Pages

Friday, 27 June 2014

N3 PENUH EMOSI: HIDUP MELAYU!

Buat pertama kali Yong "gembira" kerana BN menang di Teluk Intan. Ini bukan kerana Yong benci DAP atau tak gemor budak Dyana Sofya tu...

SEBAB YONG MAHU SEBUAH UNIVERSITI DI TEMPAT YONG MAIN ACI-LOT!

Walau bagaimanapun Yong cukup menyampah cara kempen di Teluk Intan. Sampai hari mengundi masih lagi budak-budak Melayu melalak-lalak "Hidup Melayu" macamle UMNO yang bertanding.

Bila pulak Mah tu jadi Melayu?

Lepas tu marah Yong bila Yong belasah UMNO lebih sudu dari kuah di Teluk Intan. Yong emosi, katanya.

Yang melalak "Hidup Melayu" tu walhal calonnya Cina tak emosi?

Jangan kata Yong tak tahu, sebab Yong tengok sendiri dengan mata kepala...

Takde banner atau bendera DAP atau gambor Dyana Sofya di sepanjang jalan Sungai Manik, Kampung Bahagia hingga ke Teluk Intan.

Yong tahu kenapa tidak ada dan ini siapa punya kerja.

Yang ada cuma gambor ini:

CONTENG-MENCONTENG GAMBAR YONG MEMANG TAK SETUJU

Mah jangan marah kalau gambor miker budak-budak conteng sebab demer hot tak dapat gantung gambor Dyana Sofya.

Sampai bila agaknya orang Melayu akan berpolitik secara matang?

Sekarang Mah sudah dilantik jadi Menteri.

Baguslah. Teluk Intan sudah ada wakil menteri.

Selama ini kita hanya ada Zahid Hamidi di Bagan Datoh dan Tajuddin Abdul Rahman di Pasir Salak. Agaknya Melayu tak cukup hidup kecuali Teluk Intan jatuh ke tangan Melayu (Sic).

Sebabnya kita semua maklum betapa prihatinnya UMNO (baca Tajuddin Abdul Rahman) dengan masa depan pendidikan anak Melayu.

ANAK SIAPA NI? (SUMBER)

Bukti keprihatinan itu sudah didedahkan oleh Rafizi:

 BILA TAJUDDIN NAK SAMAN RAFIZI?

Yong menunggu sebuah universiti di Teluk Intan. Bukan universiti hasil penswastaan UiTM, tetapi sebuah universiti penuh. 

Mungkin kalau Yong kuat mengampu, boleh jadi rektor universiti itu kot?

Hmm...Hampir lupa nak sebut. Hidup Melayu¿¿¿¿¿¿¿¿

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.