Pages

Monday, 4 March 2013

SULTAN SULU SEBENAR SILA ANGKAT TANGAN!

Aduh!! Boleh pitam ni...Ada Sultan Sulu sebenar dan ada Sultan Sulu tak sebenar. Siapa pulak Sultan sebenar?

Misteri sungguh.

Lokman Adam jadi penasihat kepada Sultan Sulu sebenar, katanya. Maknanya hanya Lokman Adam yang tahu siapa Sultan Sulu sebenar. Atau mungkin dia sangka itu Sultan Sulu sebenar, tetapi sebenarnya tidak benar?

Penin!

POLITIK MACAM KEK TERBALIK?

Politik ni macam kek terbalik. Yang hangus disorok di sebelah bawah.

Sebenarnya Yong bangga kerana ada anak bangsa Melayu yang berjaya menjadi penasihat negara asing. Takkan kita saja yang asyik minta nasihat konsultan luar, misalnya APCO. Kita pun boleh bagi nasihat kepada orang asing jugak, kan? Berbeza dengan APCO, Lokman Adam katanya tidak dibayar apa-apa pun. Alahai...kesiannya!

Kalau tak silap Lokman Adam ni exco Pemuda UMNO. Yong pun tak tahu apa kerja exco Pemuda ni. So, Yong taknak komen bab kerja dia.

Dulu...masa dia, Ezam dan lain-lain (tak ingat nama) duduk dalam team Wan Azizah, Yong sanggup memandu kereta malam-malam dan masuk kampung untuk mendengar celoteh dia. Entah apa-apa dia maki-hamun UMNO!

Yong sebenarnya tak gemor orang maki hamun. Bila dia jilat balik semua sumpah seranahnya, Yong pun tak jejak lagi ceramahnya. Adios.

Berbalik kepada bab Sultan Sulu ni, baik kerajaan minta nasihat Lokman Adam jer macam mana nak settle gerombolan yang menceroboh negara kita. Tak payah runding dengan Nur Misuari atau jemput dia datang ke Malaysia lagi.

Apapun, kalau dah menceroboh rumah orang, maknanya bukanle nak berkawan!

Okay. Ini ngomelan terakhir Yong bab Sultan Sulu (entah sebenar entah palsu) yang menceroboh Sabah ini. Yong dah penat.

Yong doakan semoga anggota keselamatan kita sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat Allah. Amin!

TOLAK UMNO, TOLAK BN 

BAB INI YONG BELUM PENAT.




1 comment:

  1. lokman adam tengah demam tapioca...kah3x dah mula tak ngaku..yg kene cuci tahik ialah anwar & tian chua..mcm niela politik melayu haprak dgn mastermind madey mamak kelein pedukang.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.