Pages

Saturday, 14 February 2015

CUBAAN MEMBAKAR KERETA DR HATTA JUGA SATU SPEKULASI? (GAMBAR)

Pagi ini keluar berita di media sosial cubaan membakar kereta Dr Hatta. Menurut berita tersebut Anak Dr Hatta, Khalil telah berjaya memadamkan api tersebut. Dikatakan kejadian berlaku jam 3.50 am apabila seorang pengawal keselamatan membunyikan hon motosikalnya berkali-berkali.

GAMBAR SPEKULASI? (SUMBER

Sebelum ini keluar berita Hanipa Maidin dipukul di belakang. Berita itu menjadi viral di laman-laman sosial. Hanipa Maidin kemudian berkata berita itu hanya spekulasi. 

SAVED FACE? (SUMBER

Walau bagaimanpun sudah ada yang seronok sangat mem"padan-mukakan" Hanipa.

INI BUKAN AKHLAK TARBIYAH PAS (SUMBER)

Kepada pemimpin-pemimpin PAS: Berhentilah menyemai perasaan benci kepada golongan yang telah bersusah payah memenangkan PAS pada PRU13 yang lalu.

Berhenti sekarang juga.

Ini kerana musuh sebenar akan masuk ke dalam ruang kebencian yang disediakan dan mengambil kesempatan.

Di samping itu, kalau selalu sangat sebut ini spekulasi, itu spekulasi, lama-lama orang tak percaya dah.

Ingat! Kepercayaan rakyat itu amat penting untuk menuai kemenangan.

Termasuk juga kes kehilangan pesawat MH370. Semua berita yang keluar dikatakan spekulasi. Sekarang siapa lagi yang percaya pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi Selatan?

Jangan PAS pun macam UMNO jugak.

5 comments:

  1. Ini hanyalah cobaan, cobaan, cobaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alhusseyn

      Kali ini tak spekulasi erk? Sebab polis pun dah ada. Tapi siapa punya angkara masih spekulasi...hahaha...

      Maaf. Ini bukan gelak tak emphati. Tapi kita kena ingat, kalau terlalu berlembut, orang pijak kepala.

      Delete
  2. Kerja but ini cukup berbahaya. Mints siasat segera. - JAFARO

    ReplyDelete
  3. Salam kak yong.

    Mungkin tingge teman sorang aje masih pecaye that 'plight' of MH370 memang menuju ke Antarctica lost somewhere over that Lautan Hindi Selatan .. macam Utusan, BH, dan lain kitab@koran kabo kat umat Melayu hari tu !

    hehe

    Di minta ahli & penyokong PAS bersatu ... ya bersatu hati - agree to disagree to others views.

    Nak Ber"1" dgn umat Melayu UmNo tu?? Tu boleh jugak ler... sebab TGNA dah takder... takder penghalang dah ! TAPI suruh demer bayor semua royalti kat umat Melayu di Kelate dulu, lets say RM2 billion lump sump, gugur dakwaan kat DSAI, bebas DSAI, ngaku salah semua penyelewengan kuasa, gejala rasuah, jenayah UmNo buat kat orang Melayu, Islam, selain benarkan hudud be implemented kat Kelate...SEMUAnya by the end of 2015 ! Ada berani ker?

    Baru ler dikira ikhlas nak bukak buku baru @ perpaduan ! haha

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.