Pages

Saturday, 11 January 2014

RUPANYA LAWYER TAK BOLEH PUBLISITI MACAM MEE SEGERA NU...KUI KUI KUI...

Walaupun kita orang biasa tak perasan, Majlis Peguam perasan jugak. Mahkamah pun setuju.

PUJI DIRI SAMA MACAM RIAK

Dia tak kata pun dia puji diri. Tapi mahkamah tak setuju. Lalu mahkamah takmo campur tangan tindakan Majlis Peguam.

Rencana asal itu masih ada dalam arkib The Star. Siswa yang nak jadi peguam yang belum baca, disaran bacalah buat sempadan.

Yong ambik berita tu dari akhbar demer, Utusan, sebab umum tahu mamat ini peguam UMNO. Kot ambik dari Harakah atau Malaysiakini nanti ada yang kata bias pulak berita tu...

Tapi apa yang menarik hati Yong ialah tentang title mamat ni. Bukan title Tan Sri tu. Apa nak heran dengan Tan Sri. Tokey judi pun boleh dapat Tan Sri. Tapi title Dr tu. Yong fikior, dahsyat mamat ni...ada PhD...

Google punya google, Yong jumpa tang sini:

DAPAT DR SEBAB BANYAK BUAT KERJA HAK ASASI MANUSIA

Laa....! Rupanya doktor kehormat saja...

Baru satu doktor kehormat dah letak depan nama. Rosmah lagi banyak doktor kehormat. Takde letak depan namapun...

ROSMAH PUN DAPAT DR KEHORMAT DARI UiTM

Jangan kata wartawan yang bubuh Dr depan nama dia tu ye...Hangpa/komer tengok keratan kenyatan akhbar peguam ini:

JELAS TERCATAT TITLE DR DEPAN NAMANYA

Media statement itu masih ada di website NFC. Yang tak percaya pergi tengok sendiri sebelum hilang. 

Jangan kata ini perkara remeh ye. Ini soal integriti. Orang dapat Dr kehormat tak boleh letak depan namanya secara rasmi. Ada yang menganggapnya tidak ethical. Juga menjadi satu publisiti jugak...

Apapun perlu diingat ramai pemimpin UMNO yang dapat doktor kehormat ini selain Rosmah. Ini termasuk PM (47%) 1Malaysia Najib, KM Melaka, bekas PM Abdullah Badawi dan lain-lain (tak ingat nama). Dari universiti Lim Kok Weng pun ada. Tapi takde pun demer pakai title tu depan nama. Cuma Satim Diman ada letak Dr depan nama dia. Semua orang tertanya-tanya dari mana dia dapat Dr itu?

Seorang peguam Hak Asasi Manusia tentu tau kan?

4 comments:

  1. Labu cakap kat Labi "....Doktor Ayam..." kah kah kah....

    ReplyDelete
  2. Nak kata tak reti undang2, loyer 'hebat'. Takkan loyer 'hebat' pun tak reti nak bubuh acreditation kat nama sendiri. Kalau dah doktor kehormat, takkan taruk LL.D (UEL) jer. Kehormatnyer maner.... Macam nak menipu pun ada....

    ReplyDelete
  3. http://www.thestar.com.my/story.aspx/?file=%2f2009%2f9%2f27%2ffocus%2f4746844&sec=focus

    ReplyDelete
  4. wakaka... tumpang gelak yong

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.