedikit masa untuk merungkai perkara2 yang dah kematu seperti hak orang Melayu di Tanah Melayu dan sebagainya.

      Mereka akan faham kerana bagi yang berpendapatan rendah urusan mencari sesuap nasi untuk hari ini amat penting. Esok cerita lain.

      Delete
  2. Salam kak yong!

    Kita ni dibentuk pola pemikiran dlm bab politik ni dulu lagi oleh ekosistem, sosio budaya yg sediaada. NOT! Diselia-adakan oleh kerajaan pimpinan U-BN demi survival politik demer, bukan sangat untuk negara, untuk kita semua.

    Politik orang kita berasas apa pendidikan 10, 20, 30 tahun dulu masa kita meningkat remaja sebelum jadi dewasa. Sebab kalu dah tua bangka susah sikit la nak dapat 'hidayah' apa pun sebab dah kematu, liat, biot ghope tu la sampai ke kubor!

    Sekatan maklumat ttg 'kebaikan, jasa' pembangkang@PR sejak dulu tak pernah dipapar di media perdana.. Sikit yg buruk pula diperbesarkan. Propa + fitnah! Ni mempengaruhi sentimental majoriti rakyat.

    Tu belum kesan AUKU terhadap tenaga pengajar, staff & pelajar IPTA, IPTS!

    Sebelum ni sebab dah terbiasa, termakan dengan doktrin "Kestabilan negara" maka semua relaks aje la, pangkah pi la U-BN. Like nothing really happened@took for granted!

    Bila makin nampak U-BN tu memang "Devils we know" baru ramai jadi gelabah takut, tenggelam punca mana nak mula bila dah terdetik nak minat politik. Baru nak tahu hak masing-2!

    Neva too late for a change, though. Enough is enough!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz,

      Sebab itu kita kena ubah, betultak?

      Kita kene ubah supaya kita dapat keluar dari kepompong pemikiran yang jumud. Supaya kita bebas untuk bersuara dan menyatakan isi hati kita tanpa rasa takut.

      Tengok saja negara Jepun. Dulu demer pun berfikiran jumud jugak. Tapi setelah kalah perang demer bangkit dan melalui gabungan budaya baru dan lama demer, mencipta perubahan untuk satu dunia.

      Dalam keadaan yang tercari-cari formula baru merubah kehidupan kepada yang lebih baik itu demer terima TQM dan ubah suai mengikut cita rasa sendiri.

      Jepun meniru US dalam banyak perkara. Tapi ubahsuai (innovate) menjadi lebh baik. Kita tiru dari merata tempat, termasuk Israel 1Malaysia, tapi ubah suai jadi lebih buruk.

      Bila ada yang ingin membuat innovasi dan perubahan yang lebih baik, terus saja dicantas kerana takut "punca rezeki" terhalang. Tidak kira punca rezeki itu halal atau haram!

      Inilah mentaliti manusia dari hutan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.