Pages

Friday, 14 March 2014

MALAYSIA NEGARA BOMOHKRASI?

Apa dah jadi dengan rakyat Malaysia ni?

Nak pas periksa cari bomoh, biar tahu soklan apa nak keluar.
Nak pergi interview cari bomoh, biar senang dapat kerja.
Nak naik pangkat cari bomoh biar pesaing sakit dan tak dapat buat kerja.
Nak cari laki/bini cari bomoh biar demer jatuh cinta.
Nak masuk pertandingan (nyanyi, sukan etc), cari bomoh biar lawan lemah.
Nak jadi ketua bahagian parti cari bomoh, biar terpilih.
Nak jadi menteri cari bomoh, biar sultan suka.

Bila dapat jawatan cari bomoh, biar bos sayang.
Bila jadi ketua cari bomoh, biar orang bawahan gerun.
Bila kahwin cari bomoh biar pasangan taat.
Bila pindah rumah baru cari bomoh, biar hantu lari.
Biang tersayang hilang cari bomoh biar dapat balik.
Bila nak cepat kaya cari bomoh, biar duit berganda.
Bila orang tersayang hilang cari bomoh biar dapat balik.
Bila kapal terbang hilang cari bomoh biar dapat ditemui!

Senarainya memang panjang. Di atas hanya sebahagian sahaja.

WALAUPUN LUCU DICARI JUGA

Peliknya, bila jururawat ini yang buat parody bomoh kerana bergurau, demer terus disiasat dan akan diambil tindakan:

APA KESALAHAN DEMER?


Bomoh kata apa dia buat tak khurafat dan akan saman sapa kata dia khurafat.

Eloklah dia saman Jakim. Biar kita tahu siapa yang panggil dan bayar bomoh ini sehingga 1Malaysia ditertawakan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Bukan kita kata hapuskan bomoh. Ada penyakit doktor tak boleh rawat, carilah perubatan alternatif, asalkan tidak bercanggah dengan Islam. Tapi tolong jangan sampai negara kita jadi negara BOMOHKRASI (negara yang dikuasai bomoh). Tolong yer.

NOTE: Krasi dari perkataan Greek kratos bermaksud pemerintah atau kuasa.


6 comments:

  1. Yong, bile tengok aksi bodoh bomoh ni, teringat kisah bomoh dalam dewan negeri Perak waktu rampasan kuasa dulu...spt dakwaan Idham Lim...yong tau ape?sekarang saya percaya sepenuhnya kisah Dewan negeri dibomohkan oleh zambry benar2 terjadi...tengok lah gambar2 zambry dgn bomoh yang tersebar..benarlah Idham Lim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hj.Shah

      Sebelum demer buat benda ni, takkan tak terfikir demer akan jadi bahan ketawa? Yang herannya, ada pulak pemimpin yang sokong...

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Bomoh dan Melayu Hutan mana dapat dipisahkan..... Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Dulu, kini dan selamnya? Hahaha!

      Delete
  3. allah bayar cash tunjuk perangai amno yg sebenar minat perkara2 menduakan allah s.w.t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Betul. Bagaimana Allah membalas itu kita tidak tahu. Sekarang Allah balas dengan mendapat malu di dunia. Hanya sebahagian dari cash.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.