Pages

Sunday, 3 March 2013

PEMIMPIN BN TERKENA SINDROM "FREUDIAN SLIP" GAGAL MENJAGA KEDAULATAN NEGARA. JOM UBAH!

SCORPENE YANG GLAM

Kita beli kapal selam yang harganya teramat mahal. Kapal selam itu parking di Spangar Bay. Tak tahu dia buat apa di sana kerana Spangar Bay itu di Sabah. Kenapa dia tak jalan sana sini dan meninjau sana sini macam dibuat oleh kapal selam negara lain sudah jadi misteri. Ia misteri kerana harganya yang mahal. Misteri kerana kematian Altantuya, dibunuh oleh polis yang tiada motif.

Segerombolan tentera yang kononnya tentera Sultan Sulu, yang bilangannya juga satu misteri, berjaya mendarat di Lahat Datu dan Semporna.

Apakah kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin yang kita harapkan untuk melindungi kepentingan rakyat Malaysia? Apa kata demer ketika kedaulatan negara dicabar oleh musuh?

Seorang pemimpin meminta gerombolan "letak jawatan!"

Seorang pemimpin kata "no bloodshit."

Kenapa jadi begini?

Kata pakar psychology ini adalah tanda pengucap mengalami sindrom "Freudian Slip" atau Slip Freud, berasal dari nama Sigmund Freud, seorang psychoanalyst.

Slip Freud adalah satu kesilapan lisan (pertuturan) atau memori yang dipercayai ada kaitan dengan minda tidak sedar (unconscious mind).

Dalam fikiran Menteri Dalam Negeri, dia akan terpaksa meletak jawatan kerana Parlimen harus dibubarkan bagi mengadakan PRU13. Mungkin selepas meletak jawatan ini dia tidak akan dapat jawatannya semula kerana BN kalah. Itulah yang sedang bermain di dalam minda tidak sedarnya - Letak jawatan.

Dia nak sebut "letak senjata." Tetapi keluar "letak jawatan."

Yang seorang lagi ialah YB ameno dari negeri yang diserang. YB ini kuat mencarut, sehingga sanggup mencarut di dalam Parlimen yang mulia. Tiada apa-apa di dalam kepalanya kecuali "shit" yang sebati dalam minda tidak sedarnya. Lalu itulah yang keluar dari mulutnya apabila dia hendak menyebut "bloodshed" menjadi "bloodshit."

Dari "No bloodshit" kepala otak YB ini telah terkorban 7 orang polis Malaysia. 

Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan kos dan aplikasi peralatan tentera yang dibeli dengan harga yang amat mahal oleh Kementerian Pertahanan, maka berteriaklah para pencacai. Kononnya pemimpin Pakatan Rakyat cakap kosong.

Nah! Sekarang siapa yang cakap kosong?

Bukan sahaja gerombolan penceroboh belum keluar dari Lahat Datu, malahan penceroboh ini dikesan bergerak di Kunak dan Kinabatangan selain telah bermaharajalela di Sempurna.

Lahat Datu adalah kawasan Felda. Ingat Felda, ingat maki "Haramjadah" ketua eksekutif aka PM 1Malaysia. Maki itu keluar dari mulutnya ketika marah kerana peneroka enggan bersama menggadai institusi itu kepada pemegang saham asing.

Haramjadah telah terkena orang yang menyerunya!

Manusia hanya tahu merancang. Allah yang menentukan!

TIADA APA-APA LAGI YANG BOLEH DIPERTAHANKAN OLEH UMNO DAN BN.

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN


4 comments:

  1. terbaeeek yong...
    hari ni teman nengok pencacai merusuh kat negeri teman t.intan wpun teman dok di utara...
    samseng taik kucing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam emnoq

      Gituler sikap demer. Tapi demer kata itu semua fitnah!

      Delete
  2. Oh! These Freudian slip errors reveal some unconscious thoughts, beliefs or wishes - hidden emotions on the part of the speaker, huh ?

    Ni kes tersasul ler kot? Terpasul gak apa yg terbuku di benak hati? oh gitu ker... baru awok paham !

    tq 4 the info, kak yong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Begitule Yong belajor dulu peringkat degree.

      Mungkin ader betulnya. Kita ni kan insan biasa yang banyak berbuat kezaliman.

      "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimeen"

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.