Pages

Sunday, 4 January 2015

GAMBAR AKTIVITI WIRA-WIRA YANG TIDAK DIDENDANGKAN DI KAMPUNG GAJAH PT 1 (PENGEDARAN MAKANAN)

Banyak gambar yang dipamerkan di akhbar tentang lawatan PM1Malaysia, sepupunya dan Zamry ke tempat banjir. Tetapi ada satu pusat gerakan banjir yang dilupakan oleh media rasmi kerajaan. 

Di sini Yong paparkan beberapa gambar yang dikirim oleh aktivis PAS, Bad.

Biar gambar berbicara:

Menurut maklumat, ada penduduk yang tidak pergi menyelamatkan diri ke pusat penempatan mangsa banjir. Antara alasannya ialah, penduduk menyangka banjir ini seperti tahun-tahun lepas. Tidaklah lama, mungkin 3 hari sahaja. Tetapi apabila air naik mendadak dengan arus yang deras, penduduk yang memiliki sampan juga gentar untuk menempuh air. Apa lagi hendak meranduk air.

Lebih-lebih lagi sudah ada mangsa yang lemas.

BANDAR KAMPUNG GAJAH TENGGELAM

SEBAHAGIAN PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN 

SEKOLAH JUGA DINAIKI AIR

Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat telah mendirikan khemah gerakan banjir. Di sinilah gerakan membantu mangsa-mangsa banjir dilaksanakan:

BILIK GERAKAN INI TELAH 3 KALI PINDAH TEMPAT KERANA DINAIKI AIR

WALAUPUN TANPA BANTUAN KERAJAAN PETUGAS TETAP ISTIQOMAH 

Tidak disangka, bantuan dari dermawan datang mencurah-curah tanpa henti. Menurut maklumat, dermawan terdiri daripada berbagai kaum:

BERKAMPIT-KAMPIT BERAS

PAKAIAN

MAKANAN KERING

Penduduk yang terputus hubungan juga terputus bekalan bahan makanan. Mereka tidak dapat memasak kerana dapur tenggelam, terputus bekalan letrik dan air. Menyedari keadaan itu pihak gerakan banjir Pakatan Rakyat telah menghantar makanan yang dimasak kepada penduduk terbabit.

Penghantaran dilakukan 3 kali sehari, pagi, tengah hari dan petang.

MAKANAN DIBUNGKUS TANPA ADA LABEL PARTI ATAU GAMBAR PEMIMPIN

ADA YANG BAIK HATI MEMINJAMKAN PICKUP DAN 4X4 UNTUK MEMBUAT PENGHANTARAN

PERJALANAN INI MUNGKIN DISAMBUNG DENGAN MENGGUNAKAN BOAT

Syabbas kepada Muslimat PAS Pasir Salak, Unit Amal dan seluruh jentera PAS Pasir Salak kerana menjalankan tugas tanpa mengira aspek kepartian.

Terima kasih juga kepada DHPP, DAP, PKR dan para dermawan tanpa nama Pasir Salak. 

Walaupun ada yang memperlekeh usaha mengkomer, tapi mengkomer tetap bertahan dan istiqomah dalam perjuangan.

Jangan lupa...Kampung Gajah kubu kuat UMNO.

...Bersambung...


2 comments:

  1. Tv dan surat khabar BN tak nampak tak jadi hal, malaikat2 Allah lagi rajin dan cekap mengambil video untuk tayangan di hari akhirat nanti.

    ReplyDelete
  2. Allah nak didik seme samda yg pakai serban ker yg tak pakai serban ker erti keikhlasan... dan seme ni 100% hak Allah...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.