Pages

Tuesday, 14 January 2014

RUPANYA YONG SALAH FAHAM DENGAN NAJIB

Pada hari yang mulia menyambut kelahiran Rasulullah ini, baru Yong sedar rupanya selama ini Yong salah faham tentang pemimpin Islam bernama Najib Razak.

Rupanya selama ini dia sedang pertahankan kesucian Islam!


Rupanya dia ulang-alik buat umrah ke Mekah itu kerana hendak pertahankan kesucian Islam dari gangguan!

Mufti Harussani tentu gembira mendengar kenyataan Najib ini.

Jadi, janganlah kita kutuk dia tentang isterinya yang enggan menutup aurat, kerana tak mahu bazirkan bayaran kos juruhias yang mahal.

DI MEKAH




BALIK MEKAH 


Jangan kita keji dia kerana semasa rakyat menuntut harga diturunkan, dia pergi holiday di luar negara, kerana diapun perlu bercuti.

Jangan kita main-mainkan dia kerana dia ikhlas menurunkan harga kangkung demi tidak menyusahkan rakyat miskin.

Kita hendaklah sederhana:
  • Makan ikan jika harga ayam naik.
  • Makan telur jika harga ikan naik.
  • Makan sayur jika harga telur naik.
  • Makan kangkung jika harga sayur naik.
Itulah dia wasatiyyah 1Malaysia.

Maqasid syariah 1Malaysia.

Kalau kita menentang pemimpin Islam yang adil ini, kita jadi bughah!


3 comments:

  1. PM tak lulus sekolah pun!!!!....... patut tak pandai nak urus-takbir negara. Kata orang jika kurang cerdik menjadi pemimpin, yang ikut memimpin pun ikut serupa. Tiap masa nak perbodohkan rakyat, kalau tak kerana macai-macai bodoh, kempunan nak berkuasa. Minta-minta lah serta berdoa agar macai-macai ini bertaubat supaya cepat bangun dari lenanya tidur selama ini. Bairlah sedar betapa kamu menyusahkan diri sendiri dan rakyat. Ayuh rakyat semua, bersatu padu menuntut kehidupan yang lebih baik dan berkempen habis-habisan agar kos sara hidup tidak akan naik-naik, akibat kedurjaan kepempinan UMN)-BN. Mereka hidup mewah rakyat sengsara. Bila nak tukar nii!!!!!.

    ReplyDelete
  2. Salam Yong

    Jangan kutuk Najib...kesiankanlah dia kerana semasa kecilnya beliau telah banyak mengalami kesengsaraan. Beliau menceritakan betapa berat kesusahan yang di alami bila aruah bapanya Tun Razak enggan membina swimming pool di perkarangan kediaman mereka sehingakan beliau dan adek-adek terpaksa ke kolam renang awam. Sedangkan pada masa itu, anak-anak rakyat marhain yang berkaki ayam dapat mandi di sungai-sungai, lombong tinggal atau berkubang di sawah bersama kerbau......

    Kesengsaraan yang dialami Perdana Menteri ini memperkuatkan jati diri serta menimbulkan rasa keinsafan dan kekesalan yang teramat mendalam di hati sanubari beliau sehinggakan beliau berjaya mentarbiahkan isteri sendiri sehingga sanggup memulangkan cincin berlian berharga berpuluh juta kepada pembuatnya apabila pihak media membuat kecuh. Demikianlah keperihatinan seorang Perdana Menteri yang amat mengambil berat serta memahami keperitan rakyat sehinggakan harga kangkung pun kerajaan sanggup turunkan demi kesejahteraan rakyat.....sat..sat Yong...saya nak pi muntah japp.....dah tak tahan sangat ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Hahaha......Dah lama Yong rasa nak muntah, tapi tak boleh keluar. Jadi Yong muntahkan jer pada blog. Kesian pulak pada blog ni...

      Itulah dia pemimpin yang sedang mempertahankan kesucian Islam. Dengan menaiki jet executive untuk menunaikan umrah di Mekah. Lepas itu guna pengawal sebab nak cium hajar aswad. Lepas tu orang ambil gambar dan macai canang sana sini Najib sedang menjaga kesucian Islam.

      Rakyat marhaen tersadai di airport sebab penerbangan murah sering tertunda... Kenapa tertunda? Syarikat tak pernah bagi jawapan yang munasabah.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.