Pages

Friday, 25 July 2014

WASHINGTON MENINGKATKAN "KRISIS" UKRAINE YANG DIRANCANG KE KANCAH PEPERANGAN

Washington Meningkatkan “Krisis” Ukraine Yang Dirancang ke Kancah Peperangan 


Oleh: Paul Craig Roberts

Walaupun kesimpulan perisikan AS menunjukkan tidak ada bukti penglibatan Russia dalam kemusnahan pesawat Malaysia dan semua isi kapal, Washington terus meningkatkan krisis dan menggembalanya ke arah peperangan. 

Dua puluh dua senator AS telah memperkenalkan ke dalam Kongres 113th, Sesi Kedua, bil, S.2277, "Untuk mengelakkan pencerobohan Russia selanjutnya terhadap Ukraine dan negara-negara berdaulat yang lain di Eropah dan Eurasia, dan untuk tujuan-tujuan lain." Https: // beta .congress.gov / 113 / bil / s2277 / bIL-113s2277is.pdf. Rang undang-undang ini dihadapkan di Jawatankuasa Hubungan Luar. 

Perhatikan bahawa sebelum apa-apa keterangan daripada mana-mana pencerobohan Russia, sudah ada 22 senator berbaris bagi maksud mencegah pencerobohan Russia selanjutnya.

Mengiringi ini langkah propaganda persediaan untuk mewujudkan satu rangka kerja peperangan, panas atau sejuk dengan Russia, komander NATO Ketua Philip Breedlove mengumumkan rancangannya untuk menggunakan peralatan tentera yang besar di Eropah Timur yang akan mengizinkan tindak balas pantas menentang Russia demi melindungi Eropah dari pencerobohan Russia.

Itulah yang diulang-ulang: Pencerobohan Russia. Cukup mengulanginya lalu ia menjadi nyata. 

Kewujudan "pencerobohan Russia" adalah andaian, bukan yang sebenarnya berlaku. Mahupun Breedlove atau senator-senator lain tiada yang membuat sebarang rujukan kepada pelan perang Russia untuk menyerang Eropah atau mana-mana negara lain. Tiada rujukan kepada kertas kerja Russia dan dokumen yang menyatakan peluasan ideologi Russia atau kepercayaan yang diisytiharkan oleh Moscow bahawa Russia adalah "luar biasa, orang-orang yang tidak boleh diketepikan" memiliki hak untuk melaksanakan hegemoni di seluruh dunia. Tiada bukti yang dikemukakan bahawa Russia telah menyusup sistem komunikasi seluruh dunia untuk tujuan pengintipan. Tidak ada bukti bahawa Putin memiliki perbualan telefon peribadi Obama atau anak perempuan Obama atau Russia memuat turun rahsia korporat AS untuk kepentingan perniagaan Russia. 

Walau bagaimanapun, komander NATO dan senator Amerika Syarikat melihat keperluan mendesak untuk mewujudkan keupayaan serangan kilat NATO di sempadan Russia.

Rang undang-undang Senat 2277 terdiri daripada tiga tajuk: "Transformasi Alliance NATO", "menghalang Pencerobohan lanjut Russia di Eropah," dan "Pengerasan Ukraine dan Eropah dan Eroasia Terhadap Pencerobohan Russia" Siapakah yang anda fikir telah menulis bil ini.? Petunjuk: ia bukan senator atau kakitangan mereka. 

Tajuk 1 berkaitan dengan pengukuhan kuasa badan US di Eropah dan Eurasia dan mengukuhkan pakatan NATO, dengan mempercepatkan pembinaan pangkalan ABM (peluru berpandu anti-balistik) di sempadan Russia bagi merendahkan tahap strategik penghalang nuklear Russia, dan menyediakan lebih banyak wang untuk Poland dan negara-negara Baltik dan mengukuhkan kerjasama AS-Jerman mengenai isu-isu keselamatan global, iaitu, bagi memastikan tentera Jerman diserap sebagai sebahagian daripada empayar kekuatan tentera Amerika Syarikat. 

Tajuk II adalah berkenaan menghadapi "pencerobohan Russia di Eropah" dengan sekatan dan dengan kewangan dan diplomatik "sokongan untuk demokrasi Russia dan organisasi masyarakat awam (civil society organisation)," yang bermaksud untuk mengepam berbilion-bilion dolar ke dalam NGO (badan bukan kerajaan) yang boleh digunakan untuk menjejaskan kestabilan Russia dengan cara yang sebagaimana Washington menggunakan NGO yang dibiayainya di Ukraine untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih. Selama 20 tahun kecuaian kerajaan Russia mengizinkan Washington menganjurkan fifth collumns (taktik ketenteraan) dalam Russia yang berlagak sebagai organisasi hak asasi manusia, dan lain-lain.

Tajuk III memperkatakan bantuan ketenteraan dan perisikan untuk Ukraine, meletakkan Ukraine, Georgia, dan Moldova pada trek NATO, mempercepatkan eksport gas asli AS demi memadam pergantungan tenaga Eropah dan Euroasia terhadap Russia, menhalang pengiktirafan Crimea sebagai sebahagian daripada Russia , meluaskan penyiaran (propaganda) ke dalam kawasan Russia, dan sekali lagi "Sokongan untuk demokrasi dan masyarakat sivil organisasi di negara-negara bekas Kesatuan Soviet," yang bermaksud menggunakan wang untuk menggulingkan persekutuan Russia. 

Walau bagaimanapun anda lihat ini, ia mengandungi satu pengisytiharan perang. Selain itu, langkah-langkah provokatif dan mahal ini dibentangkan sebagai kewajaran untuk menangani pencerobohan Russia yang mana tidak ada bukti. 

Bagaimana kita mencirikan rang undang-undang yang bukan semata-mata tanpa berfikir, tidak perlu, dan berbahaya, tetapi juga lebih Orwellian dari Orwell? Saya membuka ruang kepada cadangan. 

Ukraine yang kini wujud adalah sebuah negara dengan sejarah yang dibuat-buat (ahistorical) dan sempadan tiruan. Ukraine kini terdiri daripada sebahagian daripada apa yang pernah menjadi entiti yang lebih besar serta bekas wilayah Russia ditambah ke Republik Soviet Ukraine oleh pemimpin Soviet. Apabila Kesatuan Soviet runtuh dan Russia membenarkan kemerdekaan Ukraine, di bawah tekanan Amerika Syarikat Russia tersilap membenarkan Ukraine mengambil bersamanya bekas wilayah Russia.

Apabila Washington melaksanakan rampasan kuasa di Kiev tahun lepas, Russophobes (golongan yang fobia dengan Russia) yang menyambar kuasa mula mengancam melalui perkataan dan perbuatan populasi Russia di timur dan selatan Ukraine. Crimeans mengundi untuk bersatu kembali dengan Russia dan telahpun diterima. Penyatuan semula ini telah diputarbelit dengan teruk oleh propaganda Barat. Apabila bekas wilayah Russia yang lain mengundi juga, kerajaan Russia, kowtow dengan propaganda Barat, tidak mengizinkan permintaan mereka. Sebaliknya, Presiden Russia Putin menggesa Kiev dan bekas wilayah Russia untuk merangka perjanjian yang akan menjaga wilayah-wilayah tersebut dalam Ukraine. 

Kiev dan tuan Washingtonnya tidak mendengar. Sebaliknya, Kiev melancarkan serangan ketenteraan ke atas wilayah dan telah melakukan serangan bom ke atas wilayah-wilayah pada masa pesawat Malaysia dijatuhkan. 

Washington dan pengikut Eropahnya telah secara konsisten memutarbelit keadaan di Ukraine dan menafikan mereka bertanggungjawab terhadap keganasan itu, sebaliknya meletakkan semua kesalahan ke atas Russia. Tetapi bukan Russia yang melakukan serangan bom dan menyerang wilayah dengan tentera, kereta kebal, dan meriam. Sama seperti semasa serangan tentera Israel terhadap orang awam Palestin gagal membangkitkan kritikan dari Washington, kerajaan-kerajaan Eropah, dan media Barat, membiarkan serangan Kiev terhadap bekas wilayah Russia tanpa laporan dan kritikan. Malah, didapati segelintir rakyat Amerika tidak sedar pun bahawa Kiev menyerang kawasan penduduk awam di wilayah yang ingin kembali ke negara ibunda mereka.

Sekatan sepatutnya dikenakan terhadap Kiev, yang menjadi asal-usul keganasan tentera. Sebaliknya, Kiev menerima bantuan kewangan dan ketenteraan, dan sekatan diletakkan ke atas Russia yang tidak terlibat dalam situasi ini secara ketenteraan. 

Apabila tercetusnya keganasan terhadap bekas wilayah Russia bermula, Duma Russia mengundi Putin diberi kuasa untuk campur tangan secara ketenteraan. Sebaliknya, Putin meminta Duma membatalkan kuasa, yang dipersetujui Duma. Putin lebih suka untuk menangani masalah ini secara diplomatik dengan cara yang munasabah dan tidak provokatif.

Putin tidak menerima penghormatan juga penghargaan kerana menggalakkan resolusi bukan ganas terhadap situasi malang Ukraine yang dicipta oleh rampasan kuasa Washington ke atas sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi hanya beberapa bulan sahaja dari peluang untuk memilih kerajaan yang berbeza. 

Sekatan yang dilakukan Washington dan tekanan Washington kepada boneka Eropahnya untuk menyertainya telah menghantar maklumat yang salah kepada Kiev. Ia memberitahu Kiev bahawa Barat meluluskan dan menggalakkan penentuan (determination) Kiev untuk menyelesaikan perbezaan dengan bekas wilayah Russia melalui keganasan dan bukan dengan rundingan. 

Ini bermakna peperangan akan berterusan, dan yang jelas itulah niat Washington. Laporan terbaru menyebut bahawa penasihat tentera Amerika Syarikat tidak lama lagi akan berada di Ukraine untuk membantu penaklukan bekas wilayah Russia yang memberontak.

Sifat presstitute media Barat memastikan bahawa sebahagian besar daripada penduduk Amerika dan Eropah akan kekal dalam genggaman propaganda anti-Russia oleh Washington. 

Pada satu ketika kerajaan Russia perlu menghadapi hakikat bahawa ia tidak mempunyai "rakan-rakan Barat." Russia mempunyai musuh Barat yang dianjurkan untuk mengasingkan Russia, mencederakan ekonomi dan diplomatik Russia, untuk mengelilingi Russia dengan ketenteraan, untuk menjejaskan kestabilan Russia melalui seruan NGO yang dibiayai Amerika ke jalan-jalan, dan jika tiada rampasan kuasa yang memasang boneka Amerika di Moscow, Russia diserang dengan senjata nuklear. 

Saya menghormati pergantungan (reliance) Putin pada diplomasi dan berniat baik (good will) bukan menggunakan kekerasan. Masalah dengan pendekatan Putin ialah Washington tidak mempunyai niat baik, jadi tidak ada timbal balik. 

Washington mempunyai agenda. Eropah terdiri daripada negara-negara tawanan, dan negara-negara ini tanpa pemimpin yang mampu melepaskan diri daripada agenda Washington.

Saya berharap saya salah, tetapi saya fikir Putin telah salah kira. Jika Putin telah menerima permohonan bekas wilayah Russia untuk bersatu kembali dengan Russia, konflik di Ukraine akan selesai. Saya pasti bahawa Eropah tidak akan menyertai Washington dalam mana-mana serangan dengan tujuan demi tuntutan semula Ukraine, bekas wilayah Russia sendiri. Apabila Washington menyatakan bahawa Putin bertanggungjawab terhadap pesawat Malaysia yang jatuh itu, Washington adalah betul secara yang tidak diduganya. Seandainya Putin menyelesaikan tugas bermula dengan Crimea dan menyatukan semula wilayah-wilayah Russia dengan Russia, tidak akan ada sebarang peperangan di mana sebuah pesawat mungkin dijatuhkan, sama ada melalui kemalangan atau sebagai plot untuk menjatuhkan martabat Russia. Ukraine tidak mempunyai keupayaan ketenteraan untuk menghadapi Russia dan tidak ada pilihan selain menerima penyatuan semula wilayah-wilayah Russia. 

Eropah akan menyaksikan keputusan tegas Russia yang akan meletakkan jarak yang besar antara dirinya sendiri dan agenda provokatif Washington. Respons Eropah ini akan menghalang kemampuan Washington untuk beransur-ansur meningkatkan krisis dengan menambah suhu ke tahap lebih tinggi secara beransur-ansur tanpa ada katak Eropah yang melompat keluar dari periuk. 

Dalam berurusan dengan Washington Eropah telah menjadi terbiasa dengan keberkesanan rasuah, ancaman, dan paksaan. Negara dalam kurungan lali dengan kemandulan diplomasi. Eropah melihat diplomasi sebagai kad yang lemah dimainkan oleh pihak yang lemah. Dan, sudah tentu, semua orang Eropah mahu wang, yang dicetak oleh Washington dengan banyaknya.

Russia dan China kurang bernasib baik dalam konflik mereka dengan Washington. Russia dan China muncul daripada tirani. Warga di kedua-dua negara telah dipengaruhi oleh propaganda perang dingin Amerika. Kedua-dua negara memiliki warga terpelajar yang berfikir bahawa Amerika mempunyai kebebasan, demokrasi, keadilan, kebebasan awam, kesejahteraan ekonomi dan merupakan rakan yang mengalu-alukan negara-negara lain yang mahu perkara yang sama. 

Ini adalah satu delusi yang berbahaya. Washington mempunyai agenda. Washington telah menyediakan sebuah negara polis untuk menindas penduduk sendiri, dan Washington percaya bahawa sejarah telah menyerahkan hak kepada Washington untuk melaksanakan hegemoni di seluruh dunia. Tahun lepas Presiden Obama mengisytiharkan kepada dunia bahawa dia percaya sesungguhnya bahawa Amerika adalah negara yang luar biasa di mana kepimpinannya dunia bergantung. 

Dalam erti kata lain, semua negara dan bangsa lain adalah biasa-biasa sahaja. Suara mereka tidak penting. Aspirasi mereka terbaiknya disampaikan oleh kepimpinan Washington. Mereka yang tidak bersetuju-Russia, China, Iran, dan entiti baru ISIL-dianggap oleh Washington sebagai halangan untuk tujuan sejarah. Apa-apa, sama ada sesuatu idea atau negara, yang berada di tengah jalan Washington adalah di tengah jalan Tujuan Sejarah dan harus dilanggar. 

Pada lewat abad ke-19 ke-18 dan awal Eropah menghadapi penentuan Revolusi Perancis untuk mengenakan Liberty, Equality, Fraternity ke atas Eropah. Cita-cita Washington hari ini adalah lebih besar. Cita-citanya adalah untuk mengenakan hegemoni Washington di seluruh dunia. 

Kecuali Russia dan China mengalah, ini bermakna peperangan.


NOTA:

Rencana di atas adalah terjemahan pandangan Dr Paul Craig Roberts, Pengerusi Institute for Political Economy, US. Yong terjemahkan setakat mana kemampuan Yong untuk pembaca yang tidak mahir Bahasa Inggeris.



No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.