Pages

Friday, 17 January 2014

PENYOKONG AZMIN LUPA YANG LANTIK MB SELANGOR BUKAN PKR!

Awal-awal lagi Yong dah kata tak mahu memihak dalam kes Azmin dipecat dari Lembaga Pengarah PKNS ni. 

Memang ada kengkawan yang mengusik supaya Yong masuk gelanggang. Tapi biarlah demer selesai sendiri masalah dalaman PKR tu. 

Tapi bila Yong baca berita dari TMI ini Yong mengucap panjang.:

HUH? PKR LANTIK MB SELANGOR?

Aduuuh! Dalam zaman IT ni, ada lagi pemimpin/penyokong-penyokong PR yang tak habih mengaji. Ingat dalam UMNO jer. Rupanya penyakit ini ada juga dalam PR. 

Oleh kerana itu Yong nak ajar sikit pemimpin/penyokong-penyokong ini. Sikit saja, atas 2 sebab:

Pertama, sebagai pembeli rumah PKNS, Yong berhak mendapat perkhidmatan after sale service yang terbaik dari PKNS. Yong berpegang pada prinsip, PKNS juga wajib memberli perkhidmatan yang terbaik kepada semua stakeholdernya.

Kedua, sebagai penganalisis dasar (ecological economics), Yong melihat pendekatan Khalid ok. Tidak sempurna, tapi ok. Masih boleh diperbaiki lagi. Jauh lebih ok berbanding Khir Toyo dan MB2 sebelumnya.

Sekarang kita tengok pula kedudukan kerusi DUN PR di Selangor pada PRU-13:

PAS = 15
DAP = 15
PKR = 14

Ingat bagaimana rancaknya media pencacai melaga-lagakan PAS dengan DAP dan PKR, supaya menuntut kerusi MB Selangor?

JIKA PAS TAK JADI MB, PARTI ITU AKAN SENTIASA MENJADI BELASAHAN: NORMAN TOHA

Tapi PAS dan DAP sepakat memilih semula Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Kedua parti itu tak pilih Azmin. 

Jadi, apa alasan dan kuasa (de jure) penyokong Azmin nak minta PKR pecat Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor?

Bagaimana jika MB Khalid 'dipecat' (sic), dan PKR cadangkan nama Azmin, tapi PAS dan DAP tak setuju? Kemudian PAS pula menuntut supaya MB diserahkan kepada parti itu berdasarkan bilangan kerusi DUN yang dimenanginya? Bukankah akan jadi kalut? Apa PKR dapat? Nak kerjasama dengan UMNO untuk buat kerajaan perpaduan?

Sebelum bakar jambatan, fikir dalam-dalam dulu.

Sebagai umat Islam, Ingatlah:

Rasulullah (SAW) bersabda kepada Ibn Samurah: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah jangan engkau memohon sesuatu jawatan dalam kepemimpinan. Sesungguhnya jika diberikan jawatan itu dengan permintaan itu, maka engkau akan mengharunginya tanpa mendapat pertolongan. Tetapi jika engkau diberikan kepemimpinan tanpa meminta, maka engkau akan mendapat pertolongan dan dibantu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabda Rasulullah itu bukan untuk pemimpin PAS sahaja, tetapi untuk semua umat Islam.

Ingatlah wahai pemimpin yang KAMI PILIH: 

Kita sedang berjuang menentang kebejatan BN, bukan berjuang untuk saling menjatuhkan antara rakan seperjuangan.

Kami MEMILIH KAMU bukan untuk kamu senang lenang dengan jawatan yang tinggi. Tapi, kami memilih kamu kerana kami mahu kamu memberi perkhidmatan yang terbaik buat anak-anak kami dan generasi akan datang demi agama dan bangsa Malaysia.

INGAT! INGAT! INGAT! 

YB = YANG BERKHIDMAT

Rujukan:

7 comments:

  1. Replies
    1. Salam mr. amin

      Tak malukah menyalahkan DAP sedangkan parti Melayu Islam sendiri menolak hukum hudud dengan berbagai-bagai alasan?

      Delete
  2. itulah...di Malaysia ni sultan dan raja 1 hal tambah lagi dgn rakyat biasa yg ada penyokong sikit mudah sgt nak bertelagah, tak sedar ke musuh sekeliling pinggang
    yg sentiasa cari peluang yg ahli pkr yg masih ada sisa perangai umno tu cukup2lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hamidah mohd

      Di harap yang bertelagah dapat mencari penyelesaian dengan baik. Jadi pemimpin bukan bermakna nak berebut jawatan! Kalau pemimpin asyik berebut jawatan, bagaimana dengan pemilih??? Nak rebut apapun takde yang nak direbut.

      Ingat! kami memerhati!

      Delete
  3. Azmin perlu disingkirkan dari kepimpinan PKR / PR kerana perangainya lebih kepada jawatan dan imbuhan politik.

    Khalid Ibrahim adalah yang MB Selangor terbaik berbanding MB-MB terdahulu yang bersifat professional.

    Kalau bagi jawatan MB kepada orang terlalu politik akan jahanamlah Selangor yang kaya raya. Lihat sahaja apa terjadi kepada MB-MB dari UMNO dahulu.

    Anwar Ibrahim perlu kawal PKR/PR sebaik mungkin jika mahu menang dalam PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  4. I have no problem with PKR. However, some of them could not get rid of UMNO's ugly manners and conduct. They carry along UMNO's mentality, so thick with cronyism and blind loyalty (vested-interest of corse).

    Having looked at the way they squabble over position really scare me ...bayangkan kalau depa memerintah negara ini....mak aiii...mungkin lebih jahat dari UMNO dalam bab bab berebut pangkat dan jawatan ni.....

    ReplyDelete
  5. Well..not only PKR members behave like umno members..even anwar ibrahim too! Apa dia ingat dia boleh dictate mb yg pakatan rakyat pilih ka? Ayoyo..wa dari dulu memang sokong pakatan tapi x pernah plk nak mendewakan si anwar nih..klu dlm pas n dap pon ada yg macam nih..aku balon..lagi anwar? Chitt..no man is bigger than the people ok? Excepr mereka yg bertakwa dan paling bertakwa.
    cheers

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.