Pages

Wednesday, 12 February 2014

PEKERJA ASING DATANG KE MALAYSIA MEMBAWA PENYAKIT MERBAHAYA?

Bila baca berita di Malaysiakini tentang kematian pekerja Nepal, Yong teringat pula pada kontraktor Indon yang baiki rumah Yong dulu.

Selepas tak datang sehari dan kemudian datang lewat keesokan harinya, Yong pun interrogate dia:

Yong: Apasal kamu tak datang semalam?

Kont: Saya tengok sedara saya sakit di spital.

Yong: Oh? Sakit apa?

Kont: Mula-mula doktor kata batuk kering...

Yong: Apa? Batuk kering? Oi..penyakit tu dah pupus di Malaysia tau.

Kont: Sudah seminggu di spital. Dia sakit dada, keluar darah bila batuk...

Yong: Lelaki ke perempuan?

Kont: Lelaki...Belum kahwin.

Yong: Hmm..lagi doktor kata apa?

Kont: Doktor pun tak tahu...dia sudah nazak...

Yong: Sedara kamu ni ada cari sundal ke?

Kont: Err...rasa-rasanya ada...

Yong: Kalau gitu mungkin dia kena AIDS.

Lama kontraktor ni terdiam, baru bersuara.

Kont: Dia tak dengar nasihat. Mahu seronok saja...Doktor kata...ada HIV...

Akhirnya kontraktor Indon ni mengaku jugak.

Yong: Kalau dia betul-betul kena AIDS, kamu semua kena berhati-hati masa layan dia. Jangan sampai kena jangkit.

Beberapa hari lepas itu kontraktor Yong beritahu sedaranya sudah menginggal dunia.

Yong tak tahu nak kata apa, cuma Innalillah sahaja.

Tentang berita pekerja Nepal yang mati itu katanya takde kaitan dengan tempat kerja.

MATI TERLEBIH MINUM ARAK?

Yong mohon DOSH supaya menyiasat dengan betul. Jangan buat lebih kurang. Apa sebenarnya penyakit pekerja Nepal ini? Kalau diorang berpenyakit, macam mana boleh dibawa masuk ke Malaysia?

Pandangan parti Sosialis Malaysia tiada kaitan dengan Yong. Kerana bagi Yong keselamatan pekerja yang masih hidup lagi penting. Begitu juga keselamatan orang awam!

Kita pembayar cukai tak mahu menanggung bil perubatan pekerja asing yang berpenyakit!

Kementerian Sumber Manusia ni tidur ke?

3 comments:

  1. jgn marah tapi negara ini dah kene sindrom ada fulus lulus tak ada fulus pegi mampush

    ReplyDelete
  2. Banyak benda Yong tahu teruskan dengan cadangan yang baik.

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum tuan..

    Blog Addin gagal diselamatkan kerana masalah error di html code.

    Oleh itu, saya telah membuat blog baru di alamat
    http://addindeen.blogspot.com.

    Mohon letak link blog baru saya di blog tuan, blog tuan saya telah linkkan.

    Terima kasih atas kerjasama.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.