Pages

Wednesday, 3 April 2013

TIADA CAH KETING DI PASIR MAS - HANYA SAYONARA BUAT IBRAHIM ALI!

Aduhai Pasir Mas!

Masihkah demo ingat PRU12 pada 2008? Kalau sudah lupa, sempena pembubaran Palimen hari ini, Yong bagi ingat. Sila lihat paparan ini:

GAMBAR 1: IBRAHIM ALI BERSEMANGAT SEHATI SEJIWA BERSAMA PAS

GAMBAR2: IBRAHIM ALI BERJALAN SEIRING DENGAN SOKONGAN PAS

GAMBAR 3: IBRAHIM ALI KETAWA DIAPIT TEMAN SEPERJUANGAN YANG DIKHIANATINYA
GAMBAR 4: PENGORBANAN PENYOKONG PAS YANG TIDAK DIHARGAI OLEH IBRAHIM ALI 

GAMBAR 5: BENDERA-BENDERA PAS YANG TIADA MAKNA BUAT IBRAHIM ALI

Semua paparan di atas adalah mimpi ngeri buat PAS dan pakcik dalam gambar N3 Yong terdahulu (di sini). 

Ada yang tanya Yong kenapa tak sambung cerita bab pakcik ni.

Bukan tak mahu sambung. Sebenarnya Yong tunggu maklumat sama ada nama Ibrahim Ali tersenarai sebagaii calon UMNO atau tidak untuk kerusi Parlimen Pasir Mas.

JENG! JENG! JENG!

Sukacita dimaklumkan nama Ibrahim Ali tidak ada dalam senarai UMNO bagi kerusi Pasir Mas. Untuk nombor 3 pun tiada.

Ini bermakna Ibrahim Ali terpaksa guna logo berikut:

GAMBAR 6: TEKA IBRAHIM ALI PILIH LOGO APA?

Berbalik kepada pakcik dalam gambor N3 dulu, namanya Mohd Zahari. Mengikut rekod Yong jawatannya penghulu. Pakcik ini cukup hot dengan Ibrahim Ali dan berasa menyesal kerana menyokong katak sebagai calon PAS pada PRU12 yang lalu.

Pakcik ini mengaku turut sama merayu Tuan Guru Nik Aziz supaya memberi peluang kepada Ibrahim Ali kerana percaya Ibrahim Ali telah insaf.

Semua akar-umbi PAS di Pasir Mas telah digerakkan berkempen untuk Ibrahim Ali.

Apakah kesudahannya?

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Huhuhu...

Pakcik Mohd Zahari mungkin bukan orang besar. Tetapi dia adalah salah seorang pemimpin akar umbi yang akan memastikan Ibrahim Ali tersungkur di Pasir Mas.

UMNO Pasir Mas pula sudah berpecah. 

Mungkinkah Ibrahim Ali akan mencari parti Berjasa?

SAYONARA!

TOLAK KATAK
TOLAK UMNO
TOLAK BN
UNDILAH PAKATAN RAKYAT

11 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Ibrahim Ali khabarnya akan bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket ISMA.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Kabornya Isma nak guna logo Berjasa. Kita tunggu jer ler.

      Delete
  2. Salam Yong,

    Ibrahim Ali mesti dialu-alukan unk bertanding di Pasir Mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Haji Lee Copper

      Seharusnya begitu. Bior orang Pasir Mas kerjakan dia...

      Delete
  3. Wah.. Yong terima kasih atas info dan gambar gambar yang menarik ini, saya sebagai pemerhati politik sekadar di pinggiran dan di tepian kali...hihihihi.. memang tidak berapa berkenan dengan spesis katak puru ni, maaf cakap, memang Ibrahim Ali ni spesis katak..! Kasihan pak cik yang melobi dia atas percaya dia telah insaf..! Sesiapa yang keluar masuk dan spesis katak jangan lah di jadi kan calon kerana kredibiliti mereka mereka ini boleh di pertikaikan kerana meraka hanya inginkan jawatan saja tanpa melihat rakyat yang susah..! Teringat ZUL Nordin Kulim tu, rupa nya masuk PAS, pas tu Almahum Ustaz Fadzil tidak berkenan dengan Zul Kulim ni , tak tau kenapa? PAS tolak dia, ZUL NORDIN ni masuk PKR dan PKR calonkan dia di KULIM, padan lah semasa jadi wakil rakyat, cara dan gaya cakap dia macam ala ala Umno BN, rupa nya, PKR pilih pembelot dan pengkhianat jadi calon. Yang heran, PKR ni langsung tak tanya dengan PAS kenapa Zul Kulim ni di buang dari PAS??? Sepatutnya mesti ada kerja sama dalam bab bab sebegini. Dah hancurkan PKR baru nak buang dia.. kena tegas dan jang beri muka kepada penipu a.k.a pembelot ni..Ni satu ni kat Indera Mahkota. PKR pilih Dato Fauzi Abd Rahman sebagai calon PRU13.. hei.. tak berkenan sungguh aku..! Nak amik gak spesis UMNO walaupun dah join PKR. Di takuti BELOT..! Bukan boleh percaya, ha..lagi kat PERAK ada ke Dr Md Nor Manuty ye nama tu? Di jadikan calon kat Perak, anak tempatan dan dari PAS kan ada??? Hadoi..! Dato Sri Anwar Ibrahim tak nampak ker akar umbi tak mau orang luaq???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Ituler dia kelemahan Anwar Ibrahim. Dia cepat sangat percaya pada orang. Terus terang Yong pun tak gemor mamat Manuty ini.

      Kat Perak tu PKR kira tinggal rangka pokok jer. Cabang dan ranting ader. Daun takde.

      Orang PKR jangan marah.

      Hakikatnya Anwar Ibrahim, Rafizi, Chegubard dan beberapa pemimpin bertungkus lumus. Tapi kat bawah ada yang asyik mengugut saje tahunya. Tak percaya tengok je apa terjadi kat Pasir Salak.

      Delete
  4. Yong, saya tulis penuh tadi habis hilang di sebabkan tidak sign in..aduhai...PR nak menang ni..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      jangan bimbang. Tulisan miker dah diterbitkan.

      Delete
  5. Tak cah keting, tak sah ler deme tu, kak yong... Tapi untuk kes ni, ajer nyer yer pun. Bior Pak Brahim tu rase..sedor diri sikit pasni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Gasak demer ler nak main kotor. Gasak pegang bendera PAS tapi perangai macam ameno, baik masuk ameno jer. Tapi kalau ameno nak main cah keting, tak heran langsung.

      Delete
  6. Ya betul tu Yong, Anwar mudah lembut hati terhadap orang yang pandai memujuk..ni cukup bahaya, last last akan makan dia balik iaitu di khianati perjuangan bersama Pakatan Rakyat.. kita ni sebagai pemerhati nampak apa yang bermain di fikiran pelobi pelobi nak jadi calon nih...masing masing gila kan jawatan bukan nak tolong rakyat sangat pun, kita tengok nanti bila menang PRu13 nih, mana mana calon yang berlagak sombong, angkuh dan riak , siap..!! Sepatut nya refer akar umbi bukan kepimpinan negeri, entah siapa lah yang angkat dan di jadi kan ketua...dah kat Perak hanya ada DAP dan PAS, bagi lah kat depa, apa susah sangat, yang PKR ni pun sibuk gak, itu yang buat orang PAS marah, tamak dan haloba..PKR ni jelmaan Umno, itu sebab calon calon nya belum tentu jujur demi pakatan rakyat..Chua Jui Meng di angkat jadi Ketua PKR Johor??? aduhai, yang setia dan lama dalam PKR ada, pilih Chua Jui Meng yang baru join...sakit hati betul lah..main ada kroni pulak siap merajuk bagai...kemaruk jawatan lah orang orang PKR ni.. nampak sangat Yong...! Aku geram ni...!! Biaq lepas geram kat sini..biar depa baca...!! kita nak calon yang boleh menjaga rakyat bukan menjaga kedudukan dia..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.