Pages

Wednesday, 29 January 2014

OK OK, YONG TAK PRO ANWAR IBRAHIM DAN TAK ANTI AZMIN, PUAS HATI?

Alahai...ada pulak yang menuduh kita ni blogger pencacai dan mengampu pemimpin tertentu! Dan pemimpin tertentu itu bernama Anwar Ibrahim!

Tolong aa...tolong....

Bagi Yong blogger dari segi konsepnya ialah seorang yang beroperasi "solo" - maknanya dia ada pendirian sendiri, menulis hasil karya yang direkacipta sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Inilah prinsip yang dipegang blogger pro-PR. Mungkin bukan semua. Itu hak masing-masing. Tapi begitulah bagi blogger yang Yong kenali. Bagi blogger pro-UMNO...hmmm...komer nilai sendirilah.

Demi membuktikan Yong bukan anti Azmin, Yong cut and paste kenyataan Azmin sebagaimana yang dipetik dalam Harakah. No comment:

AWAK OK, AKU OK

Di bawah ini pulak kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Yong cut and paste dari Facebook Pusat Penyelidikan Pas:

SEMUA SUDAK OK?
Jangan buat kenyataan spekulatif, kata SU Agung PAS Mustafa Ali. Komer baca sendiri kenyataan penuhnya di Harakah. Maknanya ia termasuk PAS Selangor, Dewan Pemuda PAS, Pemuda PAS Gombak dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak. So, you guys shut-up!

Ini termasuk blogger Chor Sniper!

Duit belanja kempen, minta pada Anwar Ibrahim. Settle. Dia banyak kali menang saman. Takkan tak boleh hulur?

Wakaka!

10 comments:

  1. Kenyataan pemimpin jangan boikot. Ayat cantik.
    Tapi apa pula sikap pendokong parti.Adakah mereka gembira ?. Adakah mereka akan bersungguh2 atau sekadar ikut arahan disebabkan nak jaga arahan pimpinan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Err

      Hipokrit ini penyakit kronik ahli politik

      Delete
  2. Bila dah tak ikut cakap pemimpin......mcm peperangan ujud la jadinya....
    Nakkan keuntungan dunia akhirnya...
    Diciptakan sejarah untuk ingatan di masa depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam noradzim

      Walaupun Yong tak suka Kajang dikosongkan, Yong lagi tak suka kalau BN menang di sana.

      Delete
  3. DeeDee Yong...

    Hahaha... baek betul sarkastik yang Yong buat.... Hahahaha,,,, memang terbaek... satu peluru.... tapi lima enam mangsa.... Hahahaha

    Terbaek....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Guna peluru penabur...Hahaha.. Luka buat pengajaran,

      Delete
  4. apey..apey jerla asey bukan umno@bn

    ReplyDelete
  5. Salam. Susah nak buat semua orang happy. Dalam sekelompok masyarakat yang besar sudah pasti wujud perbezaan pendapat, pandangan yang bercanggah dan kelainan hasrat. Tetapi jika sayangkan jemaah, adalah lebih baik dituruti kemahuan ramai dari bertindak ke arah kerosakan. Kadangkala kita saja yang merasakan diri hebat, hanya pandangan kita yang betul dan orang lain mesti akur dengan pendirian kita. Sedangkan hakikatnya hanya segelintir kecil sahaja orang yang bersependapat dengan kita. Sedarlah...kita bukannya hebat sangat pun wahai Ketua Pemuda PAS Selangor. Tak perlulah menjadi kaduk naik junjung buat perangai macam kumpulan mamak tongkang Penang yang gila publisiti tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Dalam jangka masa panjang ramai yang happy, itu lebih penting. Jangan sekarang happy sebab dapat "pork barrel" tapi kemudian menangis kerana barang naik.

      Alangkah baiknya kalau ahli politik ini berfikiran matang dan tidak cepat melatah...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.