Pages

Wednesday, 29 May 2013

UBAT DARAH TINGGI ORI DARI TANAH MELAYU


Hari ini Yong nak cerita keluar dari politik.

Yong kenal seorang pakcik di Sungai Manik. Boleh dikatakan 1Sungai Manik kenal pakcik ni. Namanya Mohd Salleh. Tapi orang kampung kenal dia sebagai Pak Salleh Kudung. Kenapa begitu? Sebab tangan kirinya kudung ketika berlawan dengan kominis. Pakcik ini boleh dikatakan "unsung heroes" juga kerana terlibat dalam Perang Parang Panjang Sungai Manik menentang kominis tu.

Okay. Yong bukan nak cerita bab Perang Parang Panjang Sungai Manik. Tapi Yong nak berkisah kehidupan Pakcik ni.

Pakcik Salleh telah meninggal dunia pada tahun 2004 ketika usianya 102 tahun. Dia meninggal kerana sakit tua. Tapi, sampai ke akhir hayatnya pakcik Salleh tak nyanyuk. Pada usia 90 tahun Pakcik Salleh masih menunggang motorsikal untuk pergi ke kedai. Ya, dia menunggang motorsikal walaupun hanya ada sebelah tangan.

Apa yang menarik pada pakcik ini ialah cara hidup dia menjaga kesihatan.

Satu hari Pakcik Salleh pergi ke klinik kerajaan kerana kurang sihat. Doktor mendapati Pakcik Salleh ada hypertension. Hehehe…darah tinggi ler. Tapi takle serius sangat. Walau bagaimanapun disebabkan usianya dah tua (dalam 90an), doktor beri dia ubat darah tinggi dan minta Pakcik Salleh datang lagi untuk checkup.

Apa Pakcik Salleh buat?

Dia tahu apa itu penyakit darah tinggi. Tapi dia buang ubat darah tinggi itu.

Dia amalkan minun air ini sahaja.

KELAPA MUDA

Sebelum jumpa doktor dia pastikan minum air kelapa muda dulu. Bacaan di sphygmomanometer pun okay. Doktor pun tak bagi lagi ubat darah tinggi, tapi sentiasa pantau kesihatannya kerana usianya yang tua.

Apa ada pada air kelapa?

Air kelapa yang jadi minuman kegemaran komer itu terdapat di negara kita - Kepulauan Melayu. Pokok kelapa takde di England atau kawasan yang ada salji atau padang pasir. Maknanya Allah bagi kita pokok ini untuk kita mencari khasiatnya.

Kesan yang diperolehi daripada air kelapa ialah kesegaran, kerana air kelapa mengandungi elektrolit semula jadi yang sangat baik untuk menggantikan kehilangan cecair badan (body fluid/moisture).

Air kelapa terdiri daripada air (94 peratus) dan rendah kalori. Air kelapa juga merupakan sumber vitamin B, kalium, enzim dan asid amino dan memiliki kesan antioksidan badan.

Kajian saintifik mengenai manfaat air kelapa masih agak terhad, tetapi ramai penyelidik berkata, tekanan darah tinggi pesakit tekanan darah yang rutin meminum air kelapa boleh turun sehingga 71 peratus.

Kalium atau potassium dikenalpasti sebagai bermanfaat untuk kesihatan jantung. Oleh itu, minum air kelapa murni (pure) tanpa gula boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Yong tak sarankan komer membuang ubat darah tinggi dari doktor. Tapi cubalah tip ini. Rezeki, ajal dan maut itu kuasa Allah. Tapi, tak salah mencuba kan?

SELAMAT MENJAGA KESIHATAN

7 comments:

  1. nenek akak kek pilah pulak sememang amalkan minun air kelapa muda ngan perahan sebiji limau nipis untok penyakit darah tingginya.nenek pernah dimasokkan kehospital pilah kerana tekanan darah tinggi tahap kritikal,nenek memang tak suka dudok hospital.oleh kerana itu dia suroh cucunya membeli kelapa muda ngan limau nipis.hari itu jugak dia balun sebiji air kelapa ngan perahan limau nipis.bila dokter datang merawat nenek beliau kagum ngan bacaan BP nenek.dengan semyuman gembira dokter mengsyorkan supaya nenek terus ngan ubat yang sedang diberikan.setiap kali nenek buat rutin check up nenek lulus dengan cemerlang.ubat tak pernah disentuh,rahsianya air kelapa muda bercampor perahan limau nipis.umur nenek sekarang ialah 86tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maw

      Yong sendiri ada pengalaman tentang air kepla muda ni.

      Yong jatuh sakit masa nak siapkan tesis. Doktor check bacaan darah tinggi 150/90. Sebab doktor kata mungkin ini tekanan demam dan tesis, dia tak bagi ubat. Dua tiga bulan kemudian Yong pergi check kat doktor lain. Keadaan masih sama. Yong dari keluarga yang low blood pressure. Jadi Yong mula risau.

      Kerja dunia tak siap. Kerja akhirat lagi tak siap. Aduhai…

      Doktor mula bagi ubat darah tinggi. Yong makan habis sekotak. Tapi Yong juga buat kajian sampai ke air kelapa muda. Jadi Yong amalkan minum.

      Yong sengaja lambatkan checkup. Dr pun mengomel. Tapi bila dia tengok BP ok takde le dia bising lagi. Yong kata takpayah bagi ubat HBP. Dr kata bila dah mula makan ubat HBP tak boleh berhenti. Yong tak peduli.

      Alhamdulillah. Sampai sekarang Yong tak makan ubat HBP lagi. Kadar HP masih dapat dikawal.

      Delete
  2. Terima kasih Yong kerana berongsi maklumat ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alba

      Pernah dengor penyakit batuk setahun. Kekadang orang sebut batuk 3 bulan, atau batuk 6 bulan. Apa yang berlaku di sini batuk tu tak hilang berbulan2 walaupun dah makan macam2 ubat batuk. Ubat yang sesuai ialah air kelapa muda.

      Caranya kelapa tu dipanggang dulu sebelum dikeluarkan airnya. Agak2 dah panas baru belah dan ambik airnya. Lepas tu minum 3 hari berturut2. Maknanya 3 biji kelapa le tu.

      Ini petua pak Ali, pakar resdung dari Ipoh.

      Yong tahu petua ni bila keluarga adik mengalami masalah ini. Satu keluarga batuk tak sembuh2.

      Rasa kelapa akan berubah. Tapi inilah ubatnya.

      Delete
  3. Salam Yong,

    Bebanyak terima kasih dengan info ataupun petua ini. Saya akan cuba amalkan walaupun belum ada tanda-tanda HBP. Kepada rakan2 yang lain marilah kita amalkan minum air kelapa muda demi menjaga kesihatan lagi pun kos nya tidaklah tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shellyrimula

      Pastikan air kelapa plain tanpa gula. kalau makan ubat lain, tunggu at least 30 minit baru makan ubat tu.

      Ini ikut petua pengamal. Sebabnya air kelapa mentawarkan racun, termasuk santau. Jadi ubat pun mungkin ia tawarkan jugak. Walau bagaimanapun takde bukti ia mentawarkan ubat. Cume ambil precaution jer.

      Insya Allah sihat

      Delete
    2. Ini pengamatan saya. Tahun 90an saya tinggal di Serdang Selangor. Suatu ptg saya tertarik kpd seorg mamak membelah kelapa kering kopek utk diparut, di depan kedainya. Saya lihat longkang simen/batu di bwh tepat membelah tu menggerutu spt terhakis berbanding bhg2 lain, agaknya mmg di situlah kebiasaannya mamak tu belah kelapa. Saya terfikir sendiri betapa tajamnya air kelapa - simen keras pun kalah. Betapa pula kimia yg ringan2 tetapi menjadi racun badan kita. Wallahu a'lam.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.