Pages

Thursday, 10 July 2014

BRAZIL KALAH KERANA SUMPAHAN RAKYATNYA SENDIRI (VIDEO) (UPDATE)

Tahniah kepada Germany

Takziah kepada Brazil

7-1 bukan satu kekalahan yang termasuk dalam kategori "nasib malang."

Ia kekalahan yang memalukan tuan rumah.

Macam-macam komen timbul setelah Brazil kalah. Yang mengkomen termasuk PM 1Malaysia:

SUMBER

Betul. Kepimpinan Brazil memang hampeh.

250,000 warga Brazil tinggal yang dalam keadaan setinggan merempat diusir demi bola sejak tahun 2007!

Golongan ini adalah terpinggir, berkulit hitam, miskin, hidup tanpa saluran air, litrik dan juga sistem pembentungan. Golongan yang rendah harga diri serta diselubungi kesedihan, terasing dan jiwa yang memberontak. 

Kerajaan Brazil kata kawasan setinggan ini menjadi sarang berbagai jenayah, khususnya pengedaran dadah.

Lalu mereka diperhambat dengan kuasa polis yang bersenjata. 

Baca kisahnya di sini dan di sini.

Pesta bola-sepak diiringi dengan tangisan dan sumpahan mereka yang dicampak ke jalanan!



Jadi, apakah pengajaran yang Pemimpin Malaysia harus pelajari?

Adakah menghukum pengemis dan pemberi sedakah serta nafikan makanan buat geladangan itu sebuah kepimpinan?

Adakah meruntuhkan rumah-rumah setinggan tanpa penyelesaian bersepadu itu juga contoh sebuah kepimpinan?

 

Itu cuma dua contoh kepimpinan bagi sebuah kementerian di Malaysia.

Belum lagi kita masukkan kelemahan kepimpinan menangani masalah pencerobohan di Lahad Datu, kehilangan pesawat penumpang MH370, kemalangan ngeri bas-bas penumpang, banjir dahsyat di Pahang, tanah runtuh, bangunan runtuh, jalan berlubang, etc...etc...

Belum lagi kita lihat masalah kemiskinan, kenaikan harga barang...etc...etc...

Belum lagi kata dalami masalah gila hiburan, penagihan dadah, bunuh anak, zina, arak dan judi di kalangan orang Melayu yang beragama Islam....

Belum lagi kta semak masalah kelemahan tadbir-urus, ketirisan, pembelian barangan dengan harga melampau dan sebagainya...

Belum lagi kita selidik punca kejatuhan ranking universiti...

dan lain-lain...

Malaysia sendiri penuh dengan pemimpin yang lemah dari segi kepimpinan. Berani kita mengata Brazil?

UPDATE: Kalau betul ini Yong beri thumbs-up, walaupun ia sementara.

LEBIH BAIK DARI IDEA MENTERI WILAYAH (BERITA HARIAN)

3 comments:

  1. Setelah membaca dan menonton kedua dua video clips saya merasa cukup sedih dan terharu bila memikirkan nasib mereka yang susah dan hidup melarat. Ia nya sama saperti yang berlaku dan akan berlaku di tahan air sendiri. Mahkamah di sana juga sama saperti di sini - tak boleh di percayai. Contoh terdekat ada lah kes Kampong Chubadak. Yang akan berlaku pula apabila bangunan pencakar langit siap di bena saperti di Danga Bay, sudah pasti rumah rumah mereka yang hidup melarat yang terdapat berhampiran dengan pangsa puri tersebut terutama milik orang Melayu akan di musnah kan kerana pemandangan boleh menyebab kan "SAKIT" mata para penghuni pangsa-pangsa puri tersebut. Yang tersenyum banga merupakan mereka yang telah berjaya menjual lot-lot tanah tersebut.

    Buat PM 1MALAYSIA yang pandai mengomen elok lah di telek kedalam diri anda dahulu sebelum mengomen. Kalau benar PM 1MALAYSIA sudah sedar, elok lah di lakukan sesuatu sebelum Negara ini menjadi saperti Brazil atau mungkin lebih teruk lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saadun

      Yong setuju kita wajar melihat diri sendiri dulu. Adakah kita pemimpin yang bagus dan boleh dijadikan contoh?

      Kadang-kadang kesianpun ada pada PM 1Malaysia ini. Ke sana ke sini dia cuba "damage control" perbuatan menteri2 dan penasihat2nya. Tapi kesan buruk terhadap kepimpinan yang lemah mengatasi kesian itu.

      Pemimpin (termasuk dari PR) rata-rata mengejar pangkat dan harta.

      Bila Malaysia boleh maju dan rakyat jadi senang macam rakyat Norway dan Sweden mungkin tidak wujud pada hayat ini jika keadaan begini berterusan.

      Apa guna bola sepak meningkat jika rakyat merempat?

      Delete
  2. Salam kak yong. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat kak yong sekeluarga!

    Isu gelandangan ni patut boleh diselesaikan dengan baik oleh kerajaan dengan membebaskan Baitulmal tolong semua asnaf yang memerlukan habis-habisan duit zakat yang dikutip tiap hari, beratus juta RM setiap tahun tu. Yeah that may not gonna happen in our life time.

    Hal setinggan, favela, ghetto perlu pembelaan. Nak bangunkan tempat tu pun buat dulu le rumah ganti & kemudahan rakyat yang lebih baik, berdekatan untuk keluarga yang terbabit.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.