Pages

Sunday, 8 December 2013

80,000 WARGA IRAN DI MALAYSIA KERJA UNTUK MAT SABU?

Salam 1 Melayu!

Mat Sabu tu orang Melayu. Lahir di Malaysia dan menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS. 

Macam-macam UMNO buat pada Mat Sabu demi menyingkirkannya dari arena politik Malaysia. Terkini, ialah tuduhan terbuka dari Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO, Mat Sabu Syiah.

Tapi apa kaitannya dengan minyak Iran di Labuan?

MALAYSIA TOLONG SYIAH? (REUTERS)

Negara pro-Israel, Amerika telah mengenakan sekatan minyak terhadap Iran. maknnya Iran tak boleh niaga minyak dengan rakan niaganya termasuk Malaysia. Tapi negara ini menyorok-nyorok menyokong negara syiah terbesar di dunia itu melalui pelabuhan Labuan sebagai tempat pemunggahan minyak.

Sebelum ini Malaysia memang niaga minyak dengan Iran (REUTERS). Hingga sekarang Malaysia  terus jadi rakan niaga Iran yang sah Syiah itu:

INI APA CERITA? (NST)

Bukan berniaga sahaja. Sekarang ada 80,000 orang Iran (sudah tentu Syiah) berada di Malaysia. Apa demer buat tak tahu ler. 

Takkan Zahid Hamidi tak perasan kot?

Lepas bagi 80,000 syiah duduk di Malaysia, entah buat apa (cuma 15,000 belajar), hampir 1 juta pulak mengaku Syiah Melayu - Zahid melalak menuduh Mat Sabu Syiah.

TANGKAP LE SYIAH INI (TMI)

Siapa sebenarnya yang beria-ia sangat hendak menyingkirkan Mat Sabu dari arena politik Malaysia ini? UMNO atau musuh dalam selimut PAS?

Bukan hanya Mat Sabu telah menafikan dia bukan pengikut Syiah, ulama PAS sendiri turut mempertahankannya (baca di sini). 

ZAHID NAK JADI HERO ISLAM PULAK? (HARAKAH

Bukan rahsia. Semua orang tahu ada yang mencanang fitnah Mat Sabu Syiah sebelum Muktamar PAS ke-59 dulu. Kita anggap fitnah sebab golongan ini tidak menyertakan bukti. Jadi, kalau hendak mengambil tindakan undang-undang, elok jika Mat Sabu saman sekali ahli partinya sendiri yang pong-pang cakap dia Syiah. Baru sedap.

Kalau ada ahli PAS yang nak ikut kepala Zahid Hamidi, elok dia masuk UMNO saja.

Sebab apa?

Sebab ternyata UMNO bukan memusuhi Syiah (ada 1 juta Syiah Melayu dan 80,000 Syiah Iran di negara kita). 

UMNO memusuhi Mat Sabu dan parti yang didukungnya, PAS.

2 comments:

  1. Salam.

    Zahid boleh buktikan ke? Hat dulu pun dia belum keluarkan buktinya. Cakap besor aje dia boleh.

    ReplyDelete
  2. Salam Hanz

    Dulu dia kata DSAI dalang pencerobohan Lahat Datu. Sampai la takde bukti...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.