Pages

Thursday, 10 April 2014

RUPANYA BUKAN ORANG MELAYU YANG MUDAH LUPA...

Setelah berdekad menjaja kata-kata keramat UMNO "Melayu mudah lupa" akhirnya kata-kata itu menjadi sumpahan buat Dr Mahathir - Dia telah menjadi lupa:

CHEDET MUDAH LUPA

Orang Melayu dari Memali dan orang Melayu yang insaf serta prihatin tentang kekejaman tindakan Kerajaan pimpinan Dr Mahathir terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikut-pengikutnya tidak pernah lupa. Tetapi Dr Mahathir pula mengalami sindrom lupa terpilih. Dia ingat pergi ke China pada 20 November 1985, tetapi lupa sama ada dinasihati oleh Musa Hitam supaya jangan pergi...

Dr Mahathir juga tidak berada di Jepun sebelum ke China seperti yang didakwa oleh macai...

Alahai...

Adakah mana-mana perdana menteri negara demokrasi di Dunia ini yang pergi keluar negara pada hari selepas kejadian pembunuhan 16 orang rakyat negaranya sendiri oleh pasukan keselamatan? 

Sesiapa yang ada maklumat sejarahnya, tolong bagi tahu Yong supaya boleh dibuat perbandingan...

Yong nak tengok sampai kemana perang dingin dalam UMNO ini...

Atau adakah ia hanya sandiwara???

Rakyat akan terus dibahulukan...

Sebagai peringatan, disebabkan Dr Mahathir suka peribahasa Inggeris, Yong petik salah satu yang sering digunakan untuk orang yang lupa perbuatannya sendiri: 

"What goes around comes around."

8 comments:

  1. A'kum Yong

    Rupanya Mamak yang mudah lupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Hahaha...tepat sekali. Ramai mamak lupa yang asal-usul demer dari Benua (kalau sebut namanya ada yang tersinggung pulak) lain.

      Soalnya mamak ni nak jadi Melayu, tapi langsung tak peduli nasib rakyat Tanah Melayu. Yang demer kisah, tembolok masing-masing penuh.

      Delete
  2. Aje yg senang bebeno kalo nak tau mase bile Mahathir ni bedeah, ade petuwenye biyo kume kabo. Ape name .... baghu teghingat, mase diye tengah becakap ce peghati bibiyonye, kalo bergeghak-geghak itu tandenye diye tengah bedeah le tu. Atte mujo kume ni idok le lupe lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Kalau orang tu pernah kena stroke mungkin bibiornya bergerak2 gitu...tak kira bohong atau cakap benar.

      Orang kata tengok matanya...

      Delete
    2. Itu hanya sebagai kiasan. Interpretasinya ialah asal saja dia bercakap sudah tentulah bibirnya bergerak-gerak. Jika tidak bergerak macam mana nak bercakap. Maknanya selama ini bila dia bercakap, dia sedang menipulah tu. Khusus bagi TDM dan pembohong tegar2 je. Belum pernah mendapati apa yg diperkatakannya itu adalah benar 100%, melainkan separuh benar ataupun penipuan belaka.

      Delete
    3. Salam ahmad salleh

      Oh...ini metaphor ler yer...Hmmm...naif jugak Yong ghopernye. Yong ingat lip twitching... macam watak Sue Ellen dalam citer Dallas tu...Hahaha...

      Delete
  3. Salam Yong.
    The world is an echo.The good, the bad, the false and the truth all will come to you.So do the best the world you can and the best will come back to you.Time kaseh.

    ReplyDelete
  4. berita gempar!!!!!!!!...ananconda2 di sungai2 brazil telah pupus & mati di belit olih sekor pembelit bermulut longkang kandang babi paya mengkuang, sungai amazon telah selamat dikatakan juga ikan piranha & arapaima juga dlm bahaya selagi pembelit ini hidup & disokong olih macai otak burung unta selagi itu, semua dlm bahaya..sos!...sos!...sos! mayday! mayday! mayday!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.