Pages

Sunday, 9 February 2014

N3 HUJUNG MINGGU: YONG JAWAB PANTUN DR MAZA

Sebenarnya dah lama Yong jawab pantun ini dalam facebook. Hujung minggu ni malas nak buat N3 pulak. Jadi, Yong share jawapan itu di sini dengan sedikit edit. 



Sapa-sapa pun boleh sambung:

Buatkan saja kain buruk,
Kain buruk mengelap para,
Berapa lama lagi mahu duduk?
Selagi masih ada harta negara.

Kain buruk mengelap para,
Para menyimpan daun kaduk,
Selagi masih ada harta negara,
Rela berhakim kepada beruk.

Para menyimpan daun kaduk,
Kaduk berangan mencapai awan,
Rela berhakim kepada beruk,
Sanggup bertelagah sesama kawan.

Kaduk berangan mencapai awan,
Awan hitam haripun hujan,
Sanggup bertelagah sesama kawan,
Demi merebut harta rampasan.

Awan hitam haripun hujan,
Hujan lebat hingga ke petang,
Demi merebut harta rampasan,
Kawan dihambat musuh ditatang.

Hujan lebat hingga ke petang,
Petang berlabuh malam pun tiba,
Kawan dihambat musuh ditatang,
Pantang ditutuh, adab dituba.

Petang berlabuh malam pun tiba,
Tiba membawa berita terkini,
Pantang ditutuh, adab dituba,
Warga yang hiba siapa peduli?


6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahahaha.... macam program berbalas pantun dalam radio jer .... Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Sayangkan biawak dukung-dukungkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Din Shah

      Sayangkan biawak dukung-dukungkan
      Sayangkan UMNO kalah-kalahkan.

      Delete
  3. Kain buruk asalnya telekung,
    Dibeli dari sempadan Siam,
    Disembur kucing berbau hancing,
    PM kita hanya bertaraf kangkung,
    Menteri lantikannya pula cap ayam,
    Undilah asal bukan cap dacing!

    ABCD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Wah! Pantun enam kerat!

      Disembur kucing berbau hancing,
      Kucing belang anak Pak Razak,
      Undilah asal bukan cap dacing,
      Sebelum Malaysia semakin nazak.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.