Pages

Thursday, 6 November 2014

KESOPANAN DAN KESUSILAAN SUDAH TERTINGGAL DALAM MANGKUK JAMBAN

Maaf! Tajuk N3 kali ini "crude" bunyinya.

Negara kita ada undang-undang. Selain undang-undang kita juga ada rukun negara. Undang-undang mungkin ramai tak faham, tetapi rukun negara ini tak banyak. Budak tadika pun tahu: 
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Tetapi, ada kita kisah?

Yang pandai agama meletakkan nilai RM kepada ilmu agamanya:

KALAU YANG MENINGGAL DUNIA ITU ORANG MISKIN, BAGAIMANA?

Jika tiada tindakan pihak yang berwajib, tak hairan jika satu hari nanti makin banyak mayat ditemui di tepi jalan:

KES TIDAK MAMPU MENGURUSKAN JENAZAH?

Kes seperti ini pula sudah kerap dipaparkan di dada akhbar-akhbar:

KESALAHAN TIDAK SETIMPAL DENGAN HUKUMAN

Rakyat seperti sudah mengambil-alih tugas penguasa undang-undang. Malahan hukuman yang dijatuhkan jauh lebih teruk dari undang-undang negara.

DIBOGELKAN KERANA MENCURI MOTOR

Pencuri yang ditangkap oleh orang ramai dilayan dengan teruk. Manusia seperti sudah hilang akal. Ada yang dibelasah sampai mati. Ada yang dibogelkan. 

Siapa yang buat perangai tidak sopan ini?

Gambar menunjukkan ada pak lebai...

Sang penguasa sibuk dengan kes liwat:

DI SINIKAH AWAL NYA?

Bukan niat Yong untuk mempertahankan individu yang tindakannya menyalahi undang-undang. Tetapi biarlah undang-undang yang mengadilinya. Tak kira yang dituduh mencuri atau meliwat.

Kita sendiri yang meletakkan "KEDAULATAN UNDANG-UNDANG" dalam RUKUN NEGARA. Undang-undang tidak ada makna apa-apa kalau tiada keadilan.

Kita juga yang meletakkan KESOPANAN DAN KESUSILAAN' dalam RUKUN NEGARA. bagaimana kita boleh menuntut rakyat supaya bersopan dan bersusila jika tiada yang boleh dicontohi untuk bersopan dan bersusila?

Apabila mulut pemimpin pun entah di mana kesopanannya dan kesusilaannya:


Peneroka FELDA dimaki HARAMJADAH. Link ke video:

http://www.youtube.com/watch?v=_0nmE6bWOQ0#t=14

Di pihak yang ingin menjatuhkan ketidak-adilan UMNO pula:


2 ADUN belum dibacara, sudak dimaki hamun. Link ke video:


Rakyat marhein tertanya-tanya:

Bagaimana masa depan anak-anak dan cucu-cicit kami?

Hadis riwayat: Bukhari dan Muslim:

Daripada Ibnu Umar R.huma daripada Nabi SAW sabdanya, “Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya”.

Di kala kami merintih, di mana kamu wahai pemimpin?

4 comments:

  1. ini semua adalah hasil pemerintah yg lemah.

    ini semua hasil pemerintah yg diperintah perempuan bergelar isteri

    ini semua hasil agamawan yg cintakan perut

    ini semua hasil pemimpin yg bertuhankan wang

    ini semua hasil mengikut acuan dajjal

    bermulanya busuk seeokor ikan itu adalah dr kepalanya

    dan kini kebusukan itu sudah sampai ke lubang dubur (saifool)

    yg dibela oleh peguambela mungkin mungkin mungkin mungkin

    apa yg mungkin ialah ini semua mungkin hasil kemurkaan Pencipta

    ReplyDelete
  2. Kak Yong,
    Negara kita seolah-olah berundur ke belakang. Semakin ramai yang score sepatutnya menjadi petanda semakin ramai yang berilmu atau terpelajar tetapi hakikatnya tidak begitu, ianya sekadar petanda semakin ramai yang hanya menghafal ilmu.Berilmu dan menghafal ilmu adalah dua benda yang berbeza. Bila difikirkan rasa takut pula dengan hala tuju negara, Semakin berserabut dan kacau bilau. Pemerintah seolah-olah ketandusan idea, takut dunia tak tera mana, akhirat entah kemana.

    ReplyDelete
  3. Kalau pemandu bas mabuk memandu dlm keadaan terhoyong-hayang nescaya conductor dan penumpang boleh muntah dan turut kemabukan, tendency bas untuk terjun gaung adalah amat tinggi.

    ReplyDelete
  4. ni 1 lagi kes kak yong...
    xsanggup sy tgk habis.. kesian rasanya...

    http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2014/11/video-wanita-ditangkap-dan-ditampar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TRUTH%29

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.