Pages

Tuesday, 7 January 2014

TAHNIAH PEMUDA PAS KERANA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KEKASIH JATI

Maaf kerana lambat buat posting bab Harussani sebut "bughah" ni. Yong kurang sihat. Bila baca kenyataan mufti dari negeri tumpah darah Yong ini semakin Yong tidak sihat. Walaupun budak-budak PAS Perak dah berkunjung untuk bersemuka, tapi Mufti ini tak sior pulak. Budak-budak PAS itu mengambil pendekatan kasih-sayang. Tak mahu terus terjah dengan membuat laporan polis. Maklumle, Mufti ni duduk berjiran dengan budak-budak tu. Jadi Yong takde le nak kecam tindakan KuIs nak manja-manja dengan tok Mufti.

Tapi tak sangka, Tok Mufti berkeras jugak. Seperti tidak berpijak kepada realiti... Dengan kata mudah: MAMAI!

ALASAN PALING DANGKAL

Siapakah yang sebenarnya bodoh? Yang sedar tentang kenaikan harga barang dan menuntut supaya diturunkannya? Atau yang sedar tentang kenaikan harga barang tapi membiarkannya?

MANA MUFTI TAHU ADA KAFIR KE TIDAK DALAM KUMPULAN INI?

Malu sungguh Yong dengan kekawan bukan Islam ada Mufti macam ini. Dia bukan menakut-nakutkan orang Islam yang tak percaya "fatwa songsangnya," tapi menakut-nakutkan bukan Islam dari mengenali Islam. Demer fikir Islam ini tidak adil kerana menghalalkan darah umat Islam untuk dibunuh jika ingin mempertahankan hak sebagai rakyat dari ditindas pemerintah yang zalim!!

MUFTI KUTIP BERITA KARUT INI

Yong fikir Mufti ini sudah ditutup hatinya sebab bercinta dengan jati yang logonya serupa logo setan.

APA YANG DIHARAP PADA MUFTI YANG TERUJA DENGAN LOGO JATI?

JANGAN INGAT PAS LEMBIK TAK BUAT LAPORAN POLIS!

APA YANG DIHARAP DENGAN MUFTI AHLI PERKASA

Di mana logik keadilannya, jika umat Islam berhimpun menuntut supaya harga diturunkan jadi derhaka? 

Mufti telah membuat seolah-olah hukum Islam jadi tidak adil dan tidak masuk akal.

Semasa media pencacai cuba mempertahankan Harussani seolah-olah dia sudah kena spin oleh media perdana (baca di sini), mufti ini terus bertegas dengan hujahnya sendiri:

SAYA TAK PEDULI KALAU BERATUS RIBU UMAT ISLAM DIHUKUM MATI?

Syabbas kepada PEMUDA PAS dan AMK kerana bertindak tegas membuat laporan polis terhadap keceluparan Harussani. 


9 comments:

  1. Apa yang mufti nak pelikkan, tiada orang Islam turut serta perhimpunan turun barang.Di situ keindahan Islam sebagai agama perjuangan dan peka terhadap penindasan dan kebajikan ummah.Perjuangan Islam itu merentasi dan mencakupi segenap kehidupan.Bagaimana seorang mufti tidak arif hal hal demikian.Kenapa bangsa lain tiada; mufti perlu menyedari hakikat kehidupan rakyat Malaysia yang miskin dan merasai azab perit kenaikan harga barang ialah orang Melayu.Orang Cina mereka kaya raya dan menguasai ekonomi dan peniaga.Orang India adalah golongan berstatus kedua di Malaysia.Siapa ramai lawyer serta peniaga sehinggakan ada bandar "Little India"Tiada big Malay atau tiny Malay.Dengan kata lain wahai mufti, orang Melayu golongan miskin dan susah.Apa pulalah agaknya hukuman yang diberikan oleh mufti ini kepada rakyat Mesir yang berdemontrasi terutamanya Ikhwal Muslimini yang menentang kerajaan perampas dan zalim di Mesir itu.Tk. Yong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nazi kelawar

      Miker dah jawab semuanya. Itulah hakikat. Orang Melayu Islam yang miskin. Sebab tu demer protes.

      Orang Melayu kaya yang memerintah menindas orang Melayu miskin yang diperintah. Fakta mudah inipun tok Mufti tak faham..

      Delete
  2. Mofti ni tengah berserabut otaknya....sebut nama kafir ape ke jadahnya.
    Agaknya dia risaukan aumno yang semakin meruyup, terkepung dengan seribu macam masalah.
    Cina tak sokong aumno kemudian melayu pun banyak tak sokong. Tu yang jadi meracau- racau macam kena demam panaih. Risau dia aumno jadi S46 mati tak bernesan.
    Tiba2 apabila ditanya oleh wartawan, spontan kepala hotaknya keluar image hantu kapir(mungkin DAP). Terus dia melalak perhimpunan TURUN dipengaruhi oleh kafir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Err

      Mufti ni tak baca media sosial pro PR. Dia baca cuma Utusex dan Berita Hairan. Lepas tu tengok TB 1 dan 3. Mungkin tengok astro... Jadi apa berita yang sampai kepadanya?

      Kesian pun ada. Dah tua, camne nak tegur?

      Delete
  3. HAIRAN DAN ANEH..!
    Negara Malaysia adalah satu-satunya Negara yang mempunyai 14 mufti. Negara lain hanya mempunyai 1 MUFTI Bila seorang MUFTI negeri menyuarakan hukum BUGHAH dari kepandaian dan kefahaman beliau dalam AGAMA ISLAM. Tapi hakikatnya kenyataan beliau boleh mengakibatkan UMAT ISLAM di Malaysia berpecah belah dan mendatangkan ketakutan bangsa lain dengan agama ISLAM. Menyuarakan sesuatu tanpa membuat rujukkan. Beliau seperti mengangkat diri beliau KetUA ataupun RAJA.
    Sewajar etika kerja bagi seorang yang diamanahkan oleh ketua agama NEGERI, WAJIBLAH mendapat persetujuan dari ketua AGAMA Negeri iaitu YAM SULTAN sebelum membuat sesuatu kenyataan pada Rakyat.

    Mengapa 12 MUFTI termasuk 1 Mufti yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong DIAM seperti DIKUNCI malah tidak menyuarakan atau meredakan keadaan dengan apa yang keluarkan oleh seorang bergelar MUFTI yand mendatangkan perbalah dikalangan RAKYAT. Adakah mereka bersetuju dengan apa yang disuarakan atau TAKUT kehilangan gelaran, pangkat dan FULUS. Dimana kah sifat mencari jalan Perdamaian dan Ehsan sebagai seorang yang berilmu dalam Agama. Mereka inikah CONTOH pemimpin Agama ISLAM yang harus dibanggakan untuk generasi akan datang.

    Apa yang berlaku pada 13 ORANG MUFTI ini,
    - Mereka lebih TAKUT pada PEMIMPIN yang MENINDAS ?
    - BERSETUJU dengan kenyataan MUFTI tersebut ?
    - Mereka suka bila Negara ini berlaku seperti mana di SYRIA?
    - Lebih takut pada kehilangan Gelaran dan wang bulan ?

    MUFTI ini menunjukkan sifat yang BONGKAK dan ANGKUH dan membuat golongan yang bukan ISLAM takut dan benci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rid,

      Terima kasih kerana ulasan yang bernas.

      Manusia bila sampai senja macam-macam perangai. Ada yang siap-siap untuk pergi masjid. Ada yang siap-siap untuk tidur. Ada yang siap-siap untuk berhibur dan clubbing.

      To Mufti tak tahu buat apa.

      Delete
  4. Kontrak sebagai mufti akan tamat sekitar april 2014 ini. Kita tunggu perkembangan selanjutnya samada akan disambung atau tidak. Sebagai mufti paling senior di Malaysia amat tidak wajar menunjukkan sikap angkuh, seakan serba tahu dan hebat pula. Dia sendiri yg membuatkan dirinya dipandang hina setelah mengeluarkan kenyataan melibatkan hukum yg tidak tepat sama sekali malah dipertahankan pula. Kematangan, ilmu dan pengalaman yg ada pd dirinya diletakkan di tempat yg tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Oh, iyeke? Kita tengok dia dapat sambung atau tidak...

      Delete
  5. Ini macam mufti dari negeri Pasir Berdengung! Setiap kali bersuara akan dapat dikesan 'mabuknya'! Kemanakah hilangnya 'wisdom' sebagai mufti? Adakah ini tandanya Allah telah menarik 'Nur' dan 'rahmat' darinya kerana sifat 'mengampu' dan perananya sebagai 'terompah kayu' kepada golongan pemimpin yang zalim dan berbuat 'maksiat' dan menindas rakyat? Memanglah ngko ni Mufti Huruharasanasini.....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.