Pages

Wednesday, 20 November 2013

"SAYA KENAL DIA DAN TIDAK PERNAH TENGOK DIA SEMBAHYANG GUNAKAN BATU": USTAZ IDRIS AHMAD

SAYA BERKAWAN LAMA DENGAN DIA (MUHAMAD)

Kalau nak mengenali kualiti seseorang, tanyalah kawan. Kalau nak dengar keburukan, tanyalah musuh.

Dalam dunia yang penuh dengan persaingan, kita wajar mencari dan mengenali kualiti nemesis kita. Jika kita mengetahuinya kita boleh mencari jalan untuk mengatasinya. Antara Toyota dan Honda, sentiasa mencari di mana kekuatan lawan dan sumber bagi menentangnya. Itulah namanya persaingan yang sihat.

Tetapi apa yang berlaku di Malaysia amat aneh dan memalukan. Budaya fitnah berleluasa untuk menjatuhkan lawan kerana diri sendiri gagal membina kekuatan bagi mengalahkannya dengan cara biasa.

Inilah yang berlaku kepada Muhamad Bin Sabu yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu.

Tetapi benarkah segala tohmahan itu? Berikut catatan pandangan Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Idris Ahmad, kepada ANTARAPOS:

...Ustaz Idris Ahmad menegaskan parti itu akan mengambil tindakan memecat mana-mana ahli termasuk timbalan presidennya Mohamad Sabu sekiranya terdapat bukti mereka terlibat dalam menyebar dan menganut fahaman Syiah.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ini, PAS memandang serius perkara tersebut dan tidak akan teragak-agak memecat mereka yang terlibat.

Idris berkata parti itu pernah mengambil tindakan memecat beberapa ahlinya pada awal 2000 kerana berpegang kepada ajaran Syiah.

"Sebab itu saya nak tanya berapa orang sebenarnya ahli PAS ada Syiah? 

"Itu persoalannya, setakat ini tidak ada...yang pernah waktu awal 2000 PAS bertindak terhadap lima atau enam orang yang telah kita ambil tindakan pecat mereka kerana terlalu obvious (terhadap Syiah) dan tunjukkan bukti (melalui tindakan dan amalan).

"Itu sahaja kalau daripada ahli kita yang hampir satu juta orang," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Sejak kebelakangan ini, isu Syiah timbul kembali dan Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' menjadi 'mangsa serangan' kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan ajaran itu.

Sebelum ini, Mat Sabu beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Antara ciri-ciri amalan dan ajaran Syiah ialah mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu di bahagian atas kaki ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (di sisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat dan kebanyakkan pengikut Syiah ketika solat mereka akan membawa batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

Mat Sabu bukan berfahaman Syiah

Mengulas kaitan Mohamad dengan fahaman Syiah, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menafikan perkara tersebut sambil menegaskan bekas wakil rakyat itu tidak pernah menunjukkan ciri-ciri ajaran itu.

Beliau juga mengakui mengenali Mohamad sejak zaman universiti lagi.

"Saya berkawan lama dengan dia (Mohamad), saya kenal dia sejak dari zaman universiti lagi.

"Waktu itu dia kena tangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kuala Pilah, saya pergilah dengan motorsikal buruk saya dengan kawan-kawan lain.

"Saya kenal dia dan tidak pernah tengok dia sembahyang gunakan batu dan sebagainya. Syiah itu kita tahu macam mana (amalannya) tapi tidak pernah tengok dia tunjukkan," katanya.

Baca seterusnya di ANTARAPOS

Jelasnya, label yang dikenakan ke atas Mat Sabu adalah untuk membunuh kerjaya politiknya. Sehingga ada yang menggunakan "ulama" tertentu demi mencapai matlamat ini.

Sebelum ini, Asmuni, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, dalam sidang medianya menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat laporan yang mendakwa calon menyalahi peraturan yang telah ditetapkan (Greenboc). Pastinya ini termasuk ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin PAS, Dr Dzulkifli dan Dr Mujahid Rawa dan lakaran gambar anjing pada wajah Zul Hazmi, calon Ketua Pemuda.

Diharap Jawatankuasa itu tidak cakap tak serupa bikin. 

Dalang di sebalik perbuatan itu hendaklah dikenakan tindakan yang keras. 

Sewajarnya sistem pemilihan pemimpin PAS semakin lama semakin baik kerana didorong oleh peningkatan kematangan parti.


Tetapi jika yang berlaku adalah sebaliknya, maka PAS sebenarnya sedang merintis jalan yang salah. Kepimpinan yang lahir dari jalan yang salah tidak mungkin dapat dijadikan benchmark untuk dicontohi generasi akan datang. Waulahualam.

Semoga kita sentiasa dilindungi dan Dirahmati Allah.

SELAMAT BERMUKTAMAR DENGAN PENUH ETIKA DAN BERINTEGRITI.

6 comments:

  1. Macam mana orang yang ada taitel ustaz boleh sebarkan fitnah semata-mata kononnya dapat maklumat dari SB? Kesian dgn Mohamad Sabu. Setiap kali ada pemilihan, isu Syiah sering keluar memfitnahnya.Semoga Allah timpakan bala yang setimpal keatas mereka yang memfitnah Mohamad Sabu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alhusseyn

      Alahai...Ramai dalam list facebookers syiah yang disebar luas oleh blogger2 tu takde kena mengena dengan amalan syiah. Nak percaya jadi sama-sama memfitnah ler.

      Delete
  2. tahniah yong.... sumbat berita ni.. gu mohon izin siar semula... wakaka ... hti muda gu dah mendidih ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHatiMuda

      Sabor yob, sabor. Yang jahat akan dapat balasannya.

      Delete
  3. klu yg komen kat yong ni selalu,si g perang,manjong mari,cipan,si husin,didiyong.......semuanya bloger2 belaka,wakakaka mcm takde org lain le p;ulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cikmatgelap

      Ater, tak boleh ke?

      Ingat Yong dah delete komen orang lain ke?

      Terus terang. Yong tak terima Anon. Tapi Yong tak delete komen pengunjung kecuali dia mencarut, memfitnah, melampau atau mempromosi barangan/servis perkhidmatan. Pengunjung jenis ini tak kira dia team mana, tetap kena delete.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.