Pages

Tuesday, 21 January 2014

APA KATA KALAU ANWAR IBRAHIM PECAT PENGAMPU-PENGAMPU KELILING DIA!

Sumimasen, Sumimasen, Sumimasen...

Apa yang patut Anwar Ibrahim buat ialah pecat pengampu di keliling dia.

Pengampu-pengampu ini takde kerja yang berfaedah, selain mengampu.

Tak kisah dia ketua AMK atau apapun pangkat dia...

********************

Okay. Sebelum komer marah Yong bior Yong citer sikit pengalaman kami pergi Jepun ramai2 dan salah sorang dari kami takde visa.

Anwar Ibrahim pergi Jepun seorang diri kah?

Berbalik kepada perjalanan kami ke Jepun (sebelum sistem keperluan visa dimansuhkan), Minah ini, seorang doktor (PhD) muda, sedar dia takde visa ketika barangnya diperiksa. Maka si Minah itupun panik takut dihalau balik ke Malaysia. Ketua kumpulanpun menalipon pihak universiti yang menjemput kami (Universiti Kyoto). Mujurlah wakilnya dah sedia di airport untuk menyambut kami. Sumimasen, sumimasen, dia uruskan semuanya. 

Settle, Minah itu dapat masuk ke Jepun dan duduk di Jepun selama 10 hari, 5 hari lebih lama dari kami.

Bezanya Minah itu dengan Anwar Ibrahim ialah - Minah itu orang biasa dan tak pernah masuk penjara. Anwar Ibrahim seorang pemimpin, Ketua Pembangkang Malaysia dan pernah masuk penjara.

Semua rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim pernah masuk penjara. Soal dia masuk penjara kerana kena fitnah atau sandiwara UMNO itu tak relevan pada peraturan imigresen Jepun.

Anwar Ibrahim tetap pernah masuk penjara. Undang-undang Jepun jelas tentang perkara itu.

ANWAR TAK MOHON KEBENARAN KHAS

Jadi, siapa yang salah?

Jepunkah?

Sudah tentu bukan.

Yang salah ialah orang yang menguruskan perjalanan Anwar Ibrahim ke Jepun.

Jadi, sebelum pijak gambar bendera Jepun dan boikot barangan Jepun, fikir dulu salah siapa???


Buat apa tunjuk samseng macam Perkasa, Pekida dan pemuda UMNO?

Apa guna tak mengaku yang pijak poster bendera Jepun itu bukan ahli AMK? Nama sudah busuk kerana bertindak terburu-buru.

GENG KANGKUNG UMNO TAK MENGAKU BAWA BANNER INI 

Bunyi penafian AMK sama macam geng pertahan kangkung UMNO yang tak mengaku bawa banner ancaman 13 Mei.

********************

Nak salahkan Wisma Putra?

Sabotaj?

Wisma Putra bagi tahu pihak Jepun Anwar Ibrahim bekas banduan?

Alahai...Tak perlu Wisma Putra. Satu dunia tahu Anwar Ibrahim bekas banduan.

Kalau orang yang menguruskan perjalanan Anwar Ibrahim lebih prihatin dan membuat permohonan seperti pada lawatan yang lepas, bolehkah Wisma Putra menghalang lalu memalukannya?

Tindakan Ketua AMK hanya memburukkan lagi keadaan.

Tidak termasuk kenderaan - handphone, komputer, TV, peti ais, periok nasi, microwave oven dan sleeper Jepun yang digunakan oleh ahli AMK datang dari mana?

Kalau Anwar Ibrahim ada kuasa memecat, pecat saja pengampu-pengampu ini.

Kalau hanya ahli PKR yang ada kuasa, gunalah kuasa itu - tak payahlah pilih pemimpin atau pemimpin-pemimpin yang tak berapa cerdik ni.

Yong cakap benda yang sama dulu kepada PAS.

12 comments:

  1. Replies
    1. Salam Chor

      Geram betul tengok perangai demer. Memalukan!

      Delete
  2. A'kum Yong

    Gosok dah terlebih akibatnya bodoh terkangkang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Itule pasal. Nak kata apa lagi? Nampak sangat bodek dan ampu...

      Delete
  3. Salam. Aje benor Yong..PKR ni boleh musnah dari dalam dan dengan sendiri je lebih cepat dari UMNO..baru dapat Selangor dah berterabur berebut jawatan dan hilang focus..kalau masuk politik dan tidak ikhlas nak BEKERJA UNTUK RAKYAT dan nak mengkayakan diri sendiri dan anak beranak sendir inilah akibatnya..tidak kurang malah berlebih teruk lagi dari UMNO nampaknya. Baru dapat satu negeri, agaknya kalau menang PRU13 dulu, perangani sama mcm jugak..jadi sebab ramai rakyat kata..tak ada bezanya PKR dan UMNO..sama saja. ahli politik yang tamak ..bak kata Mahathir.." better the devil you know"..dan itu adalah pepatah inggeris bukan Mahathir kata umno tu syaitan yg dikenali...bukan nak kata mahathir pandai atau betul tetapi kita yang bodoh...dan dah Nampak mcm Mahathir betul pulak pasai tu..

    apa jadi kat Selangor sekarang?? mb simpan duit marah, tak cukup 'dibelanjakan' untuk rakyat..masing2 tanam "periuk api"..yg malang ialah rakyat dan hasil mahsul negeri Selangor....dan nampaknya PKR akan memudahkan umno dapat balik Selangor pda PRU 2014 kalau terus menerus berkelakuan tamak haloba jawatan dan imbuhan dan juga hasil mahsul negeri....dan mb pun eloklah belanjakan saja duit simpan banyk2 tu, dapat ke orang pkr yg perangai macm umno atau umno 2014 nanti lansung satu sen pun rakya tak merasa...dan kesimpulannya di malaysia ni, ahli politik tetaplah ahli politik....rakyat dan negara adalah taruhan untuk dapatkan hajat dan hasrat peribadi....begitukah selamanya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puspawangi

      Sebenarnya Yong masih menaruh harapan kepada sistem politik dan proses politik. Bukan ahli politik. Itu dua perkara yang berbeza. kalau boleh kita buat macam Switzerland. Tak payah ahli politik ramai2, buat perabih beras ajer. Bukan tahu buat kerja. Las las dok harap kat penjawat awam. Habis kena kelentong pulak bila penjawat awam itu korap.

      Apapun, sistem sekarang digegang oleh gerombolan yang tak sesuai untuk mencapai taraf negara maju. Noktah.

      Macam kereta hebat, BMW, Brabus, etc...tapi dreba bangang...

      Delete
  4. Salam Yong ..SPOT ON! Bukan setakat Anwar Ibrahim, Chinese Emperor, Persian Shahs, Sultan Uthmaniah.....ramai yang tergolek gara-gara pengampu bodek ni. Sebagai seorang yang cerdik, Anwar sendiri tahu siapa yang buat kerja dan siapa yang kerjanya hanya mengampu.

    Kalau saya jadi Anwar...(cehhhh....berangan), saya hamput saja Pegawai Khas, Pecacai Khas dan Pengampu Khas sebab gagal melakukan kerja secara professional. Macam mana nak memerintah negara kalau urusan visa untuk ke Jepun pun kau orang gagal uruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Sangat setuju. Tapi pemimpin memang mengharap kepada pegawai khasnya untuk buat yang remeh temeh tu. Tak boleh elak. Cuma timbul masalah bila pegawai khas bengong. Ditambah pulak penasihat hanya pandai mengampu sahaja. Hancus!

      Delete
  5. perangai kangkong dibawa msk ke pkr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Masalahnya yang bagus tu kena cantas!

      Delete
  6. DeeDee Yong...

    Bukan setakat PKR... tapi PAS, DAP, UMNO dan banyak lagi yang samer perangai camnie.,.. kaki bodek terlampau ramai.... hahahaha....

    Itu belum kalu kiter nak amik kira kaki bodek para DEWA DEWI ..... hahahaha... lagi lah ramai.... kalo boleh dubur Dewa Jalan Duta pon diorang nak tolong basuhkan.,.... Hahahahaa....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Bab dewa-dewa ni Yong tak campur. Sebab Yong tak percaya pada dewa-dewa. Tak pernah mengaminkan doa untuk dewa-dewa. Khurafat tu...Tak caya tanya mufta...hahaha.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.