Pages

Friday, 28 March 2014

SANGKA BAIK, SANGKA BURUK, SALAH SANGKA: SEMUA KERANA KITA ADA MENTERI CAP AYAM, TERIMA KASIH

TERIMA KASIH!

Selama ini Yong bersangka baik bahawa menteri-menteri di Malaysia ini semuanya berkualiti. Ini kerana Yong baca Utusan Malaysia, Berita Harian TV3 dan RTM yang mewar-warkan bahawa wakil rakyat BN semua mempunyai kenyakan akademik yang baik!

CALON PILIHAN NAJIB YANG BENAR-BENAR BERKUALITI

Wakil-wakil rakyat ini kalau dah jadi Menteri atau Timbalan Menteri terpaksa berdepan dengan Wakil Rakyat PR yang berkualiti tinggi, wartawan antarabangsa yang berkualiti dan rakyat yang menuntut maklumat yang berkualiti.

MENTERI BERSANGKA BAIK?

Dengan menganggap pesawat itu tiada ancaman, Timbalan Menteri ini bersangka baik kepada pesawat misteri yang dikesan, yang kemudian dikenali sebagai MH370 yang hilang itu. 

MENTERI SALAH SANGKA?

Rupanya dalam bersangka baik itu Timbalan Menteri itu telah bersangka buruk kepada MAS yang disangkanya memberi arahan untuk berpatah balik. Ah! Semua sangkaan sendiri jer! Tarik balik kenyataan. Settle.

Aduuuh! Kenapa Malaysia ada Timbalan Menteri macam ini?

Rupanya dalam Yong bersangka baik ini, Yong telah bersangka buruk kepada facebooker dan blogger yang selama ini menganggap wakil rakyat BN adalah dari kategori cap ayam.

Yong ucap terima kasih kerana secara tidak langsung, Timbalan menteri ini telah memberi pencerahan, bahawa wakil rakyat BN cap ayam memang wujud.

Yong salah sangka! Huhuhu...

How many prawns can you see behind the rocks??? Quality????

6 comments:

  1. Video Onederful Malaysia tempoh hari, boleh pula mereka bersangka buruk pd Teresa. Yg mana betul2 boleh menjadi ancaman ni? Song sung blue, itulah corak pemikiran menteri2 UMNO dgn tagline dulu, kini dan selamanya. Hasilnya songsang belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Otak letak kat kepala lutut

      Delete
  2. MENTERI CAP AYAM.DAN JENIS KANGKONG....BERFIKIR DENGAN KEPALA LUTUT BERCAKAP DENGAN BIBIR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mansor

      Sungguh memalukan. Tak sebab2 dia dedahkan ke seluruh dunia tahap pertahanan negara cap ayam!

      Delete
  3. Salam.

    InsyaAllah kita cuba le suka & benci kerana Allah.... Sangka baik tu bagus tapi takut kita kena main aje le.

    Buruk sangka cuma untuk lebih berhati-hati, if proved wrong, i think i can apologise humbly (can't eat the real humble pie, though)...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Timbalan Menteri ni patut dipecat kerana memalukan negara dan rakyat Malaysia disebabkan kebodohannya.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.