Pages

Friday, 18 July 2014

TRAGEDI MENIMPA MALAYSIA LAGI...

Kita masih belum melupakan tragedi MH370.

Tiba-tiba kita ditimpa musibah lagi.

Hanya ucapan "TAKZIAH" dan "AL-FATIHAH" (buat yang beragama Islam) kepada semua penumpang dan krew MH17.

Berta-berita dari luar negara menyebut MH17 telah ditembak oleh golongan pemisah pro-Rusia.


AUSTRALIA NEWS

Dakwaan MH17 ditembak juga disebut di sini, di sini dan di sini

Pemberontak Russia di Donetsk sebelum ini pernah menembak jatuh pesawat pengangutan tentera Ukraine. Igor Strelkov, pemimpin golongan pemisah Donetsk separatists, didakwa mengarahkan serangan tersebut kerana menyangka ia pesawat tentera Ukraine.

Benarkah? 

Ramai penumpang adalah warga antarabangsa. Tetapi tidak bermakna kita tidak ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Malaysia tidak bermusuh dengan Russia. Diharap Menteri yang berkaitan segera siasat. 

 LAGI GAMBAR DI DAILY MAIL

Tiada apa yang tinggal, hanya serpihan yang bertaburan di kawasan seluas lebih 14 km - jelas menunjukkan pesawat tersebut meletup di udara. Bagaimana ini berlaku sedangan tiada apa-apa panggilan kecemasan dari pesawat sebelum ia terhempas?


Demi mengelakkan spekulasi, Kerajaan Malaysia mesti beri penjelasan kepada rakyat. Jangan sembunyi kebenaran. Adakah MH17 ditembak?

Siapa yang tembak?

- Bersambung -

3 comments:

  1. Nak dapatkan manggis jugalah tu agaknya. Nasib baik pesawat itu tidak berakhir di selatan Lautan Pasifik, mengapung di udara atau angkasa.

    ReplyDelete
  2. Dah tau budak2 mainmercun bust apa Palau kat situ kena la mercun Tu kat Kwn yg nk g Teraweh. .camtu la.Tu kawasan perang kenapa lalu situ. Kata bodoh marsh tpi memang bangang. RAKYAT jdi mangsa

    ReplyDelete
  3. Dekat raya ni bunyinya mcm main mercun je dunia ni. Dunia akhir zaman sama2 Kita bersedia untuk kembali pada Allah. Duit emas tinggaaaal x leh bawa ok

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.