Pages

Sunday, 7 December 2014

DR M SILAP. RAKYAT MALAYSIA TIDAK BODOH

Yong tulis sedikit teori bagi yang tidak pernah belajar sains politik seumur hidupnya. Ini teori mengenai prinsip kewujudan sebuah negara.

Prinsip negara itu ada 4 sahaja, iaitu:
  1. Penduduk
  2. Pemerintah
  3. Wilayah
  4. Kedaulatan
Yong nak songel ringkas bab Penduduk dan Pemerintah sahaja. Bab Wilayah dan Kedaulatan mengkomer tanya Pakcik Google.

Penduduk - manusia yang terdiri dari 2 kategori:
  1. Warganegara
  2. Pendatang Asing
Kedua-dua kategori ada hak. Tetapi penduduklah yang harus diberi keutamaan kerana penduduk yang berkelayakan untuk menjadi pemilih dan mengundi dalam pilihanraya.

Pemerintah - Ada 2 kategori pemerintah:
  1. Pemerintah berasal dari rakyat.
  2. Pemerintah berasal dari keturunan.
Kebetulan, Malaysia memiliki kesemua kategori di atas. Maknanya di Malaysia ada warganegara dan pendatang asing. Ada juga pemerintah berasal dari rakyat yang kita pilih dalam PRU 5 tahun sekali dan ada YDP Agong yang juga dipilih di kalangan keturunan tertentu 5 tahun sekali.

Rakyat Malaysia yang cerdik juga menggunakan peluang setiap 5 tahun sekali, untuk menukar Kerajaan kepada yang cerdik. Tetapi, disebabkan sistem di Malaysia berasaskan 1 konstituensi 1 wakil, maka terjadilah keadaan sebegini. Ditambah dengan SPR yang tidak bersih, maka semakin buruklah keadaan sebegini.

Nilai undi orang bodoh sama dengan nilai undi orang cerdik.

Bodoh atau cerdik tidak penting dalam sistem pilihanraya.

RAKYAT BODOH KE PEMERINTAH BODOH?

Tun Dr Mahathir Muhamad...
Sesungguhnya rakyat Malaysia tidak bodoh.
Yang bodoh ialah gerombolan yang memegang tampok Kerajaan Malaysia sekarang.

DR M TENTU SETUJU KAN? (YSK)

PRU14, mohon Dr M kempen untuk PR supaya kami dapat tukar kepimpinan Malaysia sekarang kepada kumpulan yang cerdik.

I rest my case, Malaysians!

Hahahaha...

4 comments:

  1. kepala keretapi bodoh ... badan keretapi yang ikut tu 2 x bodoh.

    ReplyDelete
  2. DeeDee Yong...

    Errr.... maknanyer dulu, kini dan selamanyer Mahathir Mohamed aderlah orang bodoh la sebab dier masih duduk dalam UMNO..... Hahahaha....

    Giler siot sendiri mengaku diri sendiri bodoh..... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Ye tak ye jugak.

      Itule pasal. Naper Najib tak bagi anak2 Chedet yang hebat niaga tu jadi CEO MAS erk? Kalau bagi tentu Chedet tak kata rakyat Malaysia bodoh.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.