Pages

Wednesday, 12 November 2014

KETUA PENGARAH JPJ PULAK JADI BAHAN SINDIRAN DI MEDIA SOSIAL

Sebenarnya Ketua Pengarah JPJ mengikut arahan dan peraturan sahaja. Statistik kematian kerana kemalangan jalanraya pun orang lain yang sediakan. Bukan dia buat sendiri.


Tetapi apa nak buat. Rakyat yang dibelenggu kesempitan hidup kerana harga barang yang naik tidak melihat tindakan JPJ sebagai masuk akal. 

Media sosial menjadi tempat melepaskan geram. Ada beberapa posting yang buat Yong terfikir dan insaf. Antaranya:

SINDIRAN "LEMBUT" BERSANTUN

Walaupun kita sedar bahawa usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalanraya itu satu usaha yang mulia (ehem), tetapi usaha tersebut janganlah sampai menyusahkan rakyat jelata.

SINDIRAN KERAS MARAH

Mungkin dulu orang marah di kedai kopi sahaja. Tetapi sekarang kemarahan itu satu dunia dapat menyaksikannya. Ia tersebar meluas melangkahi perbezaan ideologi dan fahaman.

SINDIRAN "NASIHAT" BUAT PENGGUNA 

Berbagai cara sindiran dari rakyat.

SINDIRAN MOHON KEINSAFAN

Lepas kena tibai di laman-laman sosial, Jawapan JPJ menyerlahkan tujuan sebenar operasi ini:

INIKAH TUJUAN SEBENAR JPJ?

Ooooo....rupanya nak tangkap pemandu yang bawa melebihi hadlaju. Duit dari saman ekor tak mencapai matlamat ke?

Sendiri yang guna kamera takde kualiti, sekarang nak susahkan rakyat.

Atau...mungkin operasi ini hanya kaedah untuk "cover" kerugian di sektor lain?

KATA HEBAT, KENAPA RUGI?

Cukai, saman, denda...
Matlamat menghalalkan cara.

Warga asing tak bayar cukai dan tidak memandu kereta - bermaharajalela.

********************

Yong sudah lama ganti plat ikut spesifikasi.


2 comments:

  1. Sebenonye yong orang marah sebab kata-kata yang beliau gunakan amat tidak sedap didengar. Saya melihat video ucapan tersebut....katanya....

    Kita mahu cuma 5000 orang mati dalam tempoh 10 tahun akan datang....jika mengikut statistik sekarang jumlah yang terkorban dalam tempoh tersebut melebihi 10000 orang....
    Orang ramai kutuk sebab kata-kata KITA HENDAK 5000 ORANG MATI....

    Kalau lah saya KSN....kalau la.....saya arahkan KP JPJ ni menghadiri kutsus public speaking selama 2 minggu dan setiap hari saya mahu melihat rakaman video beliau menjalani simulasi memberi press conference di atas topik yang berbeza, bukan hal jpj saja sebab sebagai pegawau ptd mungkin beliau dilantik sebsgai ksu manamana kementerian....kena la pandai bercakap...

    ReplyDelete
  2. Itulah sebabnya dia tidak menjadi seorang pelakon filem atau drama. Kalau dia memilih untuk jadi pelakon dulu, director filem mesti pening kepala tahap kronik, asyik 'cut' sepanjang penggambaran. Lain skrip diberi lain pula dialog dituturkan. Kes Sudin dlm adegan screen test Seniman Bujang Lapok tu lainlah...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.