Semua berita yang keluar sejak MH370 ghaib di udara sama ada tipu atau spekulasi.
Antara yang dikatakan tipu (hoax) termasuk:
- MH370 mendarat di Nanning, China.
- MH370 dikesan di Pulau Perak, Selat Melaka.
- MH370 diikuti kapal terbang lain.
Selain berita tipu, terdapat juga gambar tipu:
TAKKAN KAKI SAMA? |
Terkini keluar berita yang mendebarkan ini dari Metro:
Jumpa rakit getah di Selat Melaka
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.
Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.
"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.
"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.
"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.
"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.
Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.
Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.
Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12 (Harian Metro).
Setelah bersusah payah nelayan-nelayan itu (yang tidak diberitakan menggunakan sonar atau tidak) cuba menyelamatkan rakit tersebut; aleh-aleh, APMM biarkan rakit itu tenggelam.
Adakah nanti ada yang akan mengeluarkan kenyataan, rakit itu juga tipu (hoax)?
Akhirnya hanya tinggal satu sahaja yang benar.
Apakah yang benar itu?
Yang benar kali ini ialah Chedet:
*Pray For MH370*
Setiap yang berlaku ada sebab nya. Bagaimana dengan Flight MH 370, ia nya bersamaan dengan satu kes yang memalukan. Di kata kan di kalau itu puak puak yang tidak "BERIMAN" sedang meraikan 5 tahun jail buat DASI. "SORAK SURAI" itu di katakan sedang berlaku di "DATARAN ILMU" Janda baik. Sedang mereka yang tak beriman itu "BERSUKA RIA" tiba tiba meletup peristewa yang menjadi misteri sehingga ke hari ini. Jangan lupa bahawa semasa Tun Razak menjadi PM dengan Agong yang sama, pernah berlaku perkara yang hampir serupa. Kini siapa yang menjadi PM dan Agong!!!
ReplyDeleteSaperti apa yang telah saya nyata kan bahawa setiap peristewa punyai sebab. Kini setelah kawasan pencarian di laut Kelantan terserlah lah satu berita bahawa di kawasan tersebut punyai 20 telaga minyak. Malang nya sehingga kini keraJAAN seolah olah masih mau "BERBOHONG" dengan menafikan royalti untuk Kelantan.
Saya berpendapat bahawa jalan penyelesaan nya ada lah kera-JAAN yang sedia ada "BERTAUBAT" dari terus melakukan kemungkaran dan penganyiaan ke atas para penduduk di Negara ini. Tak payah di laku kan "RITUAL-KEAGAMAAN" selagi peranggai kera-JAAN yang sedia ada tak mau berubah. Peritewa "RAKIT GETAH" yang di nyatakan di dalam entry ini menjelaskan segala gala nya. Ayam RM1 se ekor dan kangkong tak naik harga konon. Kalau saya berperanggai saperti puak puak umNOngok saya akan dapat percuma. Saya hanya memerlukan guni basah dan merayau di setiap pelusuk kampong.
Satu misteri yang nyata ada lah mengapa pehak Hong Kong yang notify pehak Vietnam akan kehadiraan pesawat itu di ruang angkasa nya? Walau pun saya bukan kakitanggan Air Traffic control tetapi melalui pembacaan sepatut nya dalam masa 3 minit pehak Vietnam telah notify KLIA. Tetapi mengapa ia nya tidak di lakukan?. Seperkara lagi adalah "BEACON". Setiap kapal terbang yang terhempas di dalam laut dan kedalaman luat tersebut 100 meter, signal yang di katakan "BEACON" itu masih boleh berfungsi, tetapi kemana pergi nya isyarat tersebut?
Di setiap press conference jawapan yang diberikan tidak sama di antara satu sama lain. Ada yang kata lima bagawi yang di keluarkan dan ada yang kata empat sahaja. Penumpang pula di katakan semua sudah aboard. Apa cerita nya dengan seorang pelajar dan kawan nya yang tidak menaiki pesawat tersebut? Kes passport curi, siapa yang high-light kan nya? Di sebab kan itu saya sudah tidak lagi menonton ASTRO 501, saya lebih mempercayai berita dari luar Negara.
Malaysia tanah air ku yang bermotto kan "MALAYSIA BOLEH" dan "1MALAYSIA" konon. Kita tunggukan sahaja conclusion dari "MALAYSIA BOLEH" dan "1MALAYSIA" berkaitan kesah the missing plane ini yang begitu misteri sekali.
Salam Saadun
DeleteEndless possibilities, katanya. Itulah moto BN yang menentang kuasa Allah. Kerana hanya Allah yang memiliki endless possibilities. Inilah balanya kerana sebahagian daripada kita memilih pemimpin yang takbur dan tidak amanah.
DeeDee Yong...
ReplyDeleteAder cerita disebalik semua insiden nih.... Kiter bagi chan seminggu lebih kat mereka-mereka nih....
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
DeleteAda yang cakap dengan Yong sama macam miker. Cakap demer tak boleh nak percaya lagi...
Sebagaimana kisah tragedi menimpa Titanic, peristiwa misteri ini jika difilemkan pastinya meletup-letup dan boleh dipasarkan seantero dunia. Elok juga diwujudkan satu adegan dengan antara dialognya;
ReplyDeleteX: "Alif Mim Nun Wau, Alif tendang Wau maka Wau dah hilang entah ke mana."
Y: " Apa daa mana lagi ada Alif, dia dah lama kena tendang."
X: "Habis tu mana Wau nya"
Y: "Wau? Wau Wau Wau Wau Wau tu Bulan"
X: ??#@%#$*!??? "Ini semua Nun punya pasal, Mim pun boleh jadi jugak"
Kisah sejarah kena ada sense of humor sikit. Filem kita, wajah kita. Jangan pula negara lain mendahului pembikinannya.
Salam ahmad salleh
DeleteNak buat cerita tragedi, triller atau komidi?
Aku dok rasa setelah guna teropong buloh ..teropong sana sini tanpa bubu..mcm tanda2 kapal terbang tak bayar hutang ..kena tarik ..kalau ada bubu munkin boleh nampak sapa yang salah ..ha ha
ReplyDeleteSalam ayor tawor
DeleteHahaha...betui kot???
kes dsai & mh 370 tlh meranapkan nama najip..mamak madey sedng gumbira sakan krna strateginya dah menjadi...
ReplyDeleteSalam opisboi
DeleteSian mamak madey, dia asyik kena tuduh jer walaupun dah pencen.
Manusia sedang diuji oleh Allah kerana keangkuhannya...
ReplyDeleteSalam noradzim
DeleteAdakah kita akan insaf setelah diuji? Manusia tetap tamak, rasuah dan melakukan berbagai salahguna kuasa dan jenayah demi kekal berkuasa! Aduhai tanah air ku!
Kes ini ada kaitan, dengan kerugian MAS?
ReplyDeleteKemunkinan besar, kena tarik CCM, sebab, MAS kan rugi?
ReplyDelete