Pages

Friday, 15 March 2013

BEZA SOI LEK, HASSAN ALI DAN UMNO (VIDEO)

Mula-mula Yong ingat Soi Lek, Hassan Ali dan ameno sama saja. Rupanya sangkaan Yong meleset! 

Soi Lek sebenarnya lebih bijak berpolitik dari Hassan Ali dan ameno. 

Sementara pemimpin ameno, Hassan Ali dan segala pencacai meracau-racau dengan fitnah Anwar dalang pencerobohan Lahad Datu, Soi Lek pula berkira-kira menguatkan bala tenteranya untuk menyerang Pakatan Rakyat! 

Bagi pemimpin ameno pula, demer selesa dengan membuat fitnah. 

Gasak demer ler. 

Berani membuat fitnah, demer tanggung dosa. Biar Allah membalas cash segala fitnah yang demer tabur di merata tempat. 

Ingat orang percaya ke? 

Golongan sasaran mungkin anak muda yang belum pernah mengundi. Nah, berikut ulasan anak muda mengenai fitnah Hassan Ali. Ulasan ini telah bergerak dari satu facebook ke satu facebook sehingga sampai ke facebook seorang anak muda yang akan mengundi buat pertama kali. Dia pun paste dalam facebooknya: 


N3 itu diforward kepada Yong oleh seorang facebooker muda yang prihatin. 

Itulah pandangan anak muda. 

Bila Yong baca, Yong terasa malu pun ada, Sedih pun ada. Ini kerana budak-budak lagi bijak berfikir dari pencacai yang membuat dakwaan tanpa bukti aka fitnah. Takkan sebab nak menang pilihanraya sampai sanggup fitnah begini dahsyat? 

Sebenarnya Yong sudah mendengar banyak fitnah dari penyokong kuat Chedet, Ibrahim Ali dan Chandra Muzaffar. Tapi Yong ignore sahaja. Kenapa Yong ignore? Sebab Yong anggap “a person is entitled to his/her opinion.” Jadi, nak elak gaduh dengan kawan, Yong ignore. 

Tetapi memfitnah Anwar Ibrahim sebagai dalang pencerobohan Lahad Datu adalah tindakan paling melampau. 

Oleh kerana itu Yong nak tanya: 

Kalau Anwar Ibrahim dalang pencerobohan Lahad Datu, kenapa Menteri Dalam Negeri awal-awal lagi begitu yakin “penceroboh bukan militan dan bukan pengganas”? Ini menunjukkan seolah-olah Menteri Dalam Negeri sudah tahu siapa mereka. 

Kalau Anwar Ibrahim dalangnya, sudah tentu awal-awal lagi Hishamuddin kata, penceroboh itu pengganas yang kejam! 

Tiba-tiba penceroboh bertindak ganas. Lalu, Anwar Ibrahim menjadi dalang? Aneh sungguh. Bagaimana tetiba Anwar Ibrahim masuk dalam frame senario ini?

Patutkah pemimpin bermain-main dengan nyawa pasukan keselamatan kita?

Bukankah kerajaan memiliki sistem yang boleh menyepai kegiatan NGO-NGO dan parti-parti politik pembangkang? Seperti dakwaan berikut:

Pengarah Urusan Gamma Group, Martin J. Muench — syarikat penjual FinSpy — dilaporkan berkata Gamma Group telah menjual teknologi berkenaan kepada kerajaan untuk mengawasi penjenayah, dan kebanyakannya digunakan bagi memerhatikan pergerakan “fidofil”, pengganas, jenayah terancang, penculikan, dan pemerdagangan manusia (seterusnya di sini).

Video di bawah ini jelas menunjukkan Menteri Dalam Negeri berkata penceroboh bukan militan...



Sedih sungguh bila seorang bekas Pesuruhjaya PAS boleh jatuh martabatnya menjadi pencacai ameno paling tegar.

Kalau dulu Yong ada sedikit rasa hormat kepadanya, walaupun Yong tak pernah berkenan dengan caranya, sekarang sudah tiada apa-apa lagi.

Soi Lek yang hina Islam itu tentu gelak guling-guling!

Lagi fitnah dari pemimpin ameno di sini

TOLAK FITNAH

JOM UBAH

ULAK UMNO, TOLAK BN

7 comments:

  1. Kalau Yong tahu apa berlaku di masjid-masjid semalam lagi memualkan.. Khutbah Jumaat tak habis-habis dengan isu perpaduannya.. Kita kena bersatu=padu.. Tengoklah negara-negara Asia Barat yang telah huru-hara kerana menukar kerajaan.. Itu tidak menyalahgunakan masjid ke Yong..

    Selepas habis solat Jumaat imam mengajak para makmum solat hajat pulak.. Teman tak kisah la kalau niatnya baik.. Tapi selepas khutbah yang berjela-jela sehingga habis sembahyang pun 2.15 petang, orang nak bekejar masuk kerja..

    Itu takpe lagi.. Yanag teman hairan takde ke rasa malu pada Allat s.w.t. .. Hangpa yang buat honar, bagi IC pada pendatang, biarkan gerila masuk dengan senjata berat mereka, kemudian kata takde apa-apa, kemudian biarkan anggota keselamatan terkorban tanpa menterinya rasa malu.. Lepas tu nak minta pada Allah supaya aman.. Tak malu ker?

    Teman tak tahu nak kata apa dah Yong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar,

      Mulanyer Yong takde nak berblog. Relax bagi orang lain buat kerojer. Sebab kerojer kita mencari rezeki macam tak berkesudahan. Macam2 bil kena selesai. Itu tak masuk sedara mara yang perlu bantuan, ikan belaan, kucing dan lain-lain2.

      Tapi apabila Yong melihat semakin lama demer semakin melampau, siap dengan kelakuan samseng dan fitnah - Yong tak boleh duduk diam lagi.

      Ini sahaja yang mampu Yong lakukan untuk memberi semangat kepada gerakkerja kita demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

      Takbir!!!

      Delete
  2. Replies
    1. Salam TBO

      Alhamdulillah dan Tahniah kerana memilih jalan yang lurus!

      Delete
  3. Hasan Ali @ HA PHd... ...spesis suka puji diri sendiri...hanya dia satu org yg pandai dlm dunia ni....pandai buat ramalan dan pandai mengutuk seluruhnya.....ada PHd tapi akal nya rendah tak boleh pakai.....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.