Pages

Saturday, 14 December 2013

KISAH KABINET PAKAIAN, KABINET PERHIASAN, KABINET DAPUR DAN KABINET BUKU...

Hari ini Yong nak ngomel bab 4 kabinet utama. 

Kita tentu perasan ada kabinet yang besar dan ada yang kecil. Ada dibuat dari kayu yang berkualiti dan cantik. Ada yang rendah mutunya dan cepat dimakan bubuk.

Jom kita cerakin kabinet ini satu persatu:

KABINET PAKAIAN




Kabinet pakaian ini ada yang kecil dan ada yang besar. Yang kecil tak banyak pakaian yang boleh masuk. Mungkin yang penting sahaja. Tapi yang besar macam-macam boleh isi. Kalau walk in wardrobe, boleh isi beg tangan dan kasut juga. 

Dalam kabinet pakaian ada baju baru. Ada baju lama. Kekadang baju buruk dah tak pakai pun ada disimpan. Baju buruk ni sebenornya mengisi ruang saja. Patutnya dibuang. Tetapi atas sebab yang tak masuk akal, baju burukpun masih disimpan dan dijaga dengan rapi, kalah baju baru. Pemilik yang malas mungkin bersawang, berdebu dan lapuk isi kabinetnya kerana tidak dibesihkan. Pemilik yang boros asyik tambah isi tapi tak gunapun.

Kalau banyak pakaian tentu banyak duit yang digunakan untuk cucian basah dan kering.

Biarlah kabinet pakaian ini kecil asalkan efisyen.

KABINET PERHIASAN


Kabinet perhiasan ini agak popular. Di kampung ada di bandarpun ada. Ada yang guna kabinet perhiasan untuk letak pinggan mangkok yang cantik-cantik, yang jarang digunakan. 

Kalau pemilik ahli sukan mungkin kabinet ini penuh dengan trofi kemenangannya. Bila orang lain tengok mungkin boleh teransang untuk berjaya sepertinya. Tapi kabinet berisi trofi jarang didapati. Sebab ahli sukan yang hebat bukan orang biasa. Yang ramai peminat sukan!

Ada juga yang simpan barang hiasan yang tiada nilai kecuali pada pemiliknya sahaja. Kabinet perhiasan ini jika keterlaluan ia menjadi riak, membazir dan menunjuk-nunjuk sahaja. Kalau pemilik mati, mungkin waris akan berebut barang hiasan itu, bukan berebut nak bacakan fatehah.

Lebih baik berhemah dan muliakan mana yang layak dimuliakan sahaja.

KABINET DAPUR


Saiz kabinet dapur bergantung kepada saiz sumber pendapatan pemiliknya. Macam-macam boleh diisi dalam kabinet dapur - dari pinggan mangkuk sampai ke peti-ais pun ada. Kabinet dapur yang dipasang selesa amat menyenangkan pemiliknya untuk buat kerja masak-memasak yang rutin atau membuat experimen masakan. Hasil kerjanya juga tentu sedap dinikmati oleh keluarga.

Malangnya hanya yang berada boleh memiliki kabinet dapur yang serba canggih dan cantik. Ini kerana untuk menghasilkan kabinet dapur yang serba modern memerlukan sumber dana yang besar. Itupun, ada yang gagal memanfaatkan kabinet dapur yang lengkap kerana tidak tahu memasak. Yang dia tahu menyuruh orang lain masak. Hasilnya bukan hanya tidak ori, juga tidak sedap dan kalangkala mendatangkan penyakit. Sebab itulah benda-benda dalam kabinet dapur perlu sentiasa dikemaskini. Jangan bercampur dengan racun atau ada yang dah luput tarikh.

Kabinet dapur yang modern dan canggih menjadi impian perempuan dan suri rumah.

KABINET BUKU


Bukan semua isirumah bertuah kerana ada kabinet buku. Selalunya orang miskin takde kabinet buku. Sebabnya demer tak banyak buku. Adapun mungkin buku stendet sekolah menengah saja. Maklumle anak-anakpun stendet itu jer. Isi kabinet buku selalunya bergantung kepada bidang pengkhususan pemiliknya. Kalau ustaz tentu banyak buku agama. Kalau pengusaha, tentu banyak tentang ekonomi dan perniagaan.

Jarang ada orang yang memiliki banyak jenis buku, kecuali sebuah perpustakaan. Tapi perpustakaan pun ada macam-macam jugak.

Buku itu sumber ilmu. Ilmu pula sumber kekayaan. Dalam era knowledge economy dan knowledge-based economy ini kandungan kabinet boleh dimanfaatkan bersama maklumat dalam talian untuk memperbaiki kualiti kehidupan. 

Isi kabinet buku tidak pernah ada tarikh luput. Ia adalah khazanah untuk dimanfaatkan generasi akan datang.

Sudah tentu DS Najib, TS Khalid Ibrahim, Datuk Ahmad Yaakob, DS Ahmad Said, DS Adnan Yaakob, DS Zamry kadir, Datuk Mukhriz dan Lim Guan Eng memiliki kabinet. Agak-agak demer ada kabinet macam mana?

ADA YANG TAK FAHAM?

6 comments:

  1. Wow...soooo deep!! Well said Yong.
    -megat rambai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hafiz

      Ingat mengingat membawa bahagia.

      Delete
  2. Indeed...what about Najib who has an over-sized cabinet....kah kah kah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      He probably hasn't got the book cabinet.That is why ideas seem to come out of the ministers' knees instead of their brains.

      Delete
  3. Salam Yong

    Seperti mana cantiknya kabinet yang Yong tunjukkan dalam gambar di atas, begitulah juga peranannya yang cantik untuk melindungi apa yang ada di dalamnya. Kabinet yang mahal juga ada kunci yang canggih untuk melindungi keselamatan barang-barang di dalamnya.

    Kabinet yang mahal tidak boleh dimasuki lipas atau cicak yang akan merosakkan isi kandungannya. Apa agaknya perasaan tuan empunya kalau kabinet yang beliau ada sebenar "pagar yang memakan padi"?

    Tapi pelikkan perangai orang Malaysia. Kabinet yang makan padi itulah yang disanjung sebagai "penyelamat". Kabinet yang makan padi itulah yang dipuja dan akan dipertahankan kini dan selamanya sebab kabinet itu berkata mereka perlu makan padi-padi yang disimpan mereka demi untuk mengenyangkan rakyat-rakyat sekelian .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohamad Daud

      Inilah pilihan 47% rakyat yang mengundi tempoh hari, yang termasuk pengundi hantu...

      Peratus pengundi hantu tak tau pulak berapa ramai...

      Entah apa perasaan menang dengan penipuan ini. Mengaku Islam Sunnah Wal-Jemaah. Perangai macam Yahudi laknatullah.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.