Pages

Tuesday, 10 December 2013

BEGINI RUPANYA WAJAH KEHARMONIAN


INIKAH SIMBOL KEHARMONIAN?

ERTI KEHARMONIAN (INI BARU HARAMJADAH PT 3)

Isteriku pandai dan rajin buat kerja,
Sudah banyak pada negara dia berjasa,
Apa salah naik jet sekali sekala,
Aku sudah menang kuasa ini aku punya.

Tiada masalah jika k-pop kita biaya,
Pulangan kita dapat ratusan juta banyaknya,
Biarlah anak muda leka bergembira,
Kan seni itu juga satu budaya?

Minyak Petronas banyak negara kaya raya,
Hanya pembangkang yang buat huru hara,
Pelaburan rugi RM40 bilion pembangkang punya angkara,
Semua kita buat tiada yang molek bagi mereka.

Jangan tanya tentang hutang negara,
Semua itu beres jika rakyat bayar cukai segera,
Berbelanjalah dengan berpada-pada,
Kita naikkan BR1M RM650 setahun boleh guna.

Banjir di Pahang bukan salah kita,
Itu ketentuan Allah, tak percaya tanya ulama,
Kalau hidup sukar, bersyukurlah sahaja,
Pemimpin pun manusia, nak juga bersuka-ria.

Negara kita aman damai dan sejahtera,
Kitalah tempat bergantung rakyat jelata,
Tak percaya tengok filem Tanda Putera, 
Itulah tanda pengorbanan kami sekeluarga.

Apa lagi yang rakyat tak suka?
Bangunan tinggi-tinggi lebuhraya pun ada,
Bayar cukai dan tol sikit tidak membebankan juga,
Pergi berambus kalau tak suka.

Kalau terlepas Pt 1 dan Pt 2, boleh baca di link berikut:

http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/06/ini-baru-haramjadah.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/09/ini-baru-haramjadah-pt2.html

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.