Pages

Wednesday, 11 December 2013

UiTM BAKAL LINGKUP JIKA LANTIK NAIB CANSELOR "ORANG LUAR." YA AMPOON!!!

RAKYAT MAHU WARGA UiTM CIPTA BENDA BEGINI BUKAN JADI BEGINI

Semalam Yong dapat SMS lagi. Kali ini SMSnya mengandungi S.O.S.

Sudah beberapa minggu Yong dengar berita hush-hush ini. Tapi Yong buat tak dengar sahaja. Kali ini nampaknya macam benar pulak.

Menurut SMS, calon Naib-Canselor UiTM sudah ditemuduga. Antara nama yang tercalon adalah:
  • Tan Sri Prof Dr. Sahol Hamid - Naib Canselor sekarang (UiTM)
  • Prof Dr. Rahman Omar - Timbalan Naib Canselor (UiTM)
  • Prof Dr. Azni - Timbalan Naib Canselor (UiTM)
  • Prof Dr Kamal Harun - Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (Mantan TNC UiTM)
  • Prof Dr Roziah Omar - Pengarah AKEPT (UM)
Salah seorang daripada calon Naib-Canselor UiTM yang ditemuduga datang dari luar UiTM. 

Pihak Kementerian tolong faham! Tolong faham dengan sejelas-jelasnya. Warga UiTM tidak akan menerima orang luar untuk jadi Naib-Canselor UiTM. Universiti ini bukan macam masa dia masih bernama Institut Teknologi MARA. Ia telah jauh berubah. Hanya "orang dalam" sahaja yang dapat menghayatinya. Yang tahu selok-beloknya. Yang mengerti bagaimana menangani politik pentadbirannya.

Orang dalam pun terkial-kial jika tiada sokongan dalaman. Ini pulak orang luar. Begitulah lebih kurang bunyi SMS luahan hati warga UiTM. Sedihnya baca SMS ni...

ADA FAHAM?

Yong takkan terima saja SMS orang. Kena siasat dulu. Jadi, Yong tanya sana sini dan goggle. Jumpa blog ini. Dah lama blog ini mengganas di alam siber:


Yeow! Ini blog DAP!

Ayoyo! Apa orang DAP tulis ni? Nak tahu? Pergi baca sendiri kat Blog itu. Yong bagi link. Baca komen sekali yer.

Tolong jangan guna adik beradik, sepupu sepapat, ipar duai sebab nak dapat jawatan sebagai Naib Canselor UiTM yer.

Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Alumni, mantan Naib Canselor aka Ahli Majlis Tertinggi UMNO: Sila tengok-tengokkan masa depan anak bangsa di UiTM. 

What your REAL contributions is more IMPORTANT than your connections!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.