Pages

Thursday, 8 January 2015

LAPORAN PERTEMUAN PEMUDA PAS MALAYSIA DENGAN JABATAN METEOROLOGI DAN TENAGA NASIONAL BERHAD SUSULAN BENCANA BANJIR

Laporan ini Yong kongsi sebagai maklumat untuk perhatian semua yang terlibat, sama ada mangsa, pihak berkuasa, NGO atau wira-wira yang membantu mangsa banjir.


"Laporan Pertemuan PEMUDA PAS MALAYSIA dengan JABATAN METEOROLOGI dan TENAGA NASIONAL BERHAD Susulan Bencana Banjir"

JABATAN METEOROLOGI

1. Kebimbangan hujan akan turun lebat sekali lagi dan mengakibatkan banjir sekali lagi di Kelantan, Pahang dan lain lain negeri. Menurut 'ramalan' kaji cuaca, daripada 6 hingga 12 Januari, hujan akan terus turun di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Pahang, tetapi dalam jumlah yang sederhana tidak seperti penghujung Disember lalu.

2. Hujan lebat di Gua Musang dan Kuala Krai telah berlaku pada 15 hingga 23 Disember yang lalu dan pada 22-23 dicatatkan jumlah tertinggi kandungan hujan lebat di dua daerah ini memecah rekod kebiasaan. Namun pada 2003 pernah dicatatkan jumlah hujan lebih lebat di kesan di kedua daerah.

3. Berlaku 3 fenemona serentak iaitu
a) Hujan lebat
b) Angin Timur Laut (naik dan menolak air laut ke darat)
c) Air Pasang Besar.
- Namun pada 2003 faktor (b) dan (c) tidak berlaku walaupun kandungan hujan ketika itu lebih tinggi.

4. Monsun Timur Laut (November hingga Mac). Ia melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah. Bermakna tidaklah sepanjang tempoh ini hujan lebat akan terus menerus berlaku di negeri Kelantan dan Pahang. Namun ia boleh berlaku di Johor dan Sabah. Seperti maklumat gelombang hujan pada 28 hingga 31 Disember yang lalu membimbangkan penduduk Kelantan, namun hujan lebat tersebut di kesan di Kuantan dan Mersing sahaja. Namun penduduk di Johor dan Sabah diminta berhati hati dalam tempoh tersebut.

# Pesanan : Maklumat ini penerangan PPM kongsikan yang berkait kebimbangan banjir sahaja.

TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

1. TNB sudah menyelesaikan 97 peratus bekalan elektrik yang terputus dan baki 3 peratus diperingkat pembaikan.

2. Bekalan elektrik terputus diwaktu banjir dan selepas banjir disebabkan dua perkara:

a) TNB sendiri yang mematikan bekalan kerana bimbang air banjir akan mengalirkan elektrik dan membahayakan penduduk.

b) Beberapa pencawang dan aset TNB sendiri rosak disebabkan banjir dan perlu dibaik pulih semula sebelum tenaga elektrik boleh disalurkan semula.

3. Pembukaan empangan yang dihebohkan sebagai punca banjir. TNB memaklumkan tiada istilah empangan dibuka. Tetapi sememangnya kandungan air yang penuh akan melimpah dengan sendiri apabila penuh. Pihak TNB akan memberikan makluman amaran kuning sehinggalah seterusnya kepada pihak berkuasa tempatan untuk memaklumkan kepada orang awam. Namun tiada pembukaan empangan atau pelepasan air yang deras melainkan ia mengalir seperti biasa. Namun dalam kes limpahan air di Sungai Kelantan, tidak ada empangan di Kelantan yang melimpahkan air melainkan Empangan Pergau di Jeli. Namun Jeli tidak terlibat dengan banjir.

4. Pemuda PAS Malaysia mencadangkan supaya bil percuma sekurang kurangnya sebulan kepada pengguna yang terlibat dengan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bagi menunjukkan cakna mereka kepada pengguna.

# Laporan ini hanya membabitkan isu banjir dan bertujuan untuk menyalurkan maklumat terus kepada rakyat.

# Jika sekiranya ada sebarang percanggahan atau bantahan dan perlukan jawapan seterusnya, kami sedia menjadi perantara tuan tuan untuk mendapatkan maklumat daripada pihak berkait.

# Banjir ini tidak melibatkan dua pihak ini sahaja, kerana Meteorologi hanya fokus kepada kaji cuaca samada hujan atau tidak, tetapi yang menentukan banjir akan berlaku atau tidak ia membabitkan Jabatan Pengairan dan Saliran.

# InsyaAllah dalam masa terdekat pihak Penerangan Pemuda PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Alam Sekitar dan pihak pihak yang berkenaan.

Sekian melaporkan.

Mohd Nasaie Ismail
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Malaysia




Syabbas PEMUDA PAS MALAYSIA kerana proaktif menangani masalah bencana alam. Semoga usaha yang murni ini mendapat keredhaan Allah SWT dan keberkatanNya. Amin!



4 comments:

  1. Replies
    1. Salam Akmam

      Ambil jalan tengah. Ok lah tu.

      Delete
  2. masalahnya kemampuan Pemuda PAS memahami asas perbincangan ...apakah ini satu taklimat TNB nak mengelak dari bertanggung jawab bhw mereka melepaskan air empangan..sebaiknya sebelum pertemuan Pemuda buat dulu research tentang apa yang nak di bincang atau di soal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mansor

      Ada tak jurutera dalam kumpulan tu? Rasanya ada. So, sepatutnya faham situasi.

      Yong sendiri tak pasti pelepasan air itu yang jadi punca atau excessive logging atau keduanya sekali.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.