Pages

Tuesday, 24 February 2015

NAMA HAJI HADI AWANG TERCICIR DARI SENARAI 50 YANG MAHU DISINGKIRKAN!

Ingat lagi buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM?"

Buku tulisan Khalid Jafri itu mengandungi 50 senarai. Dia meninggal dunia. Entah sempat meminta maaf kepada orang yang difitnahnya entah tidak kita tidak tahu kerana dia koma sebelum meninggal dunia.

Kini timbul lagi senarai 50. Tapi kali ini senarai mengandungi 50 nama kononnya milik Pasma, yang diterbitkan oleh Tranungkite. Senarai ini keluar seiring dengan Multaqa Ulama SeMalaysia yang sarat dengan maki-hamun "syaitan," "gila" dan "babi" itu.

Berikut senarai tersebut:

SENARAI 50

Kenapa dalam senarai itu tiada nama Ustaz Saiful Bahari, Terengganu dan Iskandar Abdul Samad, Selangor? Umum mengetahui keduanya memang tak senang duduk dengan PasMa. Keduanya sering dikecam dalam media sosial kerana kenyataan yang mengelirukan. 

Turut tidak tersenarai nama Mohamad Fauzi Hussin, wakil Dewan Ulama Kedah yang menggelar sebahagian ahli jemaah sebagai syaitan dan wakil Dewan Ulama Perak, Ustaz Sidek Noor yang menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang ada sekarang tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi (Baca TMI).

Aneh bukan?

Aneh bagi kita. Tetapi tidak aneh bagi UMNO. Kerana yang suka senarai 50 itu cuma UMNO sahaja. Kalau ada nama-nama tambahan tersebut maka senarai sudah tidak jadi 50.

Agaknya angka 50 ini angka keramat. Kaki nombor ekor bolehlah tambah dengan nombor apa-apapun...

Nanti ada pulak yang kata ini cuma senarai awal. Ada lagi...mungin 100, 1000, 10,000 nama...

PasMa dalam kenyataan rasminya menafikan kewujudan senarai tersebut:

SUMBER FACEBOOK

Sekarang kita menunggu penafian Ustaz Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi mengenai cadangannya:

KENAPA NAMA ROSLAN TIADA DALAM SENARAI 50?

Katanya, di petik TMI:

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini." 

Paling pelik, nama Haji Hadi, yang kononnya hendak dijatuhkan itu tiada dalam senarai 50 PasMa! Macam mana boleh tertinggal nama penting ni?

Wakaka!

3 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Itu membuktikan bahawa orang yang buat list tue bukan orang PASMA..... Hahahaha..... sajer nak buat citer tapi still tak pandai goreng.... Hahahaha... lawak siot...

    Tambah lagi datang dari TranungKite .... hahaha.... ilang nama Hadi Awang dan Satiful Bahri .. Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Tak habis-habis adu domba yang menyedihkan berlaku dalam PAS ekoran pertembongan puak digelar Ulama/UG dengan puak digelar Professional/Anwarinas. Kalau ini berterusan maka matlamat PAS untuk mencapai kemenangan adalah tipis. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Wahai pimpinan dan ahli PAS, saya mencadangkan supaya status quo dikekalkan. Penyelesaian perlu dibuat dengan muhasabah kearah perpaduan. Insya Allah, PAS akan lebih kuat selepas ini. Tahaluf siyasi juga didahulukan. Wallahuaklam.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.