Pages

Monday, 20 October 2014

TUAN IBRAHIM SEDANG MENEMBAK SYAITAN...

Dua tahun yang lepas Dato' Tuan Ibrahim menulis:

NASIHAT PRE-PEMILIHAN

Nasihat itu muncul ketika kecaman terhadap Nasharuddin Mat Isa meningkat. Pada waktu yang sama isu syiah juga sedang dimainkan bagi memburukkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang diketahui akan mempertahankan kedudukannya pada Muktamar ke59. Tuan Ibrahim ketika itu disebut-sebut akan dicalonkan untuk bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Sekumpulan ustaz diketuai oleh Nor Azli Musa telah menubuhan sebuah NGO bernama PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PENCINTA ULAMAK (GU) atau lebih dikenali dengan panggilan "Geng Ustaz." Berdasarkan nama kumpulan ini sudah tentu ia pertubuhan yang exclusive. Yang bukan "ustaz" tidak mungkin diberi ruang atau layak menjadi ahli. Datuk Phahrolrazi Zawawi Adun PAS Pengkalan Kundur kemudiannya menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang lebih terbuka keanggotaannya. Presiden PasMa, menegaskan persatuannya itu adalah sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini. 

Tuan Ibrahim selalu terselamat dari serangan bloggers/facebookers penyokong PR yang dilabel "pro-profesional" oleh segelintir golongan ustaz dalam PAS. Ini kerana Tuan Ibrahim dilihat memiliki karektor yang "mild" dan sentiasa cuba menjadi "peace-maker." Karektor ini menonjol pada Muktamar ke 60 yang lalu. Ucapannya ketika itu cuba mencari jalan tengah yang boleh diterima oleh 2 kumpulan yang dilihat berkonflik.

NASIHAT YANG SAMA DIULANG-ULANG

Walaupun nasihat dari ucapan itu diulang tayang, Tuan Ibrahim ternyata gagal menjadi "peacemaker." Perbuatan melabel dan tuduh-menuduh masih berleluasa. Setengah dari label itu tak sanggp Yong tulis di sini.

Jelas sekali PasMA dianggap musuh oleh Ketua Geng Ustaz:

SUMBER

Majlis Syura Ulamak (MSU) membuat kenyataan melarang ahli PAS menyertai PasMA. Kenyataan larangan ini dipetik oleh media perdana dan berlegar beberapa hari sebelum dinafikan oleh Zaharuddin Muhammad yang juga ahli MSU. Baca ulasan di blog Al Husseyn.

Tuan Ibrahim sekali lagi tampil dengan nukilan nasihatnya:

UNTUK SIAPA NASIHAT INI?

Nasihat Tuan Ibrahim dibalas secara sinis oleh beberapa blogger pro-PR di media siber. Antara yang menarik ialah status facebooker Misai Merah:

SUMBER FACEBOOK 

Nampaknya Tuan Ibrahim Tuan Man tidak lagi dilihat sebagai neutral - peacemaker atau atau makes sense.

Worse, oleh kerana Tuan Ibrahim menembak menggunakan peluru penabur, ke arah sasaran yang tidak jelas, ramai yang terluka. Kebanyakannya bukan the intended targets. Syaitan yang banyak helah terlepas dan ketawa terbahak-bahak. Yang terluka pula mungkin sembuh, tetapi parut tidak akan hilang. Tuan Ibrahim akan kehilangan sokongan dari kumpulan ini.

Lebih baik Dato' Tuan Ibrahim berterus terang saja. Siapakah syaitan yang hendak ditembak itu?


1 comment:

  1. Wala' itu merupakan sebutan pelat cina untuk perkataan warak, agaknyalah...
    Senyum..
    (Pinjam kata penutup rencana TITM)

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.